Van Der Vaart Jumpa 3 Pemain Setaraf Maguire Ketika Tengok Orang Main Petang Petang

Rafael van der Vaart pernah melancarkan serangan verbal ke atas kapten Manchester United yang berjaya menjadi pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah bola sepak.

Walaupun dari segi rupa dan penampilan, Harry Maguire kelihatan tiada tolok bandingnya kehensemannya berbanding Virgil Van Dijk. Ditambah dengan rambut sikat ke tepi yang menjadi sebab kenapa Maguire tak pernah risau dengan roadblock masa perhimpunan sekolah.

Namun Van Der Vaart beranggapan bahawa pemain itu ibarat satu scam dan penipuan. Manchester United patut boleh mendapat pertahanan yang lebih baik daripada harga itu.

Ini kerana Van Der Vaart tidak nampak di mana relevannya beberapa peminat Manchester United sebelum ini mulai membandingkan Maguire dengan bekas pemain Pemain Terbaik UEFA, Virgil Van Dijk.

Peminat Manchester United menggelarkan benteng pertahanan mereka sebagai score if you can. Merujuk kepada De Gea, Maguire, Lindelof, Luke Shaw dan Wan Bissaka.

Kuartet pertahanan ditambah penjaga gol hebat itu sangat menggerunkan lawan mereka.

Tetapi Van Der Vaart menongkah arus. Dia mengecam prestasi Maguire sebagai tidak cukup bagus untuk bermain dalam pasukan seperti Manchester United.

Lebih teruk, Van Der Vaart menjatakan bahawa dia boleh berjumpa dengan pemain pertahanan seperti Maguire dalam liga sosial di belakang rumah pada hujung minggu.

Pemain antarabangsa England itu sebelum ini bermain untuk Leicester. Manchester United membayar €90 juta kepada Leicester untuk membeli pemain itu.

Sejak menyertai Manchester United, Maguire menjadi pemain penting kelab walaupun ada yang melabel dia seperti peti ais. Namun peti ais tu juga yang menjadi kapten kelab terhebat dunia iaitu Manchester United.

Beliau menjadi kapten Ronaldo, Bruno Fernandes dan ramai lagi.

Bukan semua orang boleh menjadi kapten Manchester United. Maguire melakukannya tanpa perlu menggunakan kabel daripada orang dalam seperti bekas pemain class of 92.

Semuanya atas usaha sendiri. Pemain yang dipanggil slabhead itu menjadi subjek kritikan Van Der Vaart selepas menunjukkan aksi tidak senonoh dalam beberapa perlawanan.

Dan pundit yang merupakan bekas pemain Spurs itu berkata: “Ketika saya melihat aksi pasukan liga sosial pada Ahad, saya boleh mendapatkan 3 pemain sama macam dia (Harry Maguire) untuk kamu.”

“Saya tidak bergurau, saya bercakap benda betul ni. Mungkin kedengaran bodoh, tapi tak kisahlah, sebab dia bukan dengar pun kan,” dengan selamber Van Der Vaart berkata begitu seolah olah dia bukan bercakap depan tv.

“Bukan apa, sekarang ni kita bercakap tentang pemain yang dibeli dengan harga €90 juta. Kalau macam tu, maka Then Van Dijk bernilai €300 juta la kan? Tak gitu.”

Walaupun Van Der Vaart mungkin tak suka dengan Maguire, namun pemain itu membuktikan bahawa dia terus menjadi pemain penting Manchester United dan England.

Maguire turut meraikan gol menentang San Marino dengan gaya yang cukup ikonik. Membuatkan ramai peminat cilik menirunya di sekolah sekolah.

Musim ini Maguire akan bergandingan dengan pemenang 4 UCL, Raphael Varane. Namun pemain antarabangsa Perancis itu masih bergelut dengan kecederaan.

Jika mereka berdua mulai membentuk gandingan selepas ini, ianya petanda buruk buat pasukan lain. Pada masa itu barulah Van Der Vaart tahu langit itu tinggi ke rendah.

Ini kerana mereka berdua bakal membentuk aksi yang saling melengkapi.

Manchester United masih berada dalam landasan persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam usaha mereka mahu menamatkan kemarau piala tersebut selepas era Sir Alex Ferguson.

Selain itu, Manchester United juga baru melantik profesor gegenpressing yang akan membuatkan pasukan mereka ibarat mesin yang tak mampu dibendung.

BACA:  Terpaksa Seri Bermaruah, Harry Maguire Salahkan Pengadil, VAR Dan Liverpool