Ferdinand Dan Scholes Berganding Bahu Bantai Kekalahan Man Utd

Dua legenda Manchester United, Rio Ferdinand dan Paul Scholes nyata tidak mampu memendam rasa selepas melihat kelab kesayangan mereka tersingkir dari saingan Champions League di kaki Atletico Madrid.

Tanpa berlapik apatah lagi beralas kedua-dua pemain legenda ini telah berganding bahu membantai kekalahan Manchester United itu dan Ralf Rangnick menjadi sasaran utama.

Kekalahan ini juga membawa erti Setan Merah akan melalui satu lagi musim tanpa sebarang kejuaraan utama lebih tepatnya untuk lima musim berturut-turut.

Nak harap jadi juara Premier League musim ini? Jauh panggang dari api, nak rebut nombor 4 pun terkial-kial kemungkinan besar tiada Champions League buat Manchester United musim depan.

Menyedari hakikat itulah Rio Ferdinand dan Paul Scholes tidak lagi berselindung di mana Paul Scholes mempertikaikan perlantikan Ralf ‘bapa bola sepak Jerman’ Rangnick sebagai pengurus interim.

“Kepimpinan dan jurulatih yang bagus akan dapat yang terbaik dari pemain. Dia seorang yang baik dan jujur.”

“Bagaimana dia (Ralf Rangnick) telah dipilih sebagai pengurus kelab ini untuk tempoh 6 bulan atau 6 minggu atau 6 perlawanan? Aku tak tahu.” Ujar Scholes yang kehairanan.

“Jurulatih memainkan peranan paling penting. Jadi dapatkan pengurus yang sebenarnya.”

“Sekumpulan pemain yang teruk, jika disusun dengan strutur yang baik dan diberikan cara bermain yang betul mereka boleh hasilkan sesuatu.”

“Jika kau tengok pemain Man Utd mereka tidaklah teruk, ada pemain berbakat. Tapi sejak 2 tahun lalu atau lebih, mereka tiada jurulatih elite.”

Scholes menggesa seperti mana yang pernah disuarakan oleh Roy Keane dan Gary Neville di mana Setan Merah sepatutnya melabur besar mendapatkan pengurus dan jurulatih yang sebetulnya.

Ini tidak pengurus datang kebanyakkan percuma, lepas tu bagi kontrak panjang. Kesudahannya bayar pampasan yang tinggi melangit.

“Ini merupakan perkara pertama kelab patut buat untuk terus menjadi pencabar atau memenangi liga dengan mendapatkan jurulatih yang bekerja untuk pasukan.”

“Kami sudah melalui detik sukar dan merasai kesakitan yang amat dan banyak lagi bala yang sedang mendatang.”

“Tiga atau empat tahun untuk mencabar untuk liga? Akan akan melepaskan tangan untuk itu.”

“Kelab bola sepak ini memerlukan lebih ramai orang dari bidang bola sepak.”

Rio Ferdinand turut mempersoalkan perkara yang hampir sama dan membuat perbandingan dengan pasukan Atletico Madrid yang kelihatan jelas tahu apa yang mereka perlu lakukan.

Tambah Rio Ferdinand lagi, Manchester United dari barisan kejurulatihan sehingga pemain tidak jelas apa yang mahu dilakukan dan berharap kepada keajaiban.

“Atletico Madrid mempunyai sekumpulan orang yang faham untuk melaksanakan tugas yang diberikan.”

“Manchester United pula hanya mampu melihat sama sendiri sambil berharap detik di mana seorang individu melakukan sesuatu benda ajaib (Ronaldo la kot).”

Menurut Rio Ferdinand lagi, Manchester United kini memerluk rombakan dari bawah sampai ke atas. Kira A to Z la. Itik gembo-gembo. Sebagai memburukkan keadaan Kylian Mbappe dan Erling Haaland juga disebut.

“Kalau kau bawa Mbappe dan Haaland sekalipun pada musim panas ni, Manchester United tidak akan menang liga.”

“Ini tiada kaitan dengan siapa yang kau bawa. Rombakan perlu dibuat dari atas sampai ke bawah.”

Seorang lagi bekas pemain Manchester United, Owen Hargreaves tidak lantang mengkritik namun setuju dengan Paul Scholes dan Rio Ferdinand yang mahukan lebih ramai orang bola sepak di kelab.

Jaringan tunggal Renan Lodi diseparuh masa pertama sudah cukup untuk membawa pasukan bimbingan Diego Simeone ke suku akhir dan membuatkan Manchester United mati kutu sepanjang baki perlawanan.

BACA:  Paul Scholes Namakan Satu-satunya Bintang United Yang Layak Berada Dalam Skuad Liverpool