John Terry Menganjing Rio Ferdinand Yang Mengaku Dirinya Pertahanan Terhebat Sepanjang Zaman

Rio Ferdinand terlibat dengan isu perdebatan hangat bersama John Terry di laman twitter selepas legenda United itu mengklaim dirinya sebagai pertahanan terhebat sepanjang zaman Premier League.

Legenda England dan Manchester United itu menamakan dirinya sendiri sebagai centre-back terhebat sepanjang zaman dan meletakkan John Terry di kedudukan kelima senarai pilihannya.

​Bercakap tentang Virgil Van Dijk, Rio Ferdinand menjelaskan bahawa:

“Saya percaya saya nombor satu. Serious. Tak dinafikan lagi memang saya nombor satu.”

Bercakap tentang John Terry, Ferdinand menjelaskan bahawa:

“Dari segi ketahanan dia bersama kelab, apa yang dia menang, pertaruhkan segalanya, pemain bola sepak yang lebih bagus dari apa orang anggap, dia boleh bermain dengan kaki kiri dan kanan.”

Walau bagaimanapun, dakwaan dari Ferdinand itu sepertinya tidak diterima dengan baik oleh John Terry, yang kemudiannya mengeluarkan kenyataan balas di laman media sosial miliknya.

Terry memuat naik status menceritakan kisah ringkas kejayaan beliau sepanjang kariernya dan jelas sekali status itu ditujukan kepada kenyataan dari Rio Ferdinand.

Terry memuat naik gambar yang menunjukkan statistik dari berapa kali beliau disenaraikan dalam senarai kesebelasan terbaik dunia, ketua pasukan paling kerap memenangi gelaran Premier League, dan peratusan kemenangan yang beliau miliki berbanding pemain pertahanan lain.

Terry memuat naik gambar tersebut berserta caption:

“Pendapat tu hebat, tapi stats tak pernah menipu.”

Ferdinand kemudiannya membalas semula muat naik Terry itu dengan menyatakan yang bintang Chelsea itu sekadar bernasib baik dipilih kerana memikirkan isu perkauman bersama adiknya, Anton.

“Pada ketika seseorang perlu bersungguh menunjukkan rekod dan stats, ia jelas sekali sudah tiba masa untuk mendedahkan ego yang rapuh.”

“Kamu bernasib baik saya letakkan kamu di kedudukan 5 teratas selepas isu perkauman kamu dengan adik saya. Jadi bersyukur kamu berjaya.”

Terry tidak menunggu lama untuk membalas semula kenyataan tersebut dengan menyatakan:

“Ego yang rapuh itulah yang meletakkan kamu di kedudukan pertama. Terima kasih kerana meletakkan saya di kedudukan kelima senarai kamu.”

Ferdinand turut menamakan Nemanja Vidic, Van Dijk dan Jaap Stam dalam senarai pemain centre-back terhebat sepanjang zaman pilihannya.

Senarai pilihan Ferdinand jelas sekali bakal mencetuskan kontroversi apa lagi kerana beliau memilih dirinya sendiri sebagai yang terhebat.

Sama seperti senarai kesebelasan paling teruk Premier League musim ini yang dikeluarkan oleh Darke, ia juga turut dipertikaikan oleh para peminat.

Kesebelasan Paling Teruk Premier League Musim Ini

Ian Darke tanpa belas kasihan telah menamakan enam pemain Manchester United ke dalam senarai kesebelasan paling teruk sepanjang musim ini.

Pengulas saingan Premier League itu telah mengeluarkan senarai kesebelasan paling teruk musim ini pilihan beliau dan jelas sekali ia didominasi oleh para pemain dari skuad Man Utd.

Skuad setan merah tidak dinafikan lagi telah melalui kempen musim ini dengan sangat teruk dan mereka turut mengakhiri musim ini dengan kutipan mata paling teruk dalam sejarah kelab.

Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford merupakan antara nama pemain dari skuad United yang berada dalam senarai pemain paling teruk pilihan Darke.

Pogba hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari 20 penampilan dalam saingan liga musim ini dengan beliau kerap diketepikan dek kerana sering dibelenggu masalah kecederaan.

Kontrak beliau bersama setan merah juga akan tamat pada musim ini dengan Pogba sepertinya sudah hampir pasti bakal meninggalkan kelab pada musim panas nanti.

Bruno Fernandes sementara itu merupakan nadi penting skuad Manchester United sejak dari awal beliau menyertai kelab.

Walau bagaimanapun, pada musim ini beliau sepertinya gagal untuk kekalkan tahap persembahan yang sama dan Fernandes antara pemain yang kerap dihentam oleh pelbagai pihak.

Bagi Rashford sendiri pula, beliau sepanjang musim ini hanya mampu menjaringkan empat gol sahaja dalam saingan Premier League musim ini dan ia jelas sekali rekod yang sangat mendukacitakan.

Darke turut memilih Harry Maguire, Raphael Varane dan Aaron Wan-Bissaka dalam senarai pemain paling teruk Premier League musim ini.

Chelsea yang berjaya mengakhiri saingan musim ini di kedudukan ketiga turut mempunyai tiga pemain yang disenaraikan dalam senarai ini.

Dari Romelu Lukaku, yang hanya mampu menjaringkan lapan gol sahaja selepas melengkapkan perpindahan mega ke Stamford Bridge musim panas lalu, hinggalah ke penjaga gol Kepa Arrizabalaga.

Darke menyenaraikan nama Romelu Lukaku, N’Golo Kante dan Kepa Arrizabalaga dalam senarai kesebelasan paling teruk saingan Premier League musim ini.

Agak mengejutkan untuk melihat beliau menilai Kepa Arrizabalaga hanya selepas melihat penjaga gol Sepanyol itu membuat empat penampilan sahaja bersama Chelsea.

N’Golo Kante juga turut kerap diketepikan kerana masalah kecederaan dan positif C0V-19, dan jelas sekali agak membingungkan untuk memikirkan mengapa nama beliau ada dalam senarai tersebut.

Tidak terkejut sama sekali untuk melihat nama Romelu Lukaku berada dalam senarai ini kerana beliau sememangnya layak untuk dianggap pemain paling teruk Premier League musim ini.

Bintang Leeds United, Junior Firpo dan pemain penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette melengkapkan senarai kesebelasan paling teruk Premier League pilihan Darke.

Tiada pemain dari skuad Liverpool mahupun Manchester City dalam senarai tersebut walaupun Jack Grealish turut layak untuk disenaraikan dalam senarai itu.

Walau bagaimanapun, para pemain kedua-dua pasukan berjaya mendominasi senarai kesebelasan terhebat pilihan SofaScore berdasarkan statistik yang mereka catatkan.

Juara saingan Premier League musim ini, Manchester City mempunyai dua pemain yang ada dalam senarai ini seperti Kevin De Bruyne dan Rodri.

Sementara Liverpool pula memiliki pemain seperti Alisson Becker, Trent Alexander Arnold, Andy Robertson, Joel Matip dan Mohamed Salah dalam senarai tersebut.

Duo Chelsea, Thiago Silva dan Mason Mount turut tersenarai dalam senarai kesebelasan terbaik Premier League bersama Harry Kane dan Son Heung-min.

Jelas sekali ramai peminat tidak akan berpuas hati melihat nama-nama pemain yang ada dalam senarai ini kerana ada antara mereka yang tak patut disenaraikan.

Pendapat korang macam mana? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ferdinand Gesa United Berusaha Sehabis Daya Untuk Dapatkan Pemain Ini