Kenapa Australia Tidak Sertai Piala AFF?

Kenapakah Australia tidak menyertai Piala AFF? walaupun mereka bernaung di bawah AFF selepas keluar dari naungan Oceania yang tidak kompetitif.

Australia sebelum ini telah dilaporkan sedang mencari jalan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak paling agung di Asia Tenggara Piala AFF bagi edisi 2020.

Pada tahun 2006 Australia telah meninggalkan Oceania Federation yang langsung tidak kompetitif dan telah menyertai Asian Football Confederation (AFC) untuk memudahkan laluan mereka ke Piala Dunia.

Ketika berada di bawah Oceania Federation yang hanya diberikan 0.5 slot ke Piala Dunia, Australia yang sentiasa menjadi pemenang tunggal terpaksa bermain di play-off untuk mendapatkan baki 0.5 lagi slot.

Lawan wajib menanti di perlawanan play-off adalah pasukan dari Confederation of North, Central America and Caribbean Association Football (CONCACAF).

Amerika Syarikat, Costa Rica, Honduras, Jamaica, Mexico, Kanada dan Panama antara negara yang berada dibawah naungan Confederation of North, Central America and Caribbean Association Football (CONCACAF).

Lantaran kekuatan pasukan dari CONCACAF sukar untuk Australia mendapat tempat ke Piala Dunia lalu memutuskan untuk menyertai Asian Football Confederation (AFC).

Selain mendapat laluan serta peluang agak besar untuk mara ke Piala Dunia yang memilik 4.5 slot, Australia juga dapat meraih perlawanan yang lebih kompetitif yang jauh lebih berkualiti seperti kejohanan Piala Asia.

Perlawanan kompetitif peringkat tertinggi sangat penting untuk sesebuah pasukan bola sepak bagi meningkat mutu bola sepak dari pelbagai aspek.

Untuk rekod Australia telah menyertai The Association of Southeast Asian Nation (ASEAN) Football Federation (AFF) pada tahun 2013 yang menjadikan laluan mereka ke Piala Dunia semakin mudah.

Pada awal penyertaan mereka bersama Association of Southeast Asian Nation Football Federation (AFF) Australia menyatakan mereka tidak berminat untuk menyertai Piala AFF dan berkemungkinan menyertainya di masa hadapan.

Demi kelansungan masa depan bola sepak Australia masih menyertai kejohanan AFF Under-16 championships di Myanmar, AFF Women’s Championship dan AFF Futsal Championship.

Bermula Piala Dunia 2026, kejohanan empat tahun sekali itu akan disertai oleh 48 pasukan dan setiap benua akan mendapat pertambahan slot automatik dan juga play-off

Slot automatik yang tersedia adalah 46 dan 2 lagi slot melengkapkan 48 pasukan ditentukan melalui pusingan play-off:

1. AFC (Asia): 8 tempat langsung + satu untuk play-off dunia (Sebelum ini 4 + 1 play-off)

2. CAF (Afrika): 9 tempat langsung + satu untuk play-off dunia (Sebelum ini 5)

3. CONCACAF (Amerika Utara dan Tengah, serta Caribbean): 6 tempat terus + 2 tiket play-off (Sebelum ini 3 + 1 play-off)

4. CONMEBOL (Amerika Selatan): 6 tempat langsung + 1 play-off dunia (Sebelum ini 4 + 1 play-off)

5. OFC (Oceania): 1 langsung + 1 play-off dunia (Sebelum ini 1 play-off)

6. UEFA (Eropah): 16 tempat langsung (Sebelum ini 13)

Ocenia kini mempunyai satu slot automatik adakah satu kerugian buat Australia menyertai kelayakan Asia?

Jawapan pastinya tidak kerana slot AFC pun sudah berganda menjadi 8 + play-off. Bernaung di bawah AFC membolehkan Australia mendapat perlawanan lebih kompetitif dan boleh bermain di Piala Asia berbanding kekal di Oceania.

Namun kenapa Australi tidak bermain di Piala AFF?

Boleh dikatakan Australia sangat angkuh untuk menyertai bertaraf rendah seperti ini jika dibandingkan dengan ranking FIFA mereka miliki dan jadual kejohanan juga bertembung dengan jadual A-League.

Association of Southeast Asian Nation Football Federation (AFF) juga tidak membenarkan Australia menyertai kerana ada jurang besar antara Australia dan pasukan di Asia Tenggara yang lain.

Pasukan Asia Tenggara, Vietnam merupakan pasukan paling kembang subur apabila berjaya mara ke suku akhir Piala Asia 2019 menyamai pencapaian Australia.

Ini bermakna kualiti pasukan Asia Tenggara semakin meningkat. Pasukan seperti Laos, Timor Leste, Brunei dan Kemboja kini bukan lagi menjadi pasukan belasahan walaupun kerap tewas namun kekalahan mereka tidak lagi menghampiri 2 angka malahan mereka kini mampu menjaringkan gol.

Dari segi perdagangan, diplomasi, perniagaan dan apa sahaja bidang yang berkaitan, semuanya masuk akal untuk Australia dan terutamanya dari segi bola sepak untuk menyertai Piala AFF kini.

Asia tenggara sahaja mempunyai populasi manusia seramai 650 juta dan bola sepak merupakan sukan nombor satu dihampir semua negara Asia Tenggara. Satu pasaran yang besar untuk Australia menjadi peneraju.

Kejohanan Piala AFF merupakan kejohanan yang dinanti dengan purata kehadiran 29,000 penonton untuk edisi tahun 2018. Pada 2016, lebih 34 juta rakyat Indonesia menyaksikan kejohanan itu bersama 11 juta peminat di Vietnam sahaja dan kini sudah disiarkan di Korea Selatan.

Kehadiran Australia juga akan menambah cabaran berbeza untuk pasukan dari Asia Tenggara dan dapat menambah kualiti. Hubungan bola sepak yang lebih erat boleh membawa kepada lebih ramai pemain ASEAN menuju ke Liga-A dan sebaliknya.

Apa yang menjadi persoalan adalah, jika Australia menyertai Piala AFF, sudah pasti Socceroos akan mendominasi kejohanan ini dengan mudah.

Tapi ini adalah bola sepak sudah pasti akan muncul pasukan pencabar, mungkin Australia akan mendominasi untuk satu tempoh namun tidak untuk selamanya.

Piala AFF merupakan piala yang menjadi rebutan negara Asia Tenggara kerana inilah trofi paling logik dan masuk akal untuk mereka julang kerana jurang perbezaan yang besar dengan negara Asia yang lain.

Untuk layak ke Piala Asia saja agak perit apatah lagi ke Piala Dunia. Maka hanya Piala AFF menjadi sandaran untuk kejuaraan antarabangsa dan kerana itulah Piala AFF mendapat sambutan hangat.

Thailand merupakan Juara 6 kali Piala AFF, diikuti Singapura empat kali, Vietnam dua kali dan Malaysia turut pernah sekali memenangi kejohanan tersebut.

Pertandingan ini pertama kali dilangsungkan di Singapura pada tahun 1996 dengan Thailand pada ketika itu muncul sebagai Juara selepas menewaskan Malaysia dalam aksi perlawanan akhir.

Dilihat kepada kejuaraan hanya empat negara sahaja pernah bergelar juara iaitu Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia. Thailand telah mara ke final sebanyak 10 kali dalam 14 edisi yang sudah dilangsungkan.

BACA:Β  Berapakah Wang Tunai Diraih Pasukan Bertanding di Piala AFF?