Senarai Terkini 50 Wonderkid Dalam Dunia Bola Sepak

Portal sukan terkenal, goal.com melalui laman sesawangnya telah mengeluarkan senarai 50 wonderkis dalam dunia bola sepak hari ini mengikut urutan dari yang terbaik hingga seterusnya.

Gelaran wonderkid atau bocah ajaib merupakan gelaran yang diberikan anak muda yang cemerlang dalam bidang yang diceburi yang setanding atau lebih hebat dengan individu lebih tua dan berpengalaman.

Kalau dalam bola sepak merujuk kepada pemain remaja yang berbakat besar serta mempunyai potensi tanpa batas untuk mencapai status pemain bintang lalu menjadi masa depan bola sepak.

Namun tidak semua wonderkid ini akan mencapai potensi diri sebenar seperti yang dijangkakan atas pelbagai faktor antaranya seperti disiplin, kecederaan serta masalah peribadi.

1. Ansu Fati (Barcelona)

Pemain muda berbakat Barcelona berusia 18 tahun yang membuatkan ramai kelab besar kecur air liur melihatnya, Ansu Fati berada dalam kedudukan teratas dalam senarai 50 Wonderkid ini.

Tanpa perlu beraksi di pasukan Barcelona B seperti pemain yang lai, Ansu Fati terus masuk ke pasukan utama Barcelona dan melakukan debut pada usia 16 tahu dan 298 hari.

Sejak membuat debut, Ansu Fati tidak lagi menoleh ke belakang untuk terus memacu karier seniornya dengan pelbagai rekod telah dipecahkan selepas 18 bulan.

Anfu Fati telah merekodkan:

1. Pemain Barcelona paling muda menjaringkan gol di La Liga,
2. Pemain paling muda menjaringkan gol dalam sejarah Champions League,
3. Pemain Sepanyol paling muda menjaringkan gol.

Sebelum mengalami kecederaan lutut pada November lalu, Ansu Fati telah membayangi Lionel Messi yang terpalit dengan kontrovesi perpindahan.

Kini Ansu Fati dilabel sebagai lelaki harapan Barcelona di masa depan.

2. Eduardo Camavinga (Rennes)

Kini sudah lebih dari 18 bulan sejak Eduardo Camavinga buat pertama kali memperkenalkan dirinya kapada dunia berikutan penampilan yang penuh aksi menentang Paris Saint-Germain pada bulan Ogos 2019.

Dan sejak itu, Eduardo Camavinga terus menjadi seorang remaja itu terus membuatkan penyokong dan pemain lawan menjadi kagum dengan aski beliau.

Pemain berusia 18 tahun ini telah menjadi pemain ketiga termuda yang pernah beraksi untuk Perancis dan sejarah itu terjadi pada Septembaer lalu.

Selepas debut itu, jurulatih Perancis, Didier Deschamps memberi bayangan Eduardo Camavinga bakal menjadi masa depan Perancis dan mungkin akan menjadi salah seorang 23 pemain terbaik beliau.

Kini Eduardo Camavinga sedang fokus untuk membawa, Rennes ke kejohanan Eropah sekali lagi selepas melakukannya musim lalu.

Real Madrid pasukan yang paling kuat dikaitkan dengan Eduardo Camavinga dan pasukan gergasi Eropah lain juga menzahirkan minat yang sama.

Sukar buat pasukan seperti Rennes mengekalkan Eduardo Camavinga bersama mereka dan jika perpindahan berlaku maka rekod pemain remaja termahal dunia akan terukir.

3. Giovanni Reyna (Borussia Dortmund)

Giovanni Reyna seorang lagi pertama bumi Uncle Sam, United State of America (USA) yang berusaha keras untuk mencipta pemain bola sepak berbakat yang mampu bersaing dan menyinar di Eropah.

Keinginan Amerika untuk pemain mereka beraksi di Eropah yang mempunyai liga yang sangat kompetitif dan beraras tinggi sangat kuat bagi memperkasakan pasukan kebangsaan mereka.

Kini Christian Pulisic antara pemain bola sepak Amerika yang berjaya dan sedang mengembangkan kariernya di bumi Eropah.

Namun Giovanni Reyna mempunyai permulaan yang lebih baik di Eropah sehingga Cristian Pulisic sendiri memuji dan menyatakan potensi pemain muda itu tidak terbatas.

Keharidan Giovanni Reyna bersama Borussia Dortmund mula menggegar dunia bola sepak pada musim lalu apabila menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam sejarah DFB Pokal.

Giovanni Reyna mampu menyesuaikan diri dan menunjukkan prestasi mengagumkan bersama Erling Haaland dan Jadon Sancho di Signal-Iduna Park walaupun bermain di posisi yang berlainan.

Erling Haaland memberikan nama timangan ‘The American Dream’ kepada Giovanni Reyna yang merupakan anak kepada bekas ketua pasukan Amerika Syarikat, Claudio Reyna.

Selepas penantian yang panjang, Giovanni Reyna telah membuat debut penuh bersama pasukan kebangsaan Amerika Syatikat pada November yang lalu.

Ramai menjangkakan Giovanni Reyna mampu menjadi pemain yang lebih hebat berbanding Cristian Pulisic dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi.

Senarai 50 Wonderkid Dunia Bola Sepak 4-50

1. Ansu Fati (Barcelona)

2. Eduardo Camavinga (Rennes)

3. Gio Reyna (Borussia Dortmund)

4. Pedri (Barcelona)

5. Jude Bellingham (Borussia Dortmund)

6. Florian Wirtz (Bayer Leverkusen)

7. Ryan