“Ucap Terima Kasih Pun Salah?” – Peminat Pertahankan Terry Yang Dihentam Teruk Oleh Pelbagai Pihak

Hanya kerana memuat naik gambar Roman Abramovich dan menulis ucapan terima kasih, John Terry teruk dihentam oleh pelbagai pihak.

Salah seorang ahli politik, Chris Bryant tampil menghentam John Terry kerana memuat naik gambar bersama Roman Abramovich di laman media sosial miliknya.

Bekas ketua pasukan Chelsea itu memuat naik gambar tersebut sebagai tanda terima kasih beliau kepada Roman Abramovich.

Jelas sekali tujuan utama beliau melakukan hal tersebut selepas billionaire dari Rusia itu mengesahkan yang beliau mahu menjual kelab.

Abramovich mengesahkan yang beliau akan menjual Chelsea selepas 19 tahun beliau menjadi pemilik kelab, dan membantu menaikkan The Blues menjadi pasukan gergasi dalam saingan Premier League.

Melihat John Terry memuat naik gambar tersebut berserta ucapan “Yang Terbaik” , Chris Bryant tampil menyebut nama John Terry di Parlimen dan menghentam tindakan legenda Chelsea itu.

“Saya tak tahu adakah kamu lihat ini atau tidak, tapi hari ini, John Terry memuat naik gambar dia bersama Abramovich yang mana dia adalah kroni Vladimir Putin, apa yang orang-orang Ukraine akan fikir tentang bekas ketua pasukan England itu?”

Bukan hanya ahli parlimen itu seorang sahaja, namun ramai lagi sebenarnya pihak yang turut sama menghentam muat naik John Terry itu.

Kebanyakan dari mereka merasakan tindakan Terry itu sebenarnya dosa besar dan mereka turut menganggap legenda Chelsea itu seolah-olah menyokong keganasan yang dilakukan oleh Rusia.

Bryant sendiri turut memuat naik status membalas muat naik dari John Terry dengan menulis:

“Ini mengerikan. Saya rasa John Terry, kamu patut padam ini segera. Orang-orang di Ukraine sedang dibom, disiksa dan dibunuh, sementara kamu meraikan Abramovich.”

Hal itu jelas sekali membangkitkan kemarahan segelintir penyokong Chelsea, yang merasakan media, ahli politik dan mereka yang menghentam Terry itu sebagai golongan yang keterlaluan.

“Saya tak rasa tindakan John Terry perlu dikecam, sejak bila Roman Abramovich jadi musuh kita? Sebab dia orang Rusia? Sebab dia pendukung Putin? Sumbangan dia untuk Chelsea dan Terry sendiri memang besar.”

“Sebab tu politik jangan bawa masuk dalam bola sepak, Terry buat benda betul, dia ucap terima kasih kerana dia kenang budi, dia bukan ucap terima kasih pada Rusia tapi pada bekas pemilik kelab dia, Roman Abramovich.”

“Tidak kah mereka semua rasa yang mereka sudah keterlaluan? Muat naik Terry dibincangkan di Parlimen? Sudah tak ada isu lain mahu dibincangkan?”

“Orang Ukraine tak peduli tentang muat naik Terry, mereka sendiri tahu legenda mereka, Andriy Shevchenko sendiri orang kuat Roman.”

Sepertinya sokongan yang diberikan kepada Ukraine semakin menjadi-jadi dan sudah agak keterlaluan.

Jelas sekali tiada masalah sepatutnya untuk John Terry yang pernah bekerjasama dengan Roman Abramovich sepanjang kariernya di Stamford Bridge, mahu menghargai jasa billionaire dari Rusia itu.

Satu hal yang pasti, beliau bukan suka-suka memuat naik gambar dan status tersebut, namun beliau melakukan hal itu selepas Roman Abramovich rasmi akan melepaskan Chelsea.

Bukan hanya John Terry, malah para pemain dari skuad Chelsea sekarang turut sama terkesan dengan pengunduran diri Roman Abramovich.

Segelintir penyokong juga sangat-sangat menghargai jasa dan sumbangan Roman Abramovich dan sudah tentu mereka berada di belakang John Terry dalam hal ini.

Ketika Roman Abramovich mengesahkan yang beliau tidak akan menuntut hutang kelab bernilai £1.5 billion, rata-rata penyokong Chelsea tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya.

Adakah ucapan terima kasih itu dianggap menyokong tindakan Rusia? Bincangkan diruangan komen.

BACA:  Rio Ferdinand Dan John Terry Siapa Lebih Hebat?