Tiang Dan Palang Gagalkan Harimau Malaya Berpesta Gol

Harimau Malaya turun untuk perlawanan terakhir dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 menetang Maldives sebelum Kim Pan Gon memilih skuad akhir 23 pemain untuk ke saingan Piala AFF 2022

Dalam kemenangan pertama 4-0 ke atas Kemboja jelas kekuatan Harimau Malaya sedikit terjejas lantaran ketiadaan beberapa pemain tonggak yang memilih untuk berehat kerana penat selepas melalui musim panjang.

Dengan menggunakan pemain yang ada yang sangat bersemangat bermain dengan bangga demi lencana di dada barisan pemain Pan Gon ini mampu bersaing walaupun tiada masa untuk mencipta keserasian.

Hanya dua perlawanan persahabatan yang ada untuk Kim Pan Gon bagi menyediakan pasukan dengan rata-rata muka baru berbanding pasukan yang membawa Malaysia ke Piala Asia.

Beberapa pertukaran telah dilakukan oleh Kim Pan Gon dalam perlawanan menentang Maldives dikesebelasan utama dengan membariskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Brendan Gan, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Dominic Tan.

Minit ke-11 dan ke-14 Darren Lok telah melakukan dua percubaan bagi meletakkan Harimau Malaya di depan tetapi gagal menepati sasaran.

Minit ke-17 Safawi Rasid pula mencuba dengan satu rembatan yang dikeluarkan dengan kepala oleh pertahanan Maldives.

Darren Lok yang sentiasa mempamerkan aksi konsisten telah membuka jaringan Harimau Malaya berpunca dari lambungan Safawi Rasid mencetuskan kesilapan serta salah faham Husin dan penjaga gol Maldives.

Darren Lok datang dari belakang dan terus membuat satu rembatan ke gawang terbuka, satu gol mudah pada minit ke-24.

Minit ke-38 Safawi Rasid hampir menggandakan keudukan dengan sepakan percuma yang tinggi ke atas palang dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Darren Lok terlepas peluang terbaik selepas permainan bersambung apabila gagal menyambar dengan baik hantaran lintang ketika tidak dikawal.

Maldives cuba memberi tentangan dengan menggandakan usaha mereka dengan hantaran yang jauh lebih tersusun namun tenang dipatahkan Harimau Malaya.

Pada minit ke-64, Darren Lok telah melakukan sungkitan cantik mencari Faisal Halim yang mempamerkan sentuhan penyudah penuh ketenagan menawaskan penjaga gol Maldives, Husin Syarif.

Gandingan dan kombinasi menarik antara Darren Lok dan Faisal Halim yang menjaringkan gol ketiga dalam dua perlawanan persahabatan.

Hantaran lintang Brendan Gan berjaya ditanduk Faisal Halim dan bola hanya sedikit melepasi palang.

Faisal Halim terus mencuba dengan satu rembatan jahat lencong menuju top corner namun penjaga gol Maldives datang menepis.

Palang menafikan jaringan Mohd Nor Hakim Hassan apabila bola sekadar meniti palang dari percubaan sudut sukar.

Selepas itu tiang pula menggagalkan tandukan cantik Andrew Lee Tuck untuk gol ketiga Harimau Malaya.

Andrew Lee Tuck akhirnya berjaya menghadirkan gol ketiga melalui satu hantaran Sergio Aguero dengan satu jolokan mudah.

Impian Lee Tuck untuk beraksi bersama Harimau Malaya akhirnya tercapai menjaringkan gol dalam debut dan sekali lagi melakukannya di perlawanan kedua.

Maldives tidak mahu pulang tangan kosong dengan satu percubaan paling bahaya dalam perlawanan yang ditepis Syihan Azmi yang langsung tidak diuji.

Masa penuh – Malaysia 3-0 Maldives.

Kesebelasan Utama Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Muhammad Azam Azmi Murad,  Ruventhiran A/l Vengadesan,  Sharul Nazeem Zulpakar, Dominic Tan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Ahmad Khuzaimi Piee, Brendan Gan.

Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Stuart John Wilkin, Lee Andrew Tuck, Muhammad Fazly Mazlan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Haqimi Azim Rosli, Mohd Nor Hakim Hassan, David William Rowley, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau.

Malaysia 4-0 Kemboja

Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja menjadi ujian pertama ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dalam menyediakan pasukan Harimau Malaya ke saingan Piala AFF 2022.

Pelbagai isu telah dihadapi oleh Kim Pan Gon apabila gagal mendapatkan pemain terbaik yang ada lantaran tiada kewajipan untuk melepaskan pemain untuk kejohanan yang tiada dalam kalendar FIFA.

Pemain bukanlah robot untuk bermain sepanjang musim tanpa rehat walaupun untuk tempoh semusim bermain kurang separuh dari pemain profesional Eropah yang menjadi kiblat.

Peraturan Status Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 yang menyatakan bahawa kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau pertandingan dan tidak wajib melepaskan pemain yang sama untuk lebih dari satu perlawanan akhir pasukan wakil “A” setiap tahun di mana pengecualian kepada peraturan ini boleh ditetapkan oleh Majlis FIFA bagi Piala Konfederasi FIFA sahaja.

Senarai awal Kim Pan Gon memanggil 41 orang pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya serta merta menjadi 29 orang pemain sahaja di mana 12 pemain telah menarik diri.

Selepas betekak di media sosial dan menjadi berita akhbar arus perdana Kim Pan Gon meneruskan kehidupan menentang Kemboja dan berjaya mencatatkan kemenangan 4-0.

Pada minit ke-11, Faisal Halim meletakkan Harimau Malaya dihadapan dengan satu jaringan yang sungguh jahat dengan satu rembatan lambung melemaskan penjaga gol Kemboja.

Andrew Lee Tuck yang membuat debut bersama Harimau Malaya menggandakan kedudukan pada minit ke-37 selepas tenang menyempurnakan lorongan cantik Faisal Halim.

Dipenghujung babak pertama Faisal Halim menjaringkan gol ketiga perlawanan dan gol kedua peribadi dengan satu sungkitan yang cantik penuh ketenangan yang berpunca dari hantaran Darren Lok.

Pertukaran besar-besaran dilakukan di separuh masa kedua dan gol keempat hadir lima minit sebelum perlawanan tamat apabila bola muntah rembatan Safawi Rasid mudah ditolak masuk Stuart John Wilkin.

Kesebelasan Utama Malaysia: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Azam Azmi Murad,  Ruventhiran A/l Vengadesan,  Sharul Nazeem Zulpakar, Nur Shamie Iszuan Amin, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok, Stuart John Wilkin, Lee Andrew Tuck, Ahmad Khuzaimi Piee, David William Rowley.

Pemain Simpanan: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Fazly Mazlan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Dominic Tan, Muhammad Haqimi Azim Rosli, Mohd Nor Hakim Hassan, Brendan Gan, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau.

BACA:  FIFA Label Gol Tak Jejak Tanah Safawi Rasid Antara Pesaing Puskas