Van Dijk Membalas Kritikan Selepas Dilabel Angkuh Ketika Menentang Leeds

Pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk telah membalas semula kritikan yang dilemparkan ke atas beliau apabila dilabel sebagai angkuh ketika perlawanan menentang Leeds United.

Ekoran kesilapan bodoh, dungu dan tidak berakal yang mengakibatkan Leeds United mendapat jaringan kedua yang gratis, kebanyakkan pengulas sukan menggelar Van Dijk sebagai angkuh.

Liverpool dan Leeds telah menyajikan satu permainan yang penuh menghiburkan dan menakjubkan pada hari pembukaan Premier League musim 2020/21.

Aksi kejar mengejar pasukan yang menjadi pendatang baru Premier League ke atas penyandang juara nyata sesuatu yang akan diingati dan akhirnya seperti biasa kemenangan menjadi milik Liverpool.

Mohamed Salah mencetak hatrik dalam perlawanan ini dan dua daripadanya adalah dari sepakan penalti, kini penalti sudah diiktiraf oleh penyokong Liverpool sebagai sebahagian dari bola sepak.

Penalti tidak lagi menjadi hak mutlak Manchester United.

Virgil Van Dijk merupakan seorang lagi penjaring Liverpool dalam perlawanan itu, namun aksi malas dan bersahaja(too casual) beliau telah mendapat kritikan.

Namun Van Dijk membalas semula kritikan itu dalam temuramah bersama beIN Sports.

“Ini adalah salah satu daripadanya, satu situasi yang boleh terjadi.”

“Aku sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan itulah yang aku lakukan. Malangnya gol telah terhasil dari situasi itu dan aku tak bimbang pun tentang perkara ini.”

Kemudian Van Dijk menambah lagi dan berbicara mengenai perlawanan menentang Leeds United.

“Kami sudah menjangkakan perlawanan akan berlangsung sengit.”

“Tiada ada seorang pun yang mahu bolos tetapi ini merupakan perlawanan yang sengit untuk kedua-dua pasukan. Kami telah berlatih untuk menghadapinya dan kami tahu ini boleh terjadi.”

“Kutipan mata sangat penting, Leeds akan mendatangkan masalah kepada banyak pasukan di liga, aku fikir sangat bagus bagi kami untuk untuk mendapat 3 mata. Tapi masih ada benda yang perlu diperbaiki.”

Itulah jawapan balas Van Dijk kepada kritikan yang menyatakan beliau angkuh dan mengakui perkara sedemikian akan selalu terjadi dalam perlawanan.

Jamie Redknapp Insan Pertama Melabel Van Dijk Angkuh

Pengulas Sky Sports, Jamie Redknapp merupakan insan dan manusia pertama melabel pemain pertahanan terbaik dunia dan Liverpool sebagai pemain yang angkuh.

Ketika berbicara semasa perlawanan Jamie Redknapp tanpa berselindung atau takut diserang penyokong Liverpool yang cepat koyak berkata:

“Itu tindakan yang sangat angkuh.”

“Van Dijk cuba melakukan satu flick berbanding berdepan dengan bola. Mungkin ini kerana Leeds United pasukan baru dan Van Dijk menganggapnya terlalu mudah.”

“Tetapi Patrick Bamford telah diberikan hadiah oleh Van Dijk.”

Selain Redknapp bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher dan bekas peyerang Aston Villa, Gabriel Agbanlahor juga turut melabel Van Dijk sebagai angkuh.

Itulah pendapat Redknapp yang menanggap Van Dijk angkuh kerana memandang rendah kepada pendatang baru Prmeier League, Leeds United, tetapi akhirnya di hukum. Mujur menang.

Untuk rekod, Satu kesilapan yang dipanggil ‘errors leading to goals’ dilakukan oleh Van Dijk pada setiap musim bermula musim 2018/19.

1. 2018/19 vs. Fulham (Away)

2. 2019/20 vs. Arsenal (Away)

3. 2020/21 vs. Leeds (Home)

BACA:  Van Dijk: Tiada Sebab Untuk Liverpool Berasa Panik