Van Persie Dedah Kisah Alex Ferguson Carut Para Pemain Di Bilik Persalinan

Baru-baru ini Robin Van Persie telah mendedahkan lima pemain paling beliau kagumi ketika bersama pasukan setan merah.

Dalam sesi temu bual yang sama, Van Persie turut berkongsi detik dimana beliau melihat Sir Alex Ferguson mengamuk teruk di dalam bilik persalinan.

Hal itu terjadi kerana dua dari pemain setan merah ditangkap pergi berparti selepas kekalahan mereka kepada Manchester City.

“Pada musim pertama saya di sana, United mendahului kedudukan liga dengan 15 mata dihadapan Manchester City. Dan kami akan bertemu City di gelanggang sendiri pada waktu itu.”

“Jika kami memenangi perlawanan itu, maka kami akan lebih selesa mendahului liga dengan 18 mata. Tetapi malangnya kami tewas pada perlawanan itu.”

“Walau tewas, kami masih 12 mata mendahului City. Kebiasaannya dalam situasi mendahului dengan selesa, para pengurus tidak begitu terkesan dengan kekalahan.”

“Tetapi tidak untuk Sir Alex, dia mengamuk teruk sehari selepas dari kekalahan kami kepada City.”

“Kami meihat bos menampal gambar dua pemain itu sedang berparti dan ditampal dibilik persalinan.”

Namun Van Persie tidak mendedahkan dua pemain yang dimaksudkan itu.

Menurut Van Persi juga, Sir Alex begitu marah hingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada dua pemain itu.

Bah kan Sir Alex turut memberitahu semua pemain ketika itu sekiranya United terlepas gelaran Liga musim itu, ia berpunca dari dua pemain itu.

“teruk mereka dikerjakan dengan bos di bilik persalinan. Paling menarik, ada banyak gambar diletak pada dinding.

“Ianya tak terhenti di situ. Malah bos memberitahu kami semua: ‘Gais, dengar sini baik-baik. Jika kita terlepas liga musim ni, ianya kerana dua ekor lubang jubbo ni pergi keluar malam dan bersuka ria. Selepas ini, kalau saya dapat tahu ada pemain yang keluar malam sebelum kita menang piala, siaplah!’.”

“Dia menambah: ‘Saya tak peduli berapa banyak piala yang kamu dah menang. Kalau kamu meninggalkan pasukan sebelum musim berakhir, hujung musim ini, sama ada kamu pergi, atau saya yang akan jual kamu.”

“Ada beberapa pemain yang benar benar takut dengan Sir Alex Ferguson. Namun sebenarnya dia seorang yang paling senang didekati dan membuatkan kamu sentiasa relaks.”

“Selepas mendengar Sir Alex mengamuk hari itu, kami terus pergi berlatih. Rasanya itulah dua sesi latihan paling teruk dalam karier saya. Ianya gara-gara kami sekarang berada 12 mata di atas City.”

Van Persi kemudian menyatakan, mereka keciciran mata selepas itu di tangan West Ham, di mana mereka seri.

Beliau awalnya merasakan Sir Alex Ferguson akan lebih marah dan latihan yang lebih berat akan diberikan.

Namun sebaliknya yang berlaku. Di mana Sir Alex Ferguson menenangkan para pemainnya agar tidak terlalu tertekan dalam mengejar kejuaraan, kerana mereka sudah semakin hampir dengannya.

“Kami kemudian keciciran mata di tangan West Ham. Namun Sir Alex Ferguson pada masa itu cuba mengurangkan tekanan kepada kami. Beliau tahu bila masa harus garang dan mengamuk, serta bila masa beliau kena tenangkan pemain.”

Dalam temu bual yang sama juga, Van Persie menganggap Sir Alex Ferguson sebagai master of clarity.

Beliau seorang yang sangat pakar dalam menyampaikan ideanya kepada para pemain agar semua faham.

Malah ada sekali Sir Alex Ferguson berkata kepada bintang dia yang lain, kalau mereka tak dapat melakukan hantaran menemui Van Persie, maka mereka tak akan bermain Perlawanan seterusnya.

Beliau akui kebanyakkan pemain goyang dengan Sir Alex, namun menurutnya juga sebenarnya Sir Alex seorang yang sangat tenang.

BACA:  Van Persie Jujur Akui Arsenal Lemah dan Lembik