Aaron Niguez: Bekas Import JDT Salah Seorang 50 Wonderkid Pada Tahun 2007 Diikat Malaga

Bekas pemain import JDT, Aaron Niguez yang pernah tersenarai sebagai salah seorang Wonderkid pada tahun 2007 telah diikat oleh pasukan Malaga CF yang beraksi di liga kedua Sepanyol iaitu Segunda Division.

Pada tahun 2018, JDT telah mengikat Aaron Niguez bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fernando Elizari dan Fernando Marquez.

JDT juga sebelum itu telah menandatangani bekas bek tengah Lazio, Mauricio untuk menggantikan Marcos Antonio yang bersara dari bermain bola sepak.

Pemain berusia 30 tahun ini pernah disenaraikan dalam ‘Top 50 Most Exciting Teenager Footballers’ oleh World Soccer Magazine pada tahun 2007 senarai bagi pemain muda yang bakal menggegar dunia satu hari nanti.

Niguez diletakkan pada kedudukan 33, di hadapan pemain terkenal seperti Mesut Ozil, Alexis Sanchez, dan Ivan Rakitic.

Berapa pemain yang anda kenal dalam 50 orang ini? Aaron Niguez nombor 33.

Majalah World Soccer edisi November 2007 telah mengeluarkan senarai 50 pemain muda yang paling mengghairahkan dan bakal menggegar dunia bola sepak.

Selepas 10 tahun di manakah mereka? Adakah sekadar di pinggiran ibarat teratai layu di tasik madu lalu menjadi gubahan rindu puisi syahdu?

Aaron Niguez ke Malaga

Malaga sebuah kelab yang dimiliki oleh Pak Arab yang kaya daripada Qatar, Sheikh Abdullah bin Nasser bin Abdullah Al Ahmed Al Thani telah mengikat Aaron Niguez.

Ikatan yang sah ini telah diumumkan oleh Malaga melalui media rasmi mereka dan Niguez dibawa masuk kerana pengalaman yang ada pada beliau.

Selepas 30 perlawanan musim ini, Malaga kini menduduki tangga ke-13 dan hanya merekodkan 8 kemenangan sepanjang musim ini.

Malaga hanya menjaringkan 27 gol, atau purata 0.9 gol untuk setiap 90 minit perlawanan. Ok la tempat ke-13.

Aaron Niguez Antara Yang Gagal Memenuhi Potensi

Antara pemain yang menjadi pemain bintang dan merupakan tonggak kelab serta negara pada hari ini adalah Mesut Ozil, Sergio Aguero, Gareth Bale, Toni Kroos, Alexis Sanchez, Angel Di Maria, Juan Mata, Ivan Rakitic.

Walau bagaimanapun, bukan semua ‘wonderkid’ akan bertukar menjadi pemain berkelas dunia. Perjalanan karier Niguez tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Beliau gagal membuat sebarang penampilan dalam pasukan utama Valencia dan dipinjamkan ke beberapa buah kelab seperti Rangers, Celta, dan Recreativo sebelum dilepaskan pada tahun 2011.

Daripada seramai-ramai wonderkid atau pemain yang dianggap masa depan bola sepak tidak semua dapat memenuhi potensi yang ada pada diri atas beberapa faktor seperti sikap, kecederaan dan tersalah pilih pasukan.

Niguez berpindah ke Almeria selepas itu dan disitulah beliau kembali mencipta nama sebagai pemain sayap yang disegani.

Beliau beraksi untuk Almeria selama dua musim sebelum berpinda ke Elche pada tahun 2013.

Niguez memainkan peranan penting dalam membantu Elche meraih promosi untuk naik ke La Liga dalam musim pertamanya bersama Elche.

Pada musim 2015/2016, Niguez berhijrah ke Portugal untuk beraksi dengan Braga. Namun ia tidak berkekalan lama dan musim berikutnya, beliau kembali ke Sepanyol untuk bermain dengan Tenerife.

Anak beranak Niguez. Paling terkenal sudah tentu Saul Niguez (kiri sekali)

Akhirnya, Real Ovieda mendapatkan khidmat Niguez bagi musim 2017/2018 dan beliau berjaya membuat 31 penampilan dan menjaringkan 5 gol sepanjang musim.

Untuk rekod, pemain ternama seperti Santi Cazorla dan Juan Mata adalah produk akademi Oviedo.

Niguez dibesarkan dalam keluarga yang sangat berminat dengan bola sepak.

Beliau mempunyai dua adik-beradik yang juga bermain bola sepak secara profesional.

Abangnya, Jonathan Niguez bermain untuk Elche di Liga Segunda manakala adiknya, Saul Niguez merupakan pemain utama untuk skuad Diego Simeone di Atletico Madrid dan juga untuk pasukan kebangsaan Sepanyol.

Bojan Krkić, Anderson, Alexandre Pato, Franco Di Santo, Fabio Coentrao, Carlos Vela antara nama yang pernah menjadi sebutan dan mungkin masih lagi berada diingatan walaupun termasuk dalam kategori gagal.

Mereka ini pernah berada di landasan yang sebenar dalam memenuhi jangkaan ramai untuk menjadi terhebat namun terbantut lalu tidak dapat dilihat tahap kemuncak karier mereka.

Marouane Fellaini telah disamakan dengan lagenda bola sepak dunia, Pele, menjadi pemain terkenal namun

BACA:  5 Wonderkid Manchester United Yang Gagal Menyinar