UFC 223: Holloway & Khabib Bakal Bertarung Merebut Gelaran Juara Lightweight

Juara Featherweight UFC, Max Holloway bakal menggantikan tempat Tony Ferguson yang cedera untuk bertarung menentang Khabib Nurmagomedov bagi merebut gelaran juara Lightweight UFC dalam UFC 223 yang bakal berlangsung di New York hujung minggu nanti.

Presiden UFC, Dana White mengumumkan berita berkenaan menerusi video yang dimuat naik di laman sosialnya. Keputusan untuk menggantikan tempat Ferguson terpaksa dibuat selepas beliau mengalami kecederaan kaki ketika menjalani latihan.

Ini merupakan kali ke-4 pertarungan yang dijadualkan di antara Khabib dan Ferguson terpaksa dibatalkan kerana masalah kesihatan. Tetapi masih terdapat berita gembira bagi peminat UFC yang kecewa dengan pembatalan ini kerana Dana White berjaya mendapatkan pengganti yang lebih bagus.

Max Holloway merupakan penyandang juara kategori Featherweight selepas menewaskan petarung dari Brazil, Jose Aldo pada tahun lepas. Kali terakhir Holloway tewas adalah kepada Connor McGregor hampir 5 tahun lepas.

Ini bermakna Holloway bakal menaikkan berat badannya bagi membolehkan beliau bertarung dalam kategori Lightweight dengan notis 6 hari sahaja.

Max Holloway mencium tali pinggang juara Featherweight yang dimenanginya selepas menewaskan Jose Aldo

Khabib yang berasal dari Russia tidak pernah tewas sepanjang karier profesionalnya. Beliau memegang rekod sempurna 25-0 ketika ini. Walaupun tidak pernah tewas, beliau tidak pernah memenangi sebarang gelaran juara kerana sering tercedera sebelum hari pertarungan.

Holloway ketika ditemuramah sebelum menaiki kapal terbang menuju ke New York berkata tidak mampu menolak pelawaaan Dana White untuk bertarung dalam acara ‘Main Event’ bagi merebut gelaran juara Lightweight.

Seandainya Holloway berjaya menewaskan Khabib hujung minggu ini, beliau bakal menjadi petarung kedua dalam sejarah UFC yang berjaya memegang dua tali pinggang juara dalam masa yang sama. Individu pertama yang berjaya melakukan perkara tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Connor McGregor.

Khabib [kanan] dan Tony Ferguson [kiri]. Dijadualkan untuk bertarung sebanyak 4 kali tetapi semuanya gagal berlaku
“April’s Fools. Tidaklah, saya hanya bergurau. Berita ini sangat gila. Pengurus saya baru sahaja menelefon saya. Beliau beritahu Ferguson telah tercedera dan UFC mahu saya menggantikan tempat Ferguson untuk menghadapi Khabib.”

“Jadi saya seperti terkesima seketika. Bagaimana anda menolak peluang sebegini ? Peluang macam ni hanya datang sekali sahaja seumur hidup. Seorang sahaja pernah melakukannya [memegang dua tali pinggang pada waktu yang sama]. Saya gembira untuk menjadi individu kedua yang berjaya melakukannya dan mencipta sejarah baru.”

“Saya berada di UFC untuk bertarung. Saya tidak memilih lawan saya. Saya masih mempunyai urusan yang perlu diselesaikan di 145lbs [kategori Featherweight], tetapi apabila UFC memerlukan saya, mereka hanya perlu menelefon sahaja.”

“UFC menghubungi orang yang tepat untuk menggantikan tempat Ferguson. Saya hanya diberikan notis 6 hari untuk bertarung pada 7 April ini. Ia bakal menjadi malam yang penuh gemilang.”

BACA:  Reaksi Khabib Nurmagomedov Melihat McGregor Lunyai Di Tangan Poirier