Bekas kapten Manchester Unted, Nemanja Vidic telah mendesak agar Manchester United untuk menggugurkan Harry Maguire daripada kesebelasan utama kerana prestasi buruknya.
Menurut Vidic, hanya Rangnick sahaja yang dapat membantu Maguire pada masa ini. Dia mendapati pemain itu memerlukan sedikit rehat untuk mengosongkan semula kepalanya yang sedang serabut dan bercelaru dan tidak menentu.
Kapten Manchester United, Maguire menjadi subjek kritikan banyak pihak terutama sekali penyokong Manchester United sendiri kerana beberapa aksi tidak bergunanya di atas padang.
Maguire bergelut untuk memenuhi tanda harga £80 juta sejak menyertai United dari Leicester City pada 2019.
Pemain berusia 29 tahun itu diberi tugas sebagai kapten pada pertengahan musim pertamanya di Old Trafford, tetapi kelayakannya dari segi kepimpinansering dipersoalkan, terutamanya musim ini apabila Red Devils jatuh ke tangga ketujuh dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris – pada ketika ini.
Pasukan bimbingan Ralf Rangnick ity berada dalam bahaya untuk terlepas kelayakan Liga Juara-Juara Eropah malah tidak berada di kedudukan terbaik untuk ke UEL sama sekali.
Unuted telah tersingkir daripada setiap pertandingan piala utama pada musim ini. Menjadikannya musim kelima berturut turut Manchester United menamatkan saingan musim Liga Inggeris tanpa sebarang piala.
Peluang mereka untuk menamatkan saingan Liga Perdana dalam kelompok empat teratas terjejas teruk apabila tewas 1-0 di Everton pada hari Sabtu lalu apabila Anthony Gordon menjaringkan gol kemenangan dengan sedikit sumbangan Maguire. Di mana bola rembatan Gordon terbias pada Maguire. Ianya memang agak malang buat Maguire selepas segalanya serba tak kena untuk beliau.
Vidic, yang memenangi lima kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh lapan tahun yang sangat mengagumkan di Old Trafford sebagai pemain bek tengah kental, merasakan Maguire kini perlu dikeluarkan daripada barisan utama.
“Setiap pemain mempunyai masalah dengan prestasi pada satu-satu masa dalam kariernya,” kata Vidic kepada The Athletic ketika ditanya mengenai krisis prestasi bek tengah itu baru-baru ini.
“Saya juga mengalaminya dahulu dan jelas sekali bahawa Maguire tidak berada pada tahap terbaiknya musim ini. Saya fikir anda boleh melakukan beberapa perkara dan salah satunya ialah tidak bermain setiap perlawanan sambil anda cuba mendapatkan semula prestasi terbaik kamu dan mendapatkan keyakinan.
“Seorang jurulatih boleh memainkannya dalam perlawanan yang lebih mudah, di mana ada banyak perlawanan mudah tersebut dalam Liga Perdana Inggeris, dan mengeluarkanny untuk perlawanan yang lebih sukar.”
“Seseorang pemain itu perlu berasa kental dan kuat di atas padang semula, bukan seperti sekarang di mana dia tidak merasakan itu dalam dirinya.”
“Adalah sukar untuk bermain dengan baik apabila anda berada di bawah tekanan kerana orang ramai menunggu anda untuk melakukan kesilapan.”
Nemanja Vidic believes Ralf Rangnick should consider leaving Harry Maguire out for 'harder' matches 🤔 pic.twitter.com/sI7gs619MW
— ESPN UK (@ESPNUK) April 11, 2022
The Red Devils telah melepaskan 42 gol dalam Liga Perdana setakat musim ini, lebih banyak daripada pasukan lain yang berada dalam sembilan teratas, dan kini duduk enam mata di belakang Tottenham dalam perlumbaan untuk tempat keempat.
Maguire telah menjadi nadi kepada pertahanan yang hanya berjaya mencatat tujuh kali tanpa bolos, dan Vidic telah menasihatinya untuk meminta rehat untuk mengosongkan semula kepalanya.
“Tidak menjadi masalah jika seorang pemain berkata kepada jurulatihnya bahawa dia tidak berasa bagus untuk berada di atas padang,” tambahnya.
“Jika dia berkata: ‘Beri saya rehat, beri saya beberapa minggu untuk mengumpulkan tenaga saya semula dan berlatih dengan baik dan kemudian bermain semula’.”
“Saya pun ada mengalami beberapa perlawanan yang mengerikan ketika bermain untuk United dan perlu mencari ketenangan saya untuk saya berkembang semula.”
Vidic bukanlah anti dengan Maguire. Sebab musim lalu dia memuji prestasi Maguire dan memberikan rating 8/10 kepada pemain itu yang menurutnya masih muda dan masih banyak ruang untuk belajar.
Malangnya musim ini Maguire berterusan gagal mengendalikan tekanan yang ada pada dirinya. Vidic sendiri menjadi risau.
Sehari dua mungkin boleh ku harung
masuk ketiga berlewah ku termenung
selepas seminggu fikiranku bercelaru
meruap-ruap bimbangku