Van de Beek Tampil Pertahankan Harry Maguire Dari Dicemuh Peminat

Donny Van de Beek tampil mempertahankan ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire selepas bintang England teruk kena boo dengan penyokong ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Crystal Palace di Australia.

Ketua pasukan Man United itu teruk kena boo dengan para penyokong dalam perlawanan yang memperlihatkan Man United mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Palace itu.

Maguire sudah menjadi sasaran peminat sejak dari minit pertama perlawanan di Melbourne Cricket Ground itu dilangsungkan.

Stadium tersebut jelas sekali dipenuhi oleh para penyokong Manchester United dan kerana itu suara cemuhan penyokong mencemuh Maguire jelas kedengaran.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu telah melalui tiga aksi perlawanan persahabatan pada musim panas ini dengan kemenangan terbaru mereka adalah menewaskan Crystal Palace 3-1.

Walau United berjaya menewaskan skuad kendalian Patrick Viera itu, namun ia sama sekali tidak menghalang para peminat dari terus menghentam dan mencemuh ketua pasukan Man United, Harry Maguire.

Maguire sendiri jelas sekali sedikit tertekan ketika berdepan situasi tersebut dengan beliau terpaksa mendiamkan diri sahaja ketika dirinya dicemuh peminat.

Pemain midfield Man United, Donny Van de Beek tampil mempertahankan ketua pasukannya itu dengan beliau memberi sepenuh sokongan kepada pemain pertahanan berusia 29 tahun itu.

“Saya juga dengar benda itu (suara penyokong boo Maguire).”

Jelas Van de Beek kepada Sky Sport.

“Saya tak berapa tahu apa yang berlaku, tapi saya rasa jika saya tonton perlawanan itu, saya rasa Harry bermain dengan sangat baik dan dia juga sangat aggresif dan memenangi banyak bola.”

“Itu bermaksud dia ada personaliti yang besar. Dia ada banyak pengalaman jadi saya rasa itu adalah persembahan positif yang mampu dia tunjukkan hari ini.”

Ini bukanlah kali pertama Harry Maguire menerima layanan seperti itu dari para peminat dengan pemain pertahanan itu turut melalui situasi yang sama ketika sedang menjalani tugasan antarabangsa.

Maguire teruk kena boo ketika beraksi untuk skuad England ketika bermain dalam perlawanan persahabatan bertemu Ivory Coast pada Mac lalu.

Hal itu turut membangkitkan kemarahan Gareth Southgate yang turut mempertahankan Harry Maguire dari terus menjadi mangsa kecaman peminat.

Pengurus dari England itu turut menegaskan supaya para peminat berhenti mencemuh Maguire dan beri sokongan moral kepada pemain pertahanan itu.

“Saya rasa reaksi para penyokong sangat kelakar, ia memang betul-betul kelakar.”

Tambah Southgate lagi.

“Apa yang sudah dia lakukan untuk kita, cara bagaimana dia bermain untuk skuad England sememangnya sungguh luar biasa. Saya tak faham. Kita sepatutnya perlu terus bersama-sama.”

Maguire turut dipertahankan oleh pengurus terbaru Manchester United, Erik ten Hag dengan pengurus dari Belanda itu mendedahkan yang bintang England itu akan tetap menjadi ketua pasukan pada musim baharu nanti.

Musim hadapan bakal menjadi musim keempat Maguire menjadi ketua pasukan Manchester United.

Maguire telah memulakan kariernya di bawah kendalian Erik ten Hag dengan sangat baik selepas beliau berjaya pamerkan aksi yang sungguh menakjubkan dalam ketiga-tiga aksi perlawanan persahabatan pada musim panas ini.

Skuad setan merah itu sendiri turut sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini dengan ramai yang percaya mereka berpotensi untuk menjadi juara andai mereka konsisten pamer aksi sama pada musim baru nanti.

Tiga kemenangan dari tiga perlawanan dengan Man United berjaya menjaringkan 11 gol dan hanya mencatatkan dua bolos sahaja.

jelas sekali mereka sedang berada di tahap terbaik dan tak akan mengejutkan andai mereka akan mampu memenangi sesuatu pada musim baharu nanti.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Rakaman Aksi Meyakinkan Van De Beek vs Aston Villa