Wesley Sneijder Persoal Kemampuan Wijnaldum Sebagai Kapten Belanda

Belanda dikejutkan oleh Republik Czech apabila tewas kepada pasukan itu 0-2 diperingkat pusingan ke-2. Dua jaringan dari Tomas Holes dan Patrick Schcik pada babak ke-2 meranapkan impian Belanda untuk melangkah ke suku akhir sejak 2 edisi lepas.

Belanda mengalami fasa buruk dalam sejarah bola sepaknya apabila gagal layak ke Piala Eropah 2016 yang dilangsungkan di Perancis. Pencapaian buruk itu diteruskan apabila gagal layak ke Piala Dunia 2018.

Pada edisi Piala Eropah Belanda membuat kemunculan semula selepas menamatkan kempen kelayakan di tempat ke-2 di belakang Jerman.

Belanda hampir dikejutkan oleh Ukraine pada perlawanan pembukaan tetapi menarik nafas lega apabila Denzel Dumfies menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan.

Selepas itu Belanda menunjukkan kemampuan sebenar apabila mudah menewaskan tanpa bolos Austria dan Macedonia Utara pada baki perlawanan peringkat kumpulan. Belanda menang semua perlawanan.

Sementara itu Republik Czech menerima tentangan sengit Croatia, Scotland dan saudaranya England sebelum menempah tempat ke pusingan ke-2.

Belanda turun sebagai pasukan pilihan dan dijangka mudah untuk mara ke peringkat separuh akhir, Republik Czech pula sebagai pasukan under dog.

Namun sebaliknya berlaku apabila skuad bimbingan Jaroslav Silhavy mudah mengepikan Belanda dalam perlawanan yang menyaksikan Matthijs De Ligt dilayangkan kad merah.

Kekalahan tersebut mendapat respon negatif dari bekas pemain antarabangsa Belanda, Wesley Sneijder.

Sneijder berpendapat pasukan Belanda kali ini masih lagi pasukan ‘biasa-biasa’ dan tidak mempunyai pemimpin sejati di atas padang.

Malah Sneijder tidak melihat Giorginio Wijnaldum mampu menggalas tugas tersebut untuk memacu kemaraan Belanda ke peringkat lebih tinggi.

“Ini kapten kami? Anda mahu dia (melakukan) kebangkitan, tetapi saya tak melihat apa-apa darinya sepanjang perlawanan. Sekali pun takde. Tiada sebarang kepimpinan dalam pasukan ini.”

Wijnaldum mengambil alih pernanan sebagai kapten Belanda selepas Virgil Van Dijk mengalami kecederaan ACL (anterior cruciate ligament). Kepimpinan dari pemain Liverpool tersebut lebih padu meningkatkan keyakinan para pemain. 

Kehilangan De Ligt juga meletakan Belanda mengalami krisis kepimpinan.

Jaringan ke-2 berpunca dari Wijnaldum yang gagal mengesan larian kencang dari Thomas Holes yang menewaskannya serentak dengan Dumfries sebelum meluru membawa bola kedalam kotak penalti sebelum menghantar kepada Schcik untuk disudahkan.

“Mereka sangat lemah bila memiliki bola, saya terkejut melihat betapa cuainya mereka.

“Bukan hanya Wijnaldum. Hampir semua macam tu. Kita melihat tiada pemimpin sejati dalam pasukan ini. Sudah tentu tentang Wijnaldum dan Memphis Depay. Ini pasukan Belanda yang biasa-biasa sahaja.”

Ekoran dari kekalahan tersebut Belanda meneruskan rentetan panjang gagal dalam kejohanan besar dalam tempoh yang agak panjang badi sebuah negara besar bola sepak dunia.

Sneijder merupakan pemain Belanda yang memacu pasukannya menjadi naib juara Piala Dunia 2010, empat tahun selepas itu Belanda merupakan pasukan ke-3 dalam kejohanan yang sama dan selepas itu bermula lah era kejatuhan bola sepak Belanda.

REKOD BELANDA SEJAK 2010

Piala Dunia 2010: Naib Juara

Piala Eropah 2012: Peringkat kumpulan

Piala Dunia 2014: Tempat ke-3

Piala Eropah 2016: Tidak layak

Piala Dunia 2018: Tidak layak

Piala Eropah 2020: Pusingan ke-2 (pusingan 16)

BACA:  Peminat Terkejut Melihat Bentuk Fizikal Terkini Wesley Sneijder