Beberapa pegawai kelab bola sepak Corinthians cuba untuk pecah masuk dan menyerbu bilik VAR di dalam aksi Serie A Brazil ketika pasukan itu menentang Gremio pada hujung minggu lalu. Dan insiden tersebut turut dirakam oleh CCTV.
10 minit pertama perlawanan yang berlangsung di Arena do Gremio, Porto Alegre itu dipenuhi dengan drama.
Pada mulanya pemain pertahanan Corinthians Matheus Bidu dinafikan sepakan penalti oleh pengadil. Bidu kemudiannya terus mendapat layangan kad merah selepas insiden tersebut, kerana hadangan keras dan berbahaya terhadap pemain lawan.
Tidak berpuas hati dengan insiden tersebut Pengarah Bolasepak Corinthians, Alessandro Nunes dan beberapa pegawai kelab yang lain cuba untuk menceroboh bilik VAR secara paksaan.
Nunes turut menghampiri seorang wartawan yang melakukan rakaman kejadian.
After being denied a penalty and having a man sent off after just 8 minutes away at Gremio, Corinthians' Director of Football Alessandro Nunes tried to storm the VAR room in the stadium.
— HLTCO (@HLTCO) November 14, 2023
Bercakap kepada akhbar Braziol O Globo, Nunez ketika mengulas insiden tersebut berkata: “Ini adalah cara saya untuk melakukan bantahan terhadap pengadilan VAR yang jelas tidak adil.
“Ia langsung tidak membantu pengadil utama di padang. Ia jelas penalti, sampai bila mereka mahu meneruskan kesilapan sebegini?”
Nunes kemudian menambah: “Sejak beberapa tahun lalu presiiedn komiti pengadilan [di Brazil] telah mengalami perubahan, tetapi kita semua masih melihat kesilapan sama dilakukan.
Pelatih Corinthians, Allesandro Nunes memaksa masuk ruang VAR saat Half Time pertandingan Gremio vs Corinthians karena tidak puas dengan keputusan VAR yang merugikan timnyapic.twitter.com/XnG5XoLlXo
— Siaran Bola Live (@SiaranBolaLive) November 14, 2023
“Saya bukan memberikan alasan berkaitan tindakan yang saya lakukan. Saya juga melakukan kesilapan dan sikap saya juga tidak betul.
“Tetapi perkara yang lebih salah ialah apabila pengadil VAR yang duduk di hadapan skrin dan menyaksikan kejadian tersebut berulang kali gagal membantu pengadil utama di padang. Kami hanya mahukan keadilan.”
Rafael Traci, pegawai VAR yang bertanggungjawab untuk perlawanan tersebut kemidiannya menjelaskan sebab penalti tersebut tidak diberikan.
Corinthians' Director of Football Alessandro Nunes and staff tried to storm the VAR room after a red card was handed to Bruno Mendez for dangerous tackle on Lucas Besozzi in the Brazilian Serie A clash against Gremio.
Hectic. 🤯 pic.twitter.com/BpjcU4jWVi
— Mamelodi Sundowns Sharpeville Branch® (@MS_Sharpeville) November 15, 2023
“Dia [Pedro] meletakkan lengannya di atas badan Bidu. Malah dia juga menyentuh pemain itu. Malangnya ia tidak cukup untuk menjatuhkan Bidu.
“Sentuhan tersebut mustahil akan menyebabkan dia terjatuh.”
Seorang lagi pegawai VAR yang tidak dinamakan berkata: “Dia sengaja melambatkan langkah untuk menjatuhkan diri.”
Di sebalik protes dan drama membabitkan VAR itu, Corinthians tetap menang 1-0 ke atas Gremio hasil jaringan Angel Romero.
Mujur memang. Kalau tidak pasti ada yang ajak rematch.