Van Persie Percaya Arsenal Mampu Beri Cabaran Kepada Manchester City

Robin Van Persie percaya Arsenal mempunyai kemampuan untuk memberikan cabaran kepada Manchester City dalam prebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Penyerang berasal dari Belanda itu yakin Arsenal mampu mengakhiri kemarau kejuaraan liga yang dilalui mereka sejak tahun 2004. Van Persie juga percaya Arsenal mempunyai sedikit kelebihan berbanding Chelsea dalam perlawanan akhir Europa League minggu hadapan.

Arsenal mampu cabar City musim hadapan. Erm where can I get what you smoking on?

Kali terakhir Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris adalah pada musim 2003/2004 dimana skuad bimbingan Arsene Wenger melalui seluruh musim tanpa sebarang kekalahan. Ia juga melayakkan Arsenal untuk menerima trofi Liga Perdana Inggeris bersalut emas, sesuatu yang tidak pernah dimiliki pasukan lain.

Kali terakhir mereka memberikan cabaran kepada juara liga adalah pada tahun 2005 dan 2016, dimana Arsenal mengakhiri musim di tempat ke-2. Walau bagaimanapun, jurang mata Arsenal dan juara liga pada kedua-dua musim tersebut agak jauh, iaitu 13 mata (Chelsea) dan 10 mata (Leicester).

Musim ini menyaksikan Manchester City dan Liverpool mendominasi saingan liga dan jauh meninggalkan pasukan-pasukan lain. Kedua-dua pasukan tersebut mengutip 195 mata secara keseluruhan dan hanya 1 mata menjadi pemisah di antara juara dan tempat ke-2.

Jaga-jaga City, bukan Liveerpool je ppower season depan

Di tempat ke-3 adalah Chelsea tetapi mereka ditinggalkan 25 mata di belakang sang juara. Arsenal pula mengakhiri musim di kedudukan ke-5, 28 mata di belakang Manchester City dalam musim pertama Unai Emery selaku pengurus Arsenal.

Walaupun jurang besar di antara Manchester City dan Arsenal, Van Persie percaya kelab lamanya itu mampu memberikan cabaran kepada skuad Pep Guardiola musim hadapan.

“Sudah tentu mereka boleh. Kerana mereka pernah amat dekat untuk memenanginya, sudah banyak tahun mereka hampir memenanginya.”

“Sekarang anda mempunyai Manchester City sebagai pasukan yang kehebatan mereka sukar untuk dipercayai. Untuk memenangi liga dua tahun berturut-turut merupakan sesuatu yang istimewa, itu menunjukkan anda mempunyai pasukan yang bagus.”

“Tapi lepas ni akan ada fasa yang lain. Mungkin Pep Guardiola akan meninggalkan Manchester City tahun hadapan dan itu akan menjejaskan kelab tersebut.”

“Mungkin Liverpool akan mengambil alih selepas itu dan mendominasi liga untuk beberapa tahun kemudian. Tetapi saya berharap Arsenal mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas ini. Saya tahu betapa sukarnya untuk melakukan perkara tersebut.”

Robin Van Persie tahu betapa sukarnya untuk memenangi EPL, sehingga join MU untuk merasai nikmat tersebut

Walaupun melalui musim yang biashe-biashe, Arsenal berpeluang menamatkan kempen musim ini dengan trofi apabila mereka bertemu Chelsea dalam aksi final Europa League yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan di Baku, Azerbaijan.

Van Persie sekali lagi menyatakan sokongannya terhadap Arsenal dan percaya mereka mampu meraih trofi pertama di peringkat Eropah sejak tahun 1994.

“Secara peribadi, saya rasa Arsenal mempunyai kelebihan. Mereka mungkin lebih baik. Tetapi Chelsea mempunyai Eden Hazard dan beliau adalah pemain yang cukup istimewa. Bila-bila masa sahaja Hazard mampu mencipta sesuatu.”

BACA:  Wenger: Kehilangan Van Persie Lebih Pedih Daripada Sanchez