10 Pemilik Terkaya Kelab Bola Sepak Hari Ini, Avramovich Di Tangga Ke-5

Pemilik pasukan Manchester City Sheikh Mansour telah dinobatkan sebagai pemilik kelab bola sepak paling kaya di dunia mengalahkan Roman Abramovich (Chelsea) dan Stan Kroenke (Arsenal).

Pada tahun 2008 Pemilik Abu Dhabi United Group itu telah membeli Manchester City pada harga $445 juta dan Sheikh Mansor telah memastikan dana kelab itu sentiasa cukup untuk menjadi salah satu pasukan gergasi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sejak itu City telah merangkul 5 gelaran EPL, 6 Piala Liga (EFL) dan 2 Piala FA.

Menurut laporan dari Daily Star Sheikh Mansour kekal berada di ‘puncak’ sebagai pemilik paling kaya di EPL dengan jumlah kekayaan peribadi sebanyak $20 billion.

Sheikh Mansour telah menubuhkan City Football Group dimana ia mengandungi kelab Manchester City, New York City dari Major League Soccer dan Melbourne City dari Australia.

Berada di belakang Sheikh Mansour ialah pemilik RB Leipzig, Dietrich Mateschitz yang mempunyai nilai kekayaan $19 billion.

Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli pula berada di tempat ke-3 dengan kekayaan bernilai $14 billion diikuti pemilik Hoffenheim, Dietmar Hopp $13 billion.

Bagi Abramovic yang membeli Chelsea pada tahun 2003  dia berada di tempat ke-5.

Pemilik dari Rusia ini mungkin cukup kejam dalam layanan terhadap setiap pengurus yang dilantiknya namun dibawah pemerintahannya Chelsea telah meraih 5 gelaran EPL, 5 Piala Liga, 2 Liga Juara Eropah dan 2 Liga Ueropa.

Berikut adalah 5 latar belakang dari 10 pemilik kelab bola sepak paling kaya di dunia yang sedang mengalami pandemik covid sembilan belas.

1. Sheikh Mansour: Manchester City ($20 billion)

Sheikh Mansor merupakan keluarga diraja Emeriah Arab Bersatu yang menguasai politik dan kekayaan di negaranya. Seperti biasa karier awalnya di dalam dunia politik.

Seterusnya menguasai kekayaan negara dengan perniagaan melalui syarikat Aabar Investment. Syeikh Mansour melebarkan penguasaannya melalui sukan seperti sukan kuda dan sebagainya.

Sebelum membeli Manchester City, Sheikh Mansour telah terlibat dengan sukan bola sepak, bola tampar dan bola keranjang negaranya.

Pada tahun 2008 Syeikh Mansor mengeluarkan wang $445 juta bagi membeli Manchester City dari Thaksin Shinawatra disamping menawarkan pakej bajet $695 juta untuk membeli pemain baharu.

Banyak kejayaan domestik dilakarkan oleh kelab itu selepas mendapat jaminan kewangan dari Sheikh Mansour dan pada hari ini Manchester City merupakan kelab paling tinggi membayar gaji pemain iaitu hampir $680 juta sertahun.

Menurut Forbes yang dikeluarkan pada tahun lepas, Manchester City kini bernilai $4 billion.

2. Dietrich Mateschitz: RB Liepzig ($19 billion)

Mateschitz dilahirkan pada tahun 1944 di Sankt Marein im Murztal, Styria Austria. Kedua-dua orang tuanya adalah guru dan mereka berpisah ketika Mateschitz masih kecil.

Selepas tamat pengajian, Mateschitz menyertai syarikat Unilever dimana dia bekerja di bahagian pemasaran bahan pencuci. Dia kemudiannya berpindah ke syarikat kosmestik Blendax dimana dia berada di bahagian pemasaran ubat gigi.

Ketika berada disana Mateschitz bertemu dengan Krating Daeng dan seterusnya menghasilkan produk minuman yang pada hari ini dikenali sebagai Red Bull. Red Bull kemudiannya menjadi minuman bertaraf global dan Mateschitz menjadi kaya raya.

Pada awal penglibatannya dalam bidang sukan, Mateschitz banyak terlibat dengan penajaan sukan permotoran seperti Formula One. Pada tahun 2009 Mateschitz membeli kelab RB Leipzig.

Dengan kekayaan yang dimiliki Mateschitz, RB Leipzig muncul sebagai pasukan kuat di Bundesliga yang mampu memberi cabaran kepada kelab tradisi Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

3. Andrea Agnelli: Juventus ($14 billion)

Agnelli dilahirkan pada tahun 1975 dan dia merupakan ahli perniagaan -yang diwarisi oleh keluarganya. Ayahnya pernah menjadi pengerusi Juventus dan juga seorang ahli senator disamping CEO syarikat kenderaan, FIAT.

Majotiri kekayaannya datang dari warisan keluarga dan Agnelli aktif dalam pengurusan korporat melalui jawatan Pengerusi Juventus, Pengerusi dan Ahli Eksekutif Persatuan Kelab Eropah.

Pada tahun 2015 Agnelli dilantik menjadi salah seorang ahli jawatan kuasa Eksekutif FIFA.

Sudah pasti Agnelli merupakan ahli lembaga pengarah di semua syarikat yang diwarisinya dan dia juga ahli lembaga pengarah Stellantis dan Exor.

4. Dietmar Hopp: Hoffenheim ($13 billion)

Hopp merupakan jurutera perisian dan usahawan Jerman. Pada tahun 1972 Hopp antara salah sorang pengasas SAP SE.

SAP SE merupakan sebuah syarikat perisian yang mana pada tahun lepas mereka mencatat pendapatan sebanyak $32 billion.

Hopp merupakan salah seorang individu yang sentiasa menyokong kewangan kelab Hoffenheim. Kelab ini berada berhampiran dengan tempat Hopp membesar ketika remaja.

Kembali ke belakang, pada 1990 Hoffenheim telah mengalami kerugian teruk yang hanya bermain di Kriesliga (liga daerah) dan Hopp memutuskan untuk membelinya.

Dengan sokongan kewangan yang kuat dari Hopp, Hoffenheim naik ke Regionalliga (2005). Hopp telah melakukan pelaburan besar dengan tujuan mengangkat pasukan ini ke Bundesliga.

Hopp juga mengeluarkan wang sebanyak $119 juta untuk membina stadium baharu yang boleh memuatkan 30 ribu penyokongnya.

5. Roman Abramovich: Chelsea ($12 billion)

Profil ahli perniagaan Abramovich cukup dikenali oleh semua peminat bola sepak dunia ekoran kejayaan dan populariti yang diraih oleh Chelsea.

Avramovich mempunyai banyak cabang perniagaan namun dia bermula sebagai pedagang bahan keluli dan besi. Kemudiannnya dia terlibat dengan perniagaan minyak-gas di Rusia dan komuditi di Switzerland.

Dia terus melebarkan sayapnya dan kemudian membina Millhouse Capital bagi menguruskan segala aset yang dimilikinya. Avramovich juga terlibat dengan dunia politik di Rusia.

Menurut satu laporan Marca, sejak membeli Chelsea pada tahun 2003, kelab ini telah membelanjakan sebanyak $2.16 billion dalam urusan pembelian pemain.

Salah satu faktor besar sudah semestinya dengan jaminan kewangan dari Avramovich.

Lain-lain

6. Philip Anschutz: LA Galaxy ($10 billion)

7. Stan Kroenke: Arsenal ($9 billion)

8. Nasser Al-Khelaifi: Paris Saint-Germain ($8 billion)

9. Zhang Jindong: Inter Milan ($7.6 billion)

10. Robert Kraft: New England Revolution ($6 billion)

BACA:  Selepas Abramovich, Kerajaan UK Digesa Sekat Pemilikan Sheikh Mansour