Perpindahan musim sejuk, yang hanya dibuka selama sebulan pada bulan Januari pada setiap musim bola sepak, dikenali sebagai pembelian yang perlu untuk pasukan, yang juga dilabelkan sebagai pembelian panik.
Ada sesetengah kelab yang cepat sedar akan kelemahan pasukan sendiri pada separuh musim pertama liga, dan menjadikan tempoh perpindahan musim sejuk sebagai anjakan paradigma untuk menutup kelemahan dengan melakukan pembelian yang strategik. Tak kurang juga kelab yang terdesak, cuba memancing pemain bintang untuk selamatkan separuh lagi musim. Berharap ada masih ada sinar keajaiban di balik lorong-lorong gelap. Satu hal yang pasti, tempoh perpindahan ini biasanya akan dipenuhi dengan drama.
Dalam sesi kali ini, kami akan megimbau lima rekod wang besar yang dileburkan sepanjang tempoh perpindahan musim sejuk. Ada yang menjadi, ada jugak yang menjadi bubur.
#5 Christian Pulisic (Borussia Dortmund ke Chelsea) — €64 Juta
Selepas drama bermain tarik tali, Chelsea menandatangani Cristian Pulisic dari kelab Borrusia Dortmunt untuk rekod perpindahan €64 Juta pada Januari 2019 Masihi. Walau bagaimana pun, Chelsea berbesar hati menghantar kembali pemain tersebut ke kelab Borrusia Dortmunt secara pinjaman untuk saki baki musim 2018/2019 dan hanya mengambil beliau pada musim panas 2019.
On this day in 2019: @cpulisic_10 joined Chelsea! 💙
Take a look at some of Pulisic’s most spectacular moments since his arrival at Stamford Bridge 🇺🇸
(Via @premierleague)
pic.twitter.com/3OJDpquZu0— FOX Soccer (@FOXSoccer) January 2, 2023
Pemain antarabangsa Amerika tersebut, yang cemerlang di kelab lamanya, Borrusia Dortmunt tidak berapa cemerlang pada musim debutnya bersama kelab Chelsea. Beliau hanya mampu menamatkan musim pertama beliau di bumi Inggeris tersebut dengan hanya rekod 11 jaringan gol dan 10 bantuan gol dalam 34 aksi perlawanan untuk kesemua perlawanan.
Cristian Pulisic diberikan harapan besar, apabila diharapankan untuk menjadi tonggak penting untuk skuad The Blues, namun sebaliknya yang berlaku apabila beliau gagal menyerlah bersama pasukan Chelsea dan dilaporkan dikaitkan dengan perpindahan keluar dari pasukan tersebut.
Sejak menyertai pasukan Chelsea, Cristian Pulisic telah bermain 135 perlawanan, namum hanya merekodkan 26 jaringan gol dan 21 bantuan gol.
#4 Aymeric Laporte (Athletic Bilbao ke Manchester City) — €65 Juta
Gergasi liga Inggeris, Manchester City yang juga merupakan jiran tetangga pasukan sejarah, Manchester United, tak pernah segan silu untuk berbelanja besar bila dirasakan perlu. Pada Januari 2018, Manchester City telah membelanjakan €65 Juta untuk mendapatkan tandatangan pemain bek tengah Sepanyol, Aymeric Laporte dari pasukan La Liga, Athletic Bilbao, untuk memperkuatkan lagi jentera pertahanan pasukan tersebut.
A tough one to start again but we are through 💙 great effort from everyone, we go again 🔥 pic.twitter.com/lIyCXZOE4t
— Aymeric Laporte (@Laporte) December 22, 2022
Aymeric Laporte, pemain yang mempunyai larian pantas, mempunyai kebolehan membuat keputusan yang pantas, tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bola dan dilihat tidak mudah tergugat dengan tekanan yang diberikan. Dengan Ruben Dias, Nathaniel Ake, dan John Stones didalam skuad yang sama, Aymeric Laporte bukanlah pilihan utama untuk posisi bek tengah di Manchester City, namum beliau adalah salah satu pemain yang penting dalam perancangan Pep Guardiola.
Aymeric Laporte, yang mana telah bermain bunga api dan menjulang piala Liga Inggeris sebanyak empat kali lebih banyak dari Lagenda Liverpool, Setevn Gerarrd, telah membuat penampilan sebanyak 164 perlawanan untuk Manchester City dan merekodkan 12 jaringan gol.
#3 Dusan Vlahovic (Fiorentina ke Juventus) — €82 Juta
Juventus teleh membelanjakan sebanyak €82 Juta untuk mendapatkan Dusan Vlahovic dari seteru utama, Fiorentina pada perpindahan musim sejuk 2022. Dengan penghijrahan Cristiano Ronaldo ke kelab lamanya iaitu, Manchester United pada musim panas 2021, kelab Juventus dilihat perlu mendapatkan penyerang utama yang profilik, dan Dusan Vlahovic dilihat sebagai seorang calon yang sesuai.
Would you take Dusan Vlahovic at @ManUtd – YES/NO? 🧐 #MUFC ✅ pic.twitter.com/ThmfaJuM6H
— ManUtdMania (@ManUtdMania_) January 2, 2023
Dusan Vlahovic menyertai skuad Juventus, setelah dilihat cemerlang pada separuh musim pertama 2021/2022 bersama Fiorentina. Penyerang antarabangsa Serbia tersebut telah menjaringkan 17 jaringan gol dan 4 bantuan jaringan dalam 21 penampilan di Serie A bersama Fiorentina. Ibarat kes tipu resume semasa temuduga, yang mana rekodnya tidak cemerlang bersama majikan baharu, Juventus apabila hanya menjaringkan 7 gol dalam 15 penampilan bersama Juventus pada musim lepas.
