Jendela perpindahan bola sepak Eropah telah dibuka pada 10 Jun 2022 dan akan ditutup pada 1 September 2022 nanti. Pada tahun ini, kita telah dapat saksikan perpindahan berprofil tinggi seperti mana yang berlaku pada tahun lepas.
Antaranya adalah seperti Sadio Mane yang mengubah angin daripada bekas bakal juara EPL 2021-22, Liverpool, ke Bayern Munich dan muncul sebagai penerima gaji terbesar di kelab tersebut. Raheem Sterling pula meninggalkan Manchester City dan menyertai Chelsea demi mencari minit permainan yang lebih banyak.
Begitu juga bekas rakan serangan Raheem di City, Gabriel Jesus yang memilih untuk meninggalkan juara bertahan EPL itu dan menyertai Arsenal yang akan bertanding di Liga Europa pada musim hadapan.
Perpindahan di Eropah semestinya menarik perhatian ramai kerana melibatkan nilai yuran perpindahan yang tinggi. Namun tidak kesemua perpindahan berlaku seperti yang diharapkan di mana pemain yang dibeli pada nilai yang tinggi sekadar menjadi penumpang di dalam pasukan.
Berikut adalah enam perpindahan mahal yang boleh dianggap sebagai satu kesilapan dan gagal.
Harry Maguire – Manchester United
Kapten Manchester United ini sebenarnya mampu menjadi pertahanan tengah yang bagus di pentas EPL dan ini telah dibuktikannya sewaktu dia beraksi bersama Leicester City. Malah sebelum dia menyertai United, dia turut menjadi rebutan Pep Guardiola pada sebelum dia memilih pasukan merah di Manchester.
Maguire mendedahkan bahawa dia memilih United, sedangkan ramai yang tahu bahawa Guardiola tidak bodoh untuk membayar Leicester GBP 80 juta – yang juga nilai tertinggi bagi seorang pertahanan – untuk mendapatkan pemain ini.
Guardiola ternyata bijak dalam tindakannya kerana sejak menyertai United, Maguire gagal untuk membuktikan bahawa dia merupakan pertahanan bertaraf dunia dengan banyak kesilapan mudah telah dilakukan dan memberikan gol kepada pasukan lawan, terutamanya pada musim 2021-22.
Jika United ingin menjual Maguire pada jendela perpindahan pada tahun ini, mereka pasti tidak akan mampu menerima pembeli yang sanggup membayar walau separuh pun harga yang telah mereka belanjakan tiga tahun lalu.
Yang peliknya, bila beraksi dengan England, dia automatik jadi power.
Eden Hazard – Real Madrid
Selepas 10 tahun memendam rasa, akhirnya presiden Real Madrid, Florentino Perez, berjaya membawa Eden Hazard keluar dari Chelsea dan bermain untuk kelab Santiago Bernabeu itu.
Tampil dengan badan gedempol pada pra-musim pertamannya, Hazard gagal magisnya di Chelsea ke Madrid selepas dibeli pada nilai GBP 103 juta.
Eden Hazard: “This year I couldn't, but next year I'm going to give everything for you.”
All the players run to hug him.
pic.twitter.com/FWqwGZJDQF— TC (@totalcristiano) May 29, 2022
Untuk sedikit berlaku adil kepada pemain Belgium ini, dia banyak kali mengalami kecederaan bersama pasukan ibu kota Sepanyol ini meskipun dia boleh dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan berat di London.
Pun begitu, apabila diberi peluang untuk beraksi di atas padang, dia dilihat seperti barang tiruan yang dibeli dari Chelsea. Ibarat order lain, dapat barang lain. Gituh.
Dalam ketidaktahuan di atas padang, Hazard masih mampu untuk menjulang beberapa piala yang utama seperti La Liga dan Liga Juara-Juara UEFA pada tahun 2022, sekaligus menjadi meme sensasi tentang assignment berkumpulan di internet.
Paul Pogba – Manchester United
Sejak pencennya Pak Alex Ferguson, Manchester United boleh diangkat sebagai pakar dalam kegagalan di jendela perpindahan, termasuklah membawa pulang Paul Pogba pada tahun 2016 dari Juventus pada harga GBP 89.5 juta.
Sudahlah pada tahun 2012 Pogba meninggalkan United secara percuma, dibeli pula pada harga rekod dunia untuk bawa seorang pemain pulang.
Selepas enam tahun, Pogba meninggalkan kelab tersebut sekali lagi secara percuma selepas kontraknya tamat di kelab tersebut. Kelakar tak?
Juventus have offered Paul Pogba a salary around €8m net guaranteed per season plus add-ons, waiting for the final answer. 🇫🇷 #Juventus
Direct contacts ongoing for weeks with his agent – while Mattia de Sciglio signs new Juventus deal until June 2025.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 2, 2022
Sepanjang kepulangannya ke Old Trafford, Pogba gagal menjustifikasikan nilai harga dirinya yang begitu mahal selepas tampil dengan aksi yang tidak konsisten di atas padang. Ada kalanya dia beraksi seperti pemain terbaik dunia, namun tidak lama selepas itu dia bermain bagaikan seorang pemain Liga M3 di Malaysia.
Pada bulan April 2022, penyokong United bukan sekadar mencemuh pemain Perancis ini, malah mencarut pemain ini secara berjemaah.
Sepertu Maguire, Pogba cukup cemerlang apabila beraksi bersama pasukan kebangsaan dan ketika ditanya perkara itu, dia menjawab bahawa bersama Perancis, dia diberikan tugas yang jelas dan sebaliknya berlaku apabila menyarung jersi United.
Agak hairan lah bila pemain termahal pasukan perlu disuap, kan?
Ousmane Dembele – Barcelona
Pada tahun 2017, Barcelona terkedu apabila salah seorang terbaik mereka, Neymar, telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut dan menyertai Paris Saint Germain dengan nilai yang dikhabarkan sekitar 200 juta Euro – satu rekod dunia.
Bagaikan orang miskin yang tiba-tiba mendapat duit yang banyak, Barcelona dilihat tidak tentu arah dan berbelanja besar untuk mencari pengganti Neymar. Salah seorang daripadanya adalah Ousmane Dembeli yang dibeli dari Borussia Dortmund.
Chelsea are now odds-on favourites to sign Ousmane Dembélé on a free!🔵
SO much to offer if he can stay fit. pic.twitter.com/RvfoMTuM5R
— Footy Accumulators (@FootyAccums) June 1, 2022
Ceritanya, Barcelona telah membayar 105 juta Euro untuk membeli pemain yang baru cemerlang selama semusim di Bundesliga!
Lima tahun berlalu, Dembele lebih banyak menghabiskan masa di katil rawatan berbanding di atas padang dan pada tahun ini, dia dikhabarkan akan meninggalkan kelab Catalan tersebut secara percuma tanpa memberi sebarang sumbangan bermakna.
Antoine Griezmann – Barcelona
Jika Manchester United adalah pakar kegagalan dalam jendela perpindahan, Barcelona pula boleh diangkat sebagai sifu. Alah, macam sifu bisnes yang kononnya duk mengajar orang bisnes tu lah!
Pada tahun 2019, kelab Catalan ini telah membayar 120 juta Euro untuk membeli pemain kebangsaan Perancis, Antoine Griezmann dari Atletico Madrid.
Setahun sebelumnya, Griezmann secara terbuka mengejek berita perpindahannya ke kelab tersebut dan secara mentah-mentah menolak Barcelona dalam satu dokumentari yang diterbitkan oleh pertahanan Blaugrana, Gerard Pique, sekaligus menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokong pasukan tersebut.
Antoine Griezmann one month before leaving Barcelona#manutd#mufc#frenkie pic.twitter.com/8x7azI3RuH
— United Paper (@PaperUtd) June 3, 2022
Pun begitu, presiden kelab ketika itu, Bartomeu, tetap berkeras untuk membawa Griezmann ke Nou Camp dan ternyata tindakan ini telah memakan dirinya sendiri.
Penyerang serba boleh ini ada menampilkan beberapa aksi magis di Barcelona, tetapi dengan kebencian para penyokong terhadapnya, dia sering menjadi sasaran cemuhan dan carutan, sebelum merangkak pulang ke Madrid secara pinjaman sebelum musim 2021-22 bermula, dengan pilihan perpindahan tetap.
Philippe Coutinho – Barcelona
Sesuai dengan gelaran sifu kegagalan, Barcelona telah berbelanja sebanyak 120 juta Euro untuk membeli Philippe Coutinho dari Liverpool – seorang pemain yang kalau nak ikutkan tidak diperlukan pun di kelab tersbeut.
Di samping nilai harga yang tinggi, Barcelona turut menjanjikan bonus tambahan sekitar 40 juta Euro buat Liverpool dengan harapan dia akan menjadi pemain yang mampu membawa kelab ke tahap yang lebih tinggi.
Coutinho pula selepas tahu ada minat dari seberang, dia terus buat-buat sakit dan tidak mahu beraksi buat Liverpool.
Three goals in five international appearances since arriving at Villa Park in January. 🇧🇷
Philippe Coutinho. 🔥 pic.twitter.com/FCLs46PNV0
— Aston Villa (@AVFCOfficial) June 3, 2022
Hasil air tangan Bartomeu ini gagal untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama Barcelona dan cuba dikeluarkan dari kelab tersebut dengan pelbagai cara – termasuklah dipinjamkan ke Bayern Munich pada tahun 2020.
Yang parahnya, Coutinho menjaringkan dua gol buat Bayern ketika menentang Barcelona dalam perlawanan UCL! Ini memang jenis senjata makan tuan.
Akhirnya hasrat Barcelona untuk membuang Coutinho akhirnya berhasil apabila dia menyertai Aston Villa dengan nilai perpindahan 20 juta Euro untuk mengimbangi akaun kelab yang hampir bangkrap.
Sumber : Goal