Pelari pecut legenda dunia, Usain Bolt kena scam oleh sebuah Syarikat Pelaburan Swasta di Jamaica yang menyaksikan wang berjumlah RM54.4 Juta ($12.7 juta) lesap begitu saja.
Peguam kepada pemenang pingat emas Olimpik lapan kali itu mendakwa telah memeriksa baki akaun awal bulan ini dan terkejut kerana hanya tinggal RM51,420 ($12,000) sahaja di dalam akaun.
Laporan menyebut bahawa pemegang rekod dunia itu telah memberikan tempoh selama 10 hari kepada Syarikat Pelaburan Swasta itu untuk memulangkan kembali wangnya selepas merasakan dirinya berpotensi menjadi mangsa penipuan.
Disepanjang karier gemilangnya sebagai pelari pecut dalam acara 100 meter dan 200 meter serta 4×100 meter dengan kejohanan Olahraga dunia yang disertainya saban tahun, pendapatan Usain Bolt setiap tahun mencecah RM105.79 juta ($24.69 juta).
Usain Bolt is missing over $12.7M from an account with a Jamaican investment firm, his lawyer told @Reuters
The balance of his account “inexplicably dwindled” to just $12K pic.twitter.com/bLFXqsE2NA
— Bleacher Report (@BleacherReport) January 19, 2023
Firma pelaburan yang beroperasi di Kingston bernama Stocks and Securities Ltd (SSL) kini telah disiasat oleh pihak berkuasa di Jamaica selepas terjadi pengurangan baki dengan ketara secara tidak jelas.
Ketara sangat kurang tu dari RM54.4 Juta tinggal RM51,420, ada baki 0.09 peratus sahaja dari jumlah wang asal dan berita ini disahkan sendiri oleh Linton P Gordon yang merupakan peguam Usain Bolt yang akan membawa kes ini ke mahkhamah.
“Kami akan pergi ke mahkahamah dengan perbuatan ini. Sekiranya betul yang mana kami berharap tidak benar, maka satu tindakan penipuan serius atau kedua-duanya dikenakan ke atas pelaku dengan apa yang telah telah dilakukan ke atas pelanggan kami (Usain Bolt).”
Seselum tindakan undang-undang diambil, peguam Usain Bolt telah memberikan tempoh 10 hari kepada Stocks and Securities Ltd (SSL) untuk memulangkan kembali wang tersebut.
Eight-time Olympic gold medal-winning sprinter Usain Bolt is missing more than $12.7 million from an account with a Jamaican private investment firm, his attorneys confirmed on Wednesday, threatening legal action if the money isn’t returned in 10 days. https://t.co/KjtC1B3Ebd
— Forbes (@Forbes) January 19, 2023
Stocks and Securities Ltd (SSL) yang merupakan syarikat pengurusan kekayaan swasta yang berpangkalan di Kingston, Jamaica kini telah diletakkan di bawah ‘pemantauan yang dipertingkatkan’ ketika Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) melakukan siasatan ke atas firma itu.
“Kami faham bahawa pelanggan bimbang untuk menerima lebih banyak maklumat dan memberi jaminan kepada anda bahawa kami memantau perkara itu dengan teliti sepanjang semua langkah yang diperlukan dan akan memaklumkan pelanggan kami tentang resolusi itu sebaik sahaja maklumat itu tersedia,” akui syarikat itu.
Stocks and Securities Ltd (SSL) berkata ia menemui penipuan awal bulan ini dan beberapa pelanggannya mungkin kehilangan berjuta-juta dolar. Kerja orang dalam la ni.
Usain Bolt bukanlah satu-satunya mangsa penipuan ini dan ada mangsa lain yang telah membuat laporan juga terhadap syarikat itu. Menteri Kewangan Jamaica, Nigel Clarke menyifatkan keadaan itu membimbangkan tetapi menyatakan ia adalah luar biasa.
Karier Bola Sepak Yang Gagal
Sepanjang kariernya, Usain Bolt telah menjana pendapatan sebanyak RM500 juta ($119 juta) dalam kariernya yang panjang selama 20 tahun untuk menjadi lelaki terpantas di muka bumi.
Selepas mengumumkan persaraan dari sukan olahraga pada tahun 2017 di usia 31 tahun, Usain Bolt cuba mengejar impiannya dalam sukan lain untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Namun Kriket adalah sukan kegemaran utama Bolt dan jika beliau bukan seorang pelari pecut pasti sukan kriket akan menjadi kariernya.
Satu dunia tahu Usain Bolt merupakan peminat Manchester United di mana Ruud Van Nistelrooy adalah pemain idolanya dan Bolt pernah menyatakan hasrat bermain untuk Manchester United selepas bersara.
“Bagi saya, jika saya boleh bermain untuk Manchester United, itu adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan. Ya, itu akan menjadi epik.” Ujar Bolt.
Throwback to this clip of Vidic, Evra and Hernandez discussing what position Usain Bolt would play if he joined @ManUtd 😂😂😂 pic.twitter.com/TBI5PnIBuJ
— United Zone (@ManUnitedZone_) November 10, 2020
Selepas bersara Bolt cuba mengejar impiannya itu dengan menjalani latihan bersama pasukan kelab yang berpangkalan di Afrika Selatan, Mamelodi Sundown sebelum menjalani tempoh percubaan selama dua hari.
Kemudian Bolt berlatih bersama kelab Norway, Strømsgodset juga tidak diterima lalu menyambung latihan di kelab A-League Central Coast Mariners pula.
Ketika berlatih bersama Central Coast Mariners, Bolt telah ditawarkan kontrak dua tahun oleh kelab Valletta yang beraksi di Malta Premier League namun telah menolak tawaran tersebut.
Andy Keogh is not impressed with Bolt's venture into professional football… ⚽
He also went on to say @usainbolt has a "touch like a trampoline" pic.twitter.com/nedo3nWtx8
— ITV Football (@itvfootball) October 26, 2018
Pada 21 Oktober 2018, Bolt telah ditawarkan kontrak oleh Central Coast Mariners di mana FA Australia sanggup mengeluarkan dana bagi membantu Central Coast Mariners merealisasikan perjanjian tersebut.
Selepas 8 minggu bersama, Bolt meninggalkan Central Coast Mariners pada awal bulan November dan tiada kontrak dimeterai.
Mungkin Bolt mula sedar akan kemampuan diri dengan usianya yang mula memasuki umur senja bagi seorang atlet, pada Januari 2019 Bolt umumkan pada dunia bahawa beliau tidak akan meneruskan usaha untuk mengejar impian bola sepaknya.
Ketika tenang menikmati persaraannya, Usain Bolt pula kena scam, duitnya dengan pantas disedut keluar seperti lariannya di balapan