John Terry Terus Menganjing Man Utd Sebaik Buka Akaun Twitter

John Terry akhirnya melibatkan diri beliau ke dalam dunia twitter dan beliau tanpa membuang masa terus memilih penyokong Manchester United untuk diajak bergaduh.

Legenda Chelsea itu sebelum ini aktif di platform Instagram dengan beliau sudah mempunyai lebih enam juta pengikut.

Beliau kebiasaannya akan menganjing penyokong pasukan lawan terutama Tottenham Hotspur dengan Terry sering mengejek mereka berkait Piala.

Terry merupakan antara legenda terhebat dalam saingan Premier League dengan beliau membuat 759 penampilan sebagai pemain, termasuk 717 darinya ketika beraksi bersama Chelsea.

Beliau berjaya memenangi 17 Piala bersama The Blues sepanjang kariernya termasuk lima gelaran Premier League dan juga beberapa anugerah individu yang lain.

Kini bekas pemain kebangsaan England itu mula masuk ke dunia twitter, dan beliau tidak menunggu lama untuk menyasarkan Manchester United sebagai mangsanya.

Pada awalnya, beliau memuat naik status yang murni-murni dalam membalas komen mereka-mereka yang mengucap selamat datang kepadanya.

Kevin Pietersen yang juga merupakan penyokong Chelsea turut menyatakan bahawa:

“Sambutan hangat kepada bekas kapten yang tentu akan ketawa besar melihat bagaimana teruknya Man Utd sekarang.”

Tulis beliau selepas kekalahan 2-0 United di tangan Manchester City kemarin.

Terry kemudian membalas komen tersebut dengan menyatakan:

“Terima kasih kawan. Dua pasukan dari dunia berbeza. Man City gembira melihat penguasaan bola, dan contoh hebat untuk pasukan yang tak setanding mereka tentang penguasaan.”

“Pengurus Pep Guardiola mengarahkan dan meminta itu dari setiap seorang pemain dia, setiap kapal memerlukan seorang ketua dan dia adalah yang terbaik.”

Salah seorang penyokong Manchester United kemudiannya cuba menganjing Terry dengan berkongsi gambar bekas bintang Chelsea itu menangis selepas tamat aksi perlawanan akhir Champions League 2008.

John Terry kemudiannya membalas semula komen tersebut dengan menyatakan:

“Itulah penyokong Man Utd selepas hari ini dan sedar mereka lima tahun di belakang untuk mengejar Chelsea.”

Terdapat juga para peminat yang bertanya kepada Terry tentang pandangan beliau berkait para pemain muda Chelsea hari ini.

Sumber: talkSPORT

“Apa pandangan kamu tentang pemain akademi kita? Reece, Christensen, CHO, Mount dan lain-lain sedang berprestasi sekarang.”

Terry kemudiannya membalas:

“Menakjubkan. Sangat menarik untuk melihat pemain kita sendiri bermain dalam skuad utama.”

Sumber: talkSPORT

Bekas pemain yang kini berusia 40 tahun itu sebelum ini menjadi pembantu jurulatih Aston Villa, dan beliau ketika ini masih mencari tawaran-tawaran terbaik untuk masa hadapannya.

Pemergian Terry dianggap punca Aston Villa semakin hambar

Kehilangan bekas pembantu ketua jurulatih, John Terry jelas sekali menjadi alasan utama tentang mengapa Aston Villa mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar sejak kebelakangan ini.

Aston Villa mencatatkan kekalahan 1-0 bertemu Southampton awal pagi semalam, dan ia merupakan kekalahan kelima mereka secara berturut-turut dalam saingan Premier League.

Villa juga pada ketika ini hanya dua mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran dengan mereka hanya mampu mengumpul 10 mata dari 11 perlawanan.

Pada musim panas baru-baru ini, Aston Villa kehilangan ketua pasukan mereka, Jack Grealish yang ditandatangani oleh Manchester City dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta.

Villa walau bagaimanapun turut berbelanja besar dalam usaha mereka untuk mencari pengganti kepada pemain terbaik kelab itu.

Emiliano Buendia, Danny Ings, dan Leon Bailey kesemuanya ditandatangani selepas mereka menjual Jack Grealish dan diharapkan akan dapat menjadi pengganti kepada bekas ketua pasukan kelab itu.

Walau bagaimanapun, bukan hanya jentera serangan mereka sahaja yang bermasalah, dengan Villa sebenarnya lebih bergelut dengan masalah di posisi pertahanan.

Posisi pertahanan Aston Villa terlalu bermasalah pada musim ini dengan mereka merupakan pasukan ketiga paling banyak dibolosi dalam saingan Premier League.

Tyrone Mings dan Ezri Konsa yang dilayangkan kad merah ketika bertemu West Ham sebelum ini juga sedang bergelut dengan masalah prestasi.

Skuad yang dikendalikan oleh Dean Smith pada ketika itu terus dibelasah oleh West Ham di halaman mereka sendiri.

Bekas bintang Premier League, Jamie O’Hara percaya yang kehilangan John Terry yang meninggalkan kelab pada musim panas baru-baru ini merupakan sebab utama Villa bergelut di posisi pertahanan.

“Secara peribadi, saya melihat mereka dan saya terfikir, ‘Apa sedang berlaku kepada Aston Villa?’ mereka senang bolos, jadi siapa yang bantu mereka pada musim lalu, ketika mereka tidak seteruk ini. Mereka masih ada pemain yang sama.”

“Jadi siapa dia? Yang tiada di situ John Terry.”

“Ia seolah-olah nampak terlalu jelas dia lah orangnya bukan?”

“Saya tak tahu kenapa dia pergi.”

Sambung Jamie O’Hara lagi.

“Saya tak tahu apa alasan sebalik itu. Mungkin dia mahu pergi dan mahu jadi pengurus, mungkin dia mahu berehat. Saya tak tahu. Mahu masa bersama keluarga dia, apa saja dan dia memang berhak untuk itu.”

“Tapi jika kamu lihat pada isu yang ada musim ini, John Terry telah membuktikan yang dia ada pengaruh besar dan kehilangan dia jadi punca Aston Villa hancur. Mungkin mereka patut dapatkan dia semula.”

“Bukan hanya John Terry seorang jurulatih yang hebat dalam membantu pertahanan, tapi dia juga seorang ketua dalam bilik persalinan. Pada ketika ini, ketika kamu kalah lima perlawanan, siapa yang kamu perlu bawa untuk masuk ke bilik persalinan pada pagi Isnin? John Terry.”

Persembahan Mings yang dilihat merosot teruk pada musim ini dikatakan juga berpunca dari ketiadaan John Terry.

“Satu-satunya individu yang saya nampak boleh memimpin adalah Tyrone Mings. Dia pandai bercakap dan dia nampak berjaya untuk naikkan semangat rakan sepasukan dia yang lain.”

“Tapi tanpa John Terry, dia tak ada sokongan dan dia bahkan tidak bermain sekarang.”

Sumber: talkSPORT

BACA:  Terry: Chelsea Tidak Menyesal Lepaskan De Bruyne, Lukaku dan Salah