Piala AFF 2022 telah melabuhkan tirainya di mana Thailand telah muncul juara sebagai pemenang Piala AFF selepas menewaskan Vietnam sekaligus mengekalkan gelaran mereka sebagai pasukan nombor satu di Asia Tenggara.
Istimewa perlawanan akhir Piala AFF 2022 ini apabila Presiden FIFA, Gianni Infantino telah turun ke Stadium Thammasat untuk menyaksikan sendiri kejohanan yang berada di luar kalendar FIFA ini.
Lebih menarik apabila Gianni Infantino menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan ini merupakan satu peristiwa besar dalam sejarah penganjuran Piala AFF sejak 1996 yang dikenali sebagai Piala Tiger.
Sepanjang 14 edisi Piala AFF ini dilangsung hanya ada 4 negara sahaja pernah menjadi juara di mana Thailand merangkul separuh dari anugerah tersebut. Dan inilah empat negara tersebut:
1. Thailand 7 (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020, 2022)
2. Singapura 4 (1998, 2004, 2007, 2012)
3. Vietnam 2 (2008, 2018)
4. Malaysia 1 (2010)
๐ฐ #THAvVIE ๐ ๐๐ง๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง
๐ฅณ Theerathon Bunmathan scored the only goal as Thailand edged Vietnam in the second leg of the #AFFMitsubishiElectricCup2022 final to record a 3-2 aggregate win and lift the Southeast Asian title for a seventh time.#BeTheGameChanger
โ AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Hadiah wang tunai secara terkumpul yang disediakan AFF untuk Piala AFF 2022 ini adalah sebanyak $500,000 sahaja yang akan dinikmati 4 pasukan terbaik. Pecahan pembahagian hadiah kejohanan:
Juara: $300,000 (RM1.2 juta) โ Thailand
Naib Juara: $100,000 (RM400,000) โ Vietnam
Semi-finalis: $50,000 (RM200,000) โ Indonesia dan Malaysia
Hadiah Keseluruhan: $500,000 (RM2 juta)
Selain itu dua anugerah telah diberikan kepada pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak kejohanan.
Pemain Terbaik (MVP)
Ketua pasukan Thailand, Theeraton Bunmathan telah diangkat sebagai pemain terbaik Piala AFF 2022 (MVP) kerana aksi beraras tinggi telah ditampilkannya disepanjang kejohanan.
Theeraton Bunmathan telah terlibat dalam kesemua 3 gol Thailand dalam dua perlawanan akhir ini dengan dua assist pada perlawanan akhir pertama dan gol tunggal dalam final kedua.
Impak pemain pertahanan kiri Thailand yang mampu beroperasi dengan baik sebagai pemain tengah ini telah memacu kecemerlangan Thailand sehingga menjadi juara.
Di sepanjang Piala AFF 2022 ini Thailand telah melakukan 4,436 hantaran di mana Theeraton Bunmathan secara individu telah melakukan 697 hantaran, 16 peratus hantaran Thailand datang dari kapten mereka.
๐๏ธ Your ๐ ๐ถ๐๐๐๐ฏ๐ถ๐๐ต๐ถ ๐๐น๐ฒ๐ฐ๐๐ฟ๐ถ๐ฐ ๐ ๐ฉ๐ฃ is:
๐น๐ญ ๐ง๐ต๐ฒ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ต๐ผ๐ป ๐๐๐ป๐บ๐ฎ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐
#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/3styICjodN
โ AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Maka tidak hairanlah Park Hang Seo mahu menghentikan Theerathon dan berkata jika dapat menghentikan Theerathon maka Vietnam berpeluang cerah untuk menang.
Namun itu gagal dilakukan maka Thailand menjadi juara. Daripada 697 hantaran dari Theeraton dalam 8 penampilan, 6 daripadanya bertukar menjadi assist.
Thailand menjaringkan 19 gol dalam kejohanan ini, Theerathon menjaringkan satu gol dalam 6 assist menjadikan dia terlibat sebanyak 37 peratus dalam penghasilan gol Thailand.
Satu statistik yang sangat gila dari seorang pemain pertahanan dibelakang Teerasil Dangda yang terlibat sebanyak 42 peratus dengan 6 gol dan 2 assist.
โEven if itโs outside the box ๐ ๐๐๐ ๐ฉ๐ค ๐จ๐๐ค๐ค๐ฉ.โ
๐ Tournament MVP Theerathon Bunmathan on the #AFFMitsubishiElectricCup2022 winning goal!#BeTheGameChanger pic.twitter.com/lbYwUNCsHs
โ AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Dengan statistik sebegini hasil daripada apa yang dilakukan di atas padang maka tidak hairanlah kenapa Theerthon diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan.
Selepas perlawanan Kapten Thailand itu tidak pernah terfikir untuk menjadi MVP atau penjaring terbanyak atau assist terbanyak dan dia hanya berharap Gajah Perang menjadi pemenang Piala AFF.
Baginya semua pemain pasukan Thailand adalah MVP kerana mereka bermain sebagai satu pasukan. Harapannya untuk melihat Thailand menjadi pasukan nombor 1 Asean sudah tercapai.
Penjaring Terbanyak
Bagi Piala AFF 2022, penjaring terbanyak telah dikongsi bersama oleh pemain legenda Asean, Teerasil Dangda dan juga pemain penyerang Vietnam, Nguyen Tien Linh.
Kedua-dua pemain ini berkongsi jaringan yang sama sebanyak 6 gol di mana Teerasil Dangda hanya bermain 6 perlawanan dan Nguyen Tien Linh pula beraksi 8 perlawanan.
Kecederaan di separuh akhir telah menyebabkan Dangda terlepas dua perlawanan akhir dan Tien Linh berjaya menyamakan jumlah jaringan.
๐ฏ Your ๐ง๐ถ๐ด๐ฒ๐ฟ ๐๐ฟ๐ผ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ ๐ง๐ผ๐ฝ ๐๐ผ๐ฎ๐น๐๐ฐ๐ผ๐ฟ๐ฒ๐ฟ๐ are:
๐ป๐ณ ๐ก๐ด๐๐๐ฒ๐ป ๐ง๐ถ๐ฒ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ต ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐น๐ญ ๐ง๐ฒ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐น ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฑ๐ฎ ๐
#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/VB41GL6LpK
โ AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023
Namun nama Teerasil Dangda akan terus terpahat dalam rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan dengan 25 gol dan sukar untuk dikejar.
Lima kali Dangda bergelar penjaring terbanyak Piala AFF (2008, 2012, 2016, 2020, 2022) dan ini kali pertama buat Nguyen Tien Linh.
Nguyen Tien Linh yang baru berusia 25 tahun mampu untuk memecahkan rekod Dangda jika meneruskan konsistensi jaringan seperti ini.