Video: Kompilasi Aksi Dungu David Luiz Sepanjang Bersama Arsenal

Salah seorang peminat telah mencipta sebuah video kompilasi aksi-aksi lemau David Luiz sepanjang beraksi untuk pasukan Arsenal.

Luiz baru sahaja menandatangani perjanjian selama satu tahun bersama Arsenal pada hari Rabu lalu. Jadi peminat bakal terus menyaksikan pertahanan Brazil itu beraksi untuk The Gunners musim hadapan.

Peminat Arsenal kebanyakkan marah dan kecewa dengan keputusan pihak pengurusan mereka yang menawarkan kontrak lanjutan kepada Luiz.

David Luiz mempamerkan aksi hambar dan menjadi punca Arsenal tewas kepada Manchester City dalam perlawanan pembukaan semula saingan liga minggu lalu.

Salah seorang peminat yang mungkin terlalu geram dengan Luiz telah membuat kompilasi aksi-aksi hambar beliau dalam satu video lalu memuat naiknya ke Youtube.

Video yang dimuat naik ke Youtube itu diberi tajuk “David Luiz Awful Player” dan memaparkan segala aksi-aksi hambar Luiz sepanjang bersama Arsenal.

Antara aksi yang terdapat di dalam video tersebut adalah aksi ketika Luiz melakukan kesilapan ngeri sewaktu bertemu Liverpool di awal musim dan banyak lagi aksi dungunya selama bermain untuk Gunners.

Video tersebut mendapat banyak Komen dari pengikut beliau dan antara komen yang paling menarik adalah:

“Dalam bola sepak, ianya melibatkan 11 lawan 11. Tetapi ketika Arsenal menurunkan Luiz, ianya akan menjadi 12 lawan 10.”

“Dia adalah Mustafi yang menjelma sebagai David Luiz.”

“Pernahkah anda semua lihat pemain paling lemau selain dari Mustafi dan David Luiz? Sebab saya sendiri tak pernah jumpa.”

Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan bahawa David Luiz tidak mahu menandatangani perjanjian baru bersama Arsenal sekiranya ditawarkan kontrak jangka pendek.

Hal ini kerana Arsenal sebelum ini cuma mahu melanjutkan kontrak beliau untuk tempoh jangka masa pendek sahaja iaitu sehingga habis baki perlawanan musim ini.

Mungkin kerana David Luiz tidak bersetuju dengan tawaran jangka pendek itu, Arsenal telah memberikan pemain kebangsaan Brazil itu lanjutan kontrak selama setahun lagi.

Pemain pertahanan tengah, Pablo Mari dan Cedric Soares pula telah ditawarkan kontrak jangka masa panjang dari Arsenal. Manakala Dani Ceballos pula telah bersetuju untuk terus kekal sehingga tamat baki musim ini.

Pengarah teknikal Arsenal, Edu telah mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan:

“Saya sangat gembira kerana kami akan memiliki pemain-pemain ini dalam skuad kami untuk masa akan datang.”

“Mereka telah menjadi sebahagian daripada rancangan taktikal jangka panjang yang sudah direncanakan oleh Mikel Arteta.”

“Saya yakin pemain-pemain tersebut akan memberikan impak yang bagus untuk skuad kami.”

Berkenaan dengan kontrak David Luiz, Edu menjelaskan bahawa pemain itu masih diperlukan kerana beliau turut ada dalam perancangan Mikel Arteta.

Sukar untuk peminat Arsenal terima alasan yang telah diberikan oleh Edu itu.

“David adalah pemain yang sangat penting dalam skuad kami. Dia telah bermain dalam banyak perlawanan pada musim ini dan dia pemain yang penting dalam sistem Mikel Arteta.”

“Hantaran beliau, komunikasi antaranya dengan pemain lain baik dalam mahupun luar padang turut memainkan peranan penting. Dia boleh serasi bersama siapa pun.”

Namun ramai peminat yang mendakwa bahawa David Luiz merupakan punca kepada kebanyakkan kekalahan pasukan Arsenal musim ini.

BACA:  Arsene Wenger Sangkal Dakwaan Arsenal Berminat Dapatkan David Luiz