Ferdinand Gesa United Berusaha Sehabis Daya Untuk Dapatkan Pemain Ini

Rio Ferdinand percaya yang Manchester United tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk menandatangani Jude Bellingham dan mereka perlu berusaha untuk mendapatkan bintang muda England itu.

Legenda setan merah itu menggesa pihak kelab agar berusaha sehabis daya untuk mengejar bintang Borussia Dortmund itu dan tidak membiarkannya menyertai pasukan lain.

Pemain midfield muda itu berjaya bersinar bersama Borussia Dortmund sejak beliau ditandatangani dari Birmingham City pada tahun lalu.

Beliau juga pada ketika ini telah menjadi antara nadi penting untuk skuad kebangsaan England dan sering mempamerkan aksi yang menakjubkan jika diturunkan.

Gergasi Bundesliga itu berjaya mendapatkan khidmat beliau dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta sahaja.

Mereka kini berjaya mengembangkan lagi karier Jude Bellingham untuk menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain muda terhebat dalam dunia bola sepak.

Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi dalam saingan Bundesliga dan Champions League bersama Borussia Dortmund.

Melihat kepada persembahan mantap yang beliau pamerkan, Jude Bellingham turut dipanggil untuk berada dalam senarai pemain pilihan Gareth Southgate ketika aksi Euro 2020 pada musim panas lalu.

Manchester United kini sedang hangat dikaitkan dengan pemain midfield muda itu, dengan beliau dianggarkan bernilai lebih dari £100 juta.

Legenda setan merah, Rio Ferdinand merupakan antara individu yang paling mengagumi bakat Jude Bellingham dan sangat berharap agar Man Utd tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmatnya.

Ketika ditanya tentang posisi mana dari tiga posisi di bahagian midfield yang sesuai untuk Bellingham andai bermain di Old Trafford, Ferdinand menjawab:

“Mana-mana bahagian pun dia boleh, dia sebagus itu.”

Jelas Ferdinand di saluran YouTube miliknya.

“Serious. Dalam skuad muda England kerap kali juga dia bermain di posisi holding midfielder. Ada masa dia bermain di posisi nombor 8 dan dia juga bermain box-to-box.”

“Dan ada ketika bila dia diminta untuk lebih kerap bantu jentera serangan, dia ada kemampuan dan kebolehan untuk bermain di mana-mana bahagian dan apa juga peranan, dia sehebat itu.”

“Saya rasa bagi dia, saya nampak dia sebagai seorang pemain yang boleh melakukan segalanya. Tidak ramai pemain midfield hari ini yang boleh handal ketika menyerang dan bertahan. Dia beri impak untuk kedua-dua bahagian itu setiap kali bermain.”

“Ketika kamu sebagai sebuah kelab gergasi, ada bakat diluar sana yang akan buat kamu fikir jika kamu ada kemampuan dari segi kewangan, maka dia adalah pemain yang tak akan kamu lepaskan.”

Manchester United pada ketika ini sedang bergelut dengan masalah prestasi dengan mereka mencatatkan dua kekalahan besar dari lima perlawanan terakhir dalam saingan Premier League.

Posisi defensive midfielder jelas sekali merupakan masalah utama yang perlu United selesaikan, namun untuk mencari pemain di bahagian central atau attacking, setan merah sebenarnya sudah ada banyak pilihan.

Melihat kepada nasib Van de Beek dan Jadon Sancho, berkemungkinan besar Jude Bellingham sendiri juga akan berasa sangat bimbang tentang masa depan beliau andai beliau ke Old Trafford.

Beliau berpotensi untuk sekadar menjadi pemanas bangku simpanan dan sukar untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi.

Setan merah pada ketika ini lebih memerlukan pemain di poisisi defensive midfielder dengan jendela perpindahan Januari nanti bakal jadi medan untuk mereka mengejar pemain di posisi tersebut.

Manchester United pada hujung minggu ini akan kembali meneruskan aksi saingan Premier League bertemu Watford, sebelum mereka pada bulan hadapan akan bertemu pendahulu liga, Chelsea.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Sir Alex Ferguson Dedah Pemain Terhebat Pernah Beliau Kendalikan