Manchester United dilaporkan bersedia untuk menawarkan kontrak dengan gaji baharu £130,000 seminggu selama tiga tahun buat Jesse Lingard dengan nilai £130,000 seminggu untuk pemain itu terus kekal di Old Trafford.
Pemain tengah berusia 28 tahun itu kini mempunyai baki kontrak selama setahun sahaja lagi bersama Man Utd, dan turut diintai oleh West Ham pada jendela perpindahan musim panas ini selepas pemain itu cemerlang beraksi secara pinjaman bersama The Hammers pada musim lalu.
Kehebatan Lingard tidak dapat disangkal lagi apabila bulan lalu Bruno Fernandes melabel prestasi Lingard sebagai ‘yang terbaik di Premier League’ ketika beraksi di bawah bimbingan David Moyes.
Jesse Lingard's 'Rashy 11' England shirt 🥰#EURO2020 | #ENG #SCO pic.twitter.com/5J89ODWRyf
— Goal (@goal) June 18, 2021
“Kami di sini [Man Utd] sangat gembira untuk dia, sangat, sangat gembira untuk dia,” kata Fernandes.
“Dia berjaya mendapatkan kembali keyakinan. Dia berjaya mendapatkan rentak kembali kerana memperolehi keyakinan.”
Man Utd mahu Lingard kekal
Lingard yang seperti telah diperbaharui ketika bersama West Ham bagaimanapun kelihatan akan kekal di Old Trafford. West Ham difahamkan sukar untuk memenuhi permintaan £25 juta yang dipinta oleh Man Utd, dan gaji £110,000 seminggu yang dipinta oleh pemain itu.
Situasi kini semakin sukar buat West Ham dan Moyes selepas Man Utd menawarkan £130,000 seminggu kepada pemain itu. Kontrak Lingard juga mempunyai klausa untuk sambungan selama setahun.
Throwback to 2016 ⏪@PaulPogba 🕺 @JesseLingard#MUFC #PhotoOfTheDay pic.twitter.com/JduJGrSUCz
— Manchester United (@ManUtd) June 24, 2021
Tidak dapat dipastikan sekiranya Lingard mahu menerima tawaran ini atau tidak. Perkara utama yang akan mempengaruhi keputusan Lingard sudah pasti adalah untuk mendapatkan minit perlawanan yang secukupnya.
Sudah selesa di West Ham
Pemain West Ham United, Jesse Lingard mengakui hidupnya kini lebih baik berada di London ketika ini selepas menghadapi masa sukar bersama kelab asalnya.
Beliau yang dipinjamkan daripada Manchester United mengatakan yang dirinya mengalami kesukaran untuk mengekalkan konsistensi apabila berada di Old Trafford.
Pada hemat Lingard, kehadirannya ke London jelas sekali membantu dirinya untuk menaikkan semula semangat dalam kariernya yang malap.
West Ham ready to try and persuade Jesse Lingard to join on a permanent deal #mufc #whufc https://t.co/xHsJufm9CY pic.twitter.com/BapSvVqkVz
— Man United News (@ManUtdMEN) June 23, 2021
“Jelas sekali saya cukup gembira bermain bola sepak dan menyesuaikan diri di sini [West Ham]. Rakan-rakan juga melayan saya dengan baik.”
“Saya datang ke sini untuk bermain bola sepak saban minggu dan itulah yang saya lakukan sekarang. Bermain bola sepak amat gembirakan saya dan apabila kami menang dan bermain seperti menentang Tottenham Hotspur, itu adalah nikmat,” kata Lingard kepada Goal.
Lingard mengatakan yang kini beliau sudah mula berasa konsisten dalam prestasinya dan tidak goyah sebelum ini.
Kini berada pada usia 28 tahun, beliau berasakan sudah tiba masanya untuk terus mengekalkan kualiti permainan terbaik supaya persembahannya mendapat perhatian saban minggu.
Berikut pula adalah 11 fakta menarik mengenai Jesse Lingard yang wajib anda tahu:
1. Maguire pernah jadi mangsa Lingard
Jesse Lingard pernah memenangi Piala FA Remaja England suatu ketika dahulu. Antara bekas rakan sepasukan yang berada di dalam pasukan pada ketika itu ialah rakan sepasukan Manchester United dan pemenang Piala Dunia 2018, Paul Pogba.
Pemain-pemain lain yang membentuk pasukan remaja Man United pada ketika itu ialah bekas pemain West Ham, Ravel Morrison; pemain pertahanan Everton dan England, Michael Keane; dan penjaga gol West Brom pada hari ini iaitu Sam Johnstone. Ia adalah skuad muda yang penuh dengan pemain berbakat pada ketika it.
Di perlawanan akhir tersebut, Manchester United cemerlang menewaskan Sheffield United. Antara pemain Sheffield pada ketika itu ialah bek tengah Manchester United pada hari ini, Harry Maguire. Lingard menjaringkan gol pada perlawanan pertama perlawanan akhir untuk membantu Red Devils muncul juara dengan agregat 6-3.
2. Figura media sosial
Jesse Lingard juga mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Setakat ini pemain tengah itu telah mengumpul 6.6 juta pengikut di Instagram dan 1.9 juta pengikut di Twitter.
Jumlah tersebut adalah jauh lebih ramai dari keseluruhan pengikut media sosial yang dimiliki oleh mana-mana pemain di West Ham.
Bintang Argentina, Manuel Lanzini mempunyai jumlah pengikut teramai di media sosial sebelum kedatangan Lingard dengan 867,000 di Instagram dan 210,200 di Twitter. Lingard sering dikritik kerana suka memuat naik perkara bukan-bikan di sosial media.
3. Senjata David Moyes
Jesse Lingard memang suka menjaringkan gol ketika di bawah kendalian David Moyes. Beliau tidak membuang masa mencetak dua gol dalam debut untuk West Ham pada awal pagi tadi.
Ketika Moyes baru bergelar pengurus Manchester United, Lingard turut menjaringkan dua gol pertama Manchester United dalam perlawanan sulung yang dikendalikan pengurus dari Scotland itu.
West Ham are waiting on a decision from Jesse Lingard as to where he sees his future but remain intent on pushing ahead with a move for the Manchester United midfielder. [evening standard] #mufc #RS pic.twitter.com/ior7dIQkz0
— Red Devil Updates (@reddupdates) June 24, 2021
Pada usia 20 tahun pada ketika itu, Lingard menjaringkan dua gol untuk Red Devils menang 5-1 ke atas A-League All Stars ketika jelajah pra musim pada 2013.
Ketika jelajah pra musim yang sama, Lingard terus menyinar untuk David Moyes apabila turut meledak dalam perlawanan menentang Yokohama F. Marinos dan Kitchee FC di Hong Kong.
4. Anak jati Manchester
Jesse Lingard dilahirkan di sebuah pekan bernama Warrington yang terletak di Cheshire pada Disember 1992.
Beliau bersekolah di William Beamont Community High School dan bakat beliau dikesan oleh Manchester United ketika beraksi bersama sebuah kelab tempatan di bandar Manchester, Penketh United.
Lingard hanya berusia 7 tahun pada ketika beliau ditawarkan untuk menyertai akademi Manchester United.
5. The Three Lions
Jesse Lingard membuat penampilan pertama bersama England dari kesebelasn utama ketika The Three Lions menewaskan Malta 2-0 di Wembley dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Oktober 2016.
Gol pertama Lingard untuk negaranya pula tiba pada penampilan kesembilan dan merupakan gol kemenangan ketika menentang Belanda di Amsterdam dalam perlawanan persahabatan pada Mac 2018.
6. Sukakan perlawanan akhir
Lingard suka menjaringkan gol penting untuk Manchester United terutamanya di dalam perlawanan akhir.
Selain perlawanan akhir Piala FA Remaja, Lingard turut menjaringkan gol di perlawanan akhir untuk Manchester United di perlawanan akhir Piala FA 2016 untuk membantu pasukannya menewaskan Crystal Palace 2-1 di Wembley.
Pada tahun yang sama, Lingard muncul penjaring gol pertama untuk Manchester United menewaskan Leicester City 2-1 di pertandingan Piala Komuniti. Selepas itu Lingard turut menjaringkan gol untuk membantu Manchester United menang 3-2 ke atas Southampton di perlawanan akhir Piala Liga.
7. Piala Dunia 2018
Jesse Lingard tampil dalam enam dari tujuh perlawanan yang dilalui England di Piala Dunia 2018 yang dilangsungkan di Rusia. Beliau hanya terlepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berakhir England ditewaskan Belgium 1-0. England sudah pun mara ke pusingan seterusnya pada ketika itu.
Jesse Lingard says regular football is the most important factor in deciding his future, but remains silent on any potential move away from Man Utd.
The midfielder is a top target for West Ham following his stunning stint in London last season.
(Via: @standardsport) pic.twitter.com/0p7UlPq9A7
— West Ham Gossip (@westham_gossip) June 22, 2021
Di Rusia, Lingard tampil sebagai penjaring gol ketiga ketika England membelasah Panama 6-1. Lingard terus menjadi pemain utama untuk pusingan kalah mati berhadapan Colombia, Sweden dan Croatia di separuh akhir, sebelum tampil dari bangku pemain simpanan untuk penentuan tempat ketiga sekali lagi menentang Belgium.
8. Rekod di Premier League
Sebelum menyertai West Ham Jesse Lingard telah melakukan 133 penampilan di Premier League, dan semua penampilan tersebut adalah untuk Manchester United.
Sepanjang tempoh tersebut beliau telah menjaringkan 18 gol dan menghasilkan 12 assist. Lapan dari penampilan tersebut adalah berhadapan West Ham. Beliau turut beraksi dua kali menentang West Ham pada 2016, di perlawanan timbal balik peringkat suku akhir Piala FA
9. Keraian gol
Jesse Lingard juga kini boleh bersaing dengan rakan sepasukan baharunya, Michail Antonio untuk keraian gol. Pemain berusia 28 tahun ini sememangnya dikenali sebagai seorang pemain yang memiliki keraian gol yang menarik, termasuk pose ‘JL’ yang dipatenkan.
Lingard turut dikenali kerana meraikan gol mengikut rapper 2 Milly’s ‘Milly Rock’ dance, the ‘shoot dance’ dari permainan video Fortnite dan ‘gun lean’ yang diperkenalkan leh rapper Russ.
Sebahagian daripada gerak dan patern meraikan gol oleh Lingard kini boleh didapati di dalam permainan video FIFA.