Bukan Tribute Kepada Treble Man City, Scholes Bengang Old Trafford Dibanjiri Bendera Biru Dan Putih

Paul Scholes jelas tidak gembira apabila bendera biru dan putih diberikan kepada mereka yang hadir ke Old Trafford untuk perlawanan amal, sehari selepas Manchester City melengkapkan treble.

Man City menewaskan Inter Milan 1-0 di Istanbul untuk menjuarai UEFA Champions League, selepas turut menjuarai Premier League dan Piala FA pada musim ini.

Ini bermakna kelab Manchester itu menjadi kelab kedua di dalam sejarah bola sepak Inggeris yang berjaya menjuarai treble selepas Manchester United meraih kegemilangan yang sama pada musim 1998/99.

Kebanjiran bendera biru dan putih dalam perlawanan amal yang dianjurkan oleh UNICEF di Old Trafford baru-baru ini menimbulkan gurauan Man Utd – seteru setempat kepada Man City – sebenarnya turut meraikan kejayaan treble lawan mereka itu, dan lautan bendera biru dan putih itu seolah-olah merupakan penghormatan/tribute kepada kejayaan seteru mereka itu.

Dan antara individu yang paling tidak senang dengan kejadian tersebut adalah legenda Manchester United sendiri yang mengkritik penganjur di Instagram.

“Seseorang perlu dimarah kerana bendera-bendera ini,” tulis beliau di IG Story disertakan dengan foto lautan bendera biru dan putih yang sinonim dengan Man City di Old Trafford.

Lautan bendera biru dan putih di Old Trafford itu turut mendapat perhatian ramai penyokong Man City di media sosial.

Seorang pengguna Twitter menulis: “Semestinya seseorang mahu meraikannya. MAN CITY TELAH MEMENANGI TREBLE”.

Seorang lagi penyokong City secara berseloroh menulis: “Penghargaan yang luar biasa daripada jiran kami. Inilah dia maksud penghormatan.”

Ada juga yang tidak berlapik apabila menulis: “Oh ironinya….ini berlaku sehari selepas City menjuarai treble.”

Manakala seorang lagu menulis: “Tampak seperti Man City kini telah mengambil alih Old Trafford.

Sejak Man Utd meraih gelaran trble pada musim 1998/99 di bawah kendalian pengurus legenda Sir Alex Ferguson, pencapaian tersebut dianggap mustahil untuk diulangi oleh mana-mana kelab Ingggeris selepas itu.

Namun demikian Pep Guardiola dan anak buahnya membuktikan ia mampu dilakukan sekali lagi apabila berjaya mengulanginya pada musim ini.

Lebih menarik, Man City kendalian pengurus dari Sepanyol itu turut menafikan Arsenal yang mendominasi sebahagian besar di kedudukan teratas Premier League untuk muncul juara liga.

Pasukan bewarna biru Manchester itu turut menewaskan Man United dengan jaringan 2-1 di perlawanan akhir Piala FA Inggeris di Wembley, sebelum melengkapkan treble dengan menafikan Inter Milan.

Mungkinkah Scholes sepatutnya marah dengan barisan pemain kendalian Erik ten Hag yang gagal menafikan kejuaraan Piala FA pada musim ini?

Sudah tentu treble oleh City tidak akan berlaku sekiranya United menewaskan City di perlawanan akhir Piala FA yang lalu.

BACA:  Liverpool Biasa-Biasa Je, Kalau City Lain