Piala AFF 2020: Senarai 28 Pemain Skuad Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui laman sesawang rasmi mereka fam.org.my telah mengumumkan senarai 28 pemain skuad Harimau Malaya yang telah dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat.

Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula pada hari Isnin, 22 November 2021 bagi persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Selain itu tiga orang pemain telah disenarai dalam senarai bersedia yang menunggu peluang untuk menyertai skuad Harimau Malaya jika terdapat sebarang perubahan dalam senarai 28 pemain.

Daripada 28 pemain berserta 3 pemain bersedia ini Tan Cheng Hoe akan memilih 24 pemain sahaja untuk dibawa ke Piala AFF 2020 dan akan berlepas ke Singapura pada 3 Disember 2021.

Hanya pemain dari pasukan yang sudah tersingkir dan tamat perjalanan mereka disaingan Piala Malaysia peringkat kumpulan dan suku akhir akan melapor diri pada 22 November ini.

Pemain dari pasukan yang tersingkir di peringkat separuh akhir Piala Malaysia akan melapor diri pada hari ahad 28 November 2021 dan pemain pasukan yang layak ke final akan melapor di pada 1 Disember.

Pemain yang beraksi bersama kelab di luar negara akan hadir untuk kem latihan mengikut tarikh pelepasan yang dibenarkan oleh kelab masing-masing.

Pemain kacukan Malaysia, Dion Cools akan menjadi pemain terakhir menyertai skuad Harimau Malaya selepas tamat tugas bersama FC Midtjylland di saingan Piala Danish peringkat suku akhir pada 13 Disember.

Dion Cools dijangka hanya akan beraksi dan membuat debut di Piala AFF pada perlawanan keempat peringkat kumpulan menentang Indonesia pada 19 Disember.

Senarai 28 Pemain Harimau Malaya

Daripada 28 pemain ini terdiri daripada 7 pemain JDT, 4 pemain Kedah, 4 pemain Selangor, 2 pemain Kuala Lumpur, 2 pemain Terengganu, 2 pemain PJ City dan masing seorang dari Penang, Perak, Chonburi, Police Tero, KV kortrijk dan FC Midjylland.

Berikut merupakan senarai penuh 28 pemain ke kem latihan pusat:

Penjaga Gol

1. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid – Selangor FC (32 Tahun)
2. Khairul Fahmi Che Mat – Melaka United FC (32 Tahun)
3. Muhammad Azri Ab Ghani – Perak FC (22 Tahun)

Pertahanan

1. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak – Johor Darul Ta’zim FC (34 Tahun)
2. Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC (28 Tahun)
3. Mohd Rizal Mohd Ghazali – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
4. Muhammad Ariff Farhan Md Isa – Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
5. Muhammad Syahmi Safari – Selangor FC (23 Tahun)
6. Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar – Terengganu FC (25 Tahun)
7.Quentin Cheng Jiun-ho – Penang FC (22 Tahun)
8. Junior Eldstal – Chonburi FC (30 Tahun)
9. Dominic Tan – Police Tero FC (24 Tahun)
10. Dion-johan Cools – FC Midtjylland (25 Tahun)

Tengah

1. Mohamadou Sumareh – Johor Darul Ta’zim FC (27 Tahun)
2. Muhammad Syafiq Ahmad – Johor Darul Ta’zim FC (26 Tahun)
3. Baddrol Bakhtiar – Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
4. Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
5. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC (20 Tahun)
6. Muhammad Akram Mahinan – Kuala Lumpur City FC (28 Tahun)
7. Kenny Pallraj A/l Davaragi – Kuala Lumpur City FC (28 Tahun)
8. Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj – Petaling Jaya City FC (23 Tahun)

Penyerang

1. Muhammad Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim FC (24 Tahun)
2. Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Johor Darul Ta’zim FC (22 Tahun)
3. Guilherme De Paula Lucrecio – Johor Darul Ta’zim FC (35 Tahun)
4. Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi – Selangor FC (27 Tahun)
5. Mohamad Faisal Abdul Halim – Terengganu FC (23 Tahun)
6. Darren Lok – Petaling Jaya City FC (31 Tahun)
7. Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk (19 Tahun)

Senarai Sedia Menunggu

1. Kalamullah Al-hafiz Md Rowi – Petaling Jaya City FC (26 Tahun)

2. Rodney Celvin Akwensivie – Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)

3. Mohamad Hakimi Abdullah – Terengganu FC (22 Tahun)

Jadual Perlawanan Malaysia di Piala AFF 2020

Bagi saingan Piala AFF 2020 yang tertangguh ini, Malaysia telah diundi untuk berada dalam kumpulan B yang agak seimbang bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Indonesia.

Lawan terkuat Harimau Malaya sudah pastilah Vietnam namun tidak boleh dipandang sepi saingan dari musuh tradisi zaman berzaman iaitu Indonesia.

Berikut jadual perlawanan skuad Harimau Malaya di peringkat Kumpulan B :

1. Isnin, 6 Disember 2021
KEMBOJA lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang

2. Khamis, 9 Disember 2021
MALAYSIA lwn LAOS di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang

3. Ahad, 12 Disember 2021
VIETNAM lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 8.30 malam

4. Ahad, 19 Disember 2021
MALAYSIA lwn INDONESIA di Stadium Nasional, Singapura, 8.30 malam

SEPARUH AKHIR:
22 & 23 Disember 2021 dan 25 & 26 Disember 2021 di Stadium Nasional, Singapura

FINAL:
29 Disember 2021 dan 1 Januari 2021 di Stadium Nasional, Singapura

BACA:  Tiang Dan Palang Gagalkan Harimau Malaya Berpesta Gol