Namun, pemain dengan tanda harga termahal pada perpindahan musim sejuk 2022, kembali menemui sentuhan berbisa pada musim 2022/2023 ,dengan menyumbang 6 jaringan gol dan 10 bantuan gol dalam 10 penampilan di Serie A. Di peringkat Liga Juara, sebaliknya yang berlaku selepas hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja dalam 5 aksi kumpulan, yang menyaksikan Juventus tersingkir dari peringkat kumpulan.
#2 Virgil van Dijk (Southampton ke Liverpool) — €85 Juta
Liverpool dikenali dengan identiti pasukan yang bernafsu besar pada musim perpindahan musim panas sahaja, mengejutkan ramai pihak apabila mereka membelanjakan wang besar sebanyak €85 Juta untuk mendapatkan Vigil van Dijk dari akademi Liverpool, iaitu Southampton pada Januari 2018.
The best centre-back in world football? ⚽🌍
Virgil van Dijk marked his 50th @LFC appearance with a clean sheet on the weekend, so we've broken down his impressive stats since joining last January. 📊
Full feature: https://t.co/qm0UlB12E1 pic.twitter.com/yyz1HFqJZR
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 17, 2019
Umpanan Jurgen Kloop mengena, apabila jumlah yang besar dibelanjakan dilihat sebagai pembelian yang sangat berbaloi, dengan pertahanan warga Belanda tersebut menjadi salah seorang tonggak utama yang berpengaruh di Liverpool, tak kurang juga yang melebalkan beliau sebagai salah seorang pertahanan terbaik di dunia. Musim debut pertama, beliau membantu Liverpool menjadi finalis akhir Liga Juara, sebelum tumpas kepada Real Madrid dek aksi kelakar penjaga gawang Liverpool. Musim seterusnya, Van Dijk menakluk Eropah bersama Liverpool selepas menjuarai Liga Juara selepas menundukkan Totenham Hotspur dengan jaringan 1-0 di aksi akhir.
Pada musim 2019/2020, Liverpool memenangi gelaran pertama Liga Premier Inggeris mereka, dengan Van Dijk dilihat sebagai watak utama kebangkitan Liverpool. Cuma nak kabo Manchester United dah 20 kali menang liga, Liverpool baru sekali menang dah riuh.
Pemain bekas akademi Liverpool iaitu Southampton, Van Dijk diketepikan pada musim 2020/2021 selepas mengalami kecederaan ACL gred 3. Beliau kembali dengan cemerlang pada musim 2021/2022 yang membantu Liverpool melengkapkan musim dengan merangkul piala FA dan Piala Carabao.
Semenjak menyertai Liverpool, Virgil van Dijk telah membuat 205 penampilan bersama Liverpool dalam semua kejohanan, merekodkan 18 jaringan gol dan 11 bantuan gol.
#1 Philippe Coutinho (Liverpool ke Barcelona) — €135 Juta
Selepas enam bulan menjual pemain bintang mereka, Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod perpindahan €222 juta, Barcelona tidak teragak agak untuk berbelanja sesuka hati sebanyak €135 juta untuk mendapatkan Philippe Coutinho dari Liverpool. Ini adalah penjualan termahal Liverpool dan pembelian kedua termahal Barcelona, selepas pembelian Ousmane Dembele sebanyak €140 juta.
Now that the January transfer window is open, let's have a look at the biggest winter transfers in history… 👀
Philippe Coutinho's record from 2018 is unlikely to be broken, but players like Enzo Fernández & Mykhaylo Mudryk could certainly cause some shifts in the top 10! 🔥😮 pic.twitter.com/D8fxBnhEzP
— Transfermarkt.co.uk (@TMuk_news) January 1, 2023
Malang buat kelab The Catalan, selepas pemain Philippe Coutinho dilihat seperti tertinggal bakat dan rohnya di Liverpool, terkial kial untuk bermain bola sepak bersama Barcelona. Selepas hanya satu dan separuh musim, Philippe Coutinho telah dipinjamkan keluar ke kelab Bayern Munich. Beliau ibarat anak yang derhaka, menconteng arang ke muka orang tua sendiri, apabila menjaringkan 2 gol, ketika membantu Bayern Munich membelasah Barcelona 8-2 pada aksi separuh akhir Liga Juara musim 2019/2020. Philippe Coutinho mencatatkan kejuaraan berganda treble pada musim tersebut bersama Bayern Munich.
Philippe Coutinho kembali ke kem Camp Nou pada musim panas 2020, namun dilihat tiada perubahan yang menyaksikan beliau sukar untuk mendapatkan kesebelasan utama pasukan. Pada Januari 2022, Barcelona telah meminjamkan Philippe Coutinho ke Aston Villa sebelum menjual pemain tersebut secara tetap dengan yuran perpindahan €20 Juta pada awal musim 2022/2023.
Untuk rekod beliau bersama Barcelona, Philippe Coutinho telah bermain sebanyak 106 perlawanan untuk kesemua kejohanan, menjaringkan 25 gol dan menyediakan 14 bantuan gol.