John Terry Diundi Sebagai Centre-Back Terbaik Sepanjang Zaman EPL

Legenda Chelsea, John Terry telah dinamakan sebagai centre-back terbaik sepanjang zaman dalam saingan premier league.

Bekas pemain kebangsaan England itu muncul sebagai pemain terbaik selepas mengatasi gandingan setan merah, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand menerusi undian dari para peminat.

Undian dilakukan dalam konsep pertemuan kalah mati yang mana

Pertahanan termahal Liverpool, Virgil Van Dijk gagal mara ke perlawanan akhir selepas tewas di peringkat separuh akhir melalui undian peminat di Twitter.

Beribu peminat turut serta dalam sesi undian ini yang memperlihatkan kemenangan berpihak kepada John Terry.

Terry telah menikmati kerjaya yang cemerlang sepanjang beraksi untuk pasukan Chelsea dalam saingan Premier League.

Beliau telah berjaya membantu pasukan The Blues menjuarai lima kali gelaran Liga sepanjang kariernya di sana.

Selain dari itu, Terry juga merupakan salah seorang pemain yang berjaya memenangi gelaran Liga Juara-juara bersama Chelsea pada musim 2011/12.

Secara individu pula, Terry pernah memenangi PFA Player Of The Year pada musim 2004/05 dan beliau turut menjadi calon dalam anugerah sama sebanyak empat kali.

Di peringkat akhir Terry telah menerima 43.8% undian menewaskan Vidic yang menduduki tempat kedua dengan 30.3% undian.

Rio Ferdinand pula menduduki kedudukan ketiga dalam sesi undian ini dengan mengumpul 26% undi.

Setiap pemain dibahagikan kepada tiga kumpulan, pemenang setiap kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya.

Dalam kumpulan pertama, Terry muncul Juara apabila menewaskan Jamie Carragher, Tony Adams dan Jaap Stam. Legenda Chelsea itu menerima 58.5% undi.

Ferdinand diletakkan dalam kumpulan kedua yang turut menampilkan pemain seperti Vincent Kompany, Ledley King dan Ricardo Carvalho.

Kumpulan ketiga pula, Vidic berjaya muncul Juara selepas menewaskan Van Dijk, Marcel Desailly dan Sol Campbell.

Pemain terbaik Liveroool, Van Dijk adalah pemenang PFA dan UEFA Player Of The Year musim lalu dan beliau turut berada dikedudukan kedua di belakang Messi dalam perebutan Ballon d’or 2019.

Beliau gagal untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam sesi undian ini selepas hanya menerima 29% undian sahaja secara keseluruhannya.

Terry diundi sebagai pertahanan terbaik sepanjang zaman dalam saingan premier league hasil undian peminat.

Tidak dinafikan beliau seorang ketua pasukan yang bertanggungjawab dan seorang legenda yang hebat hingga Wayne Rooney sendiri menganggap beliau adalah pertahanan paling handal yang pernah ditemui.

BACA:Β  Rio Ferdinand Dan John Terry Siapa Lebih Hebat?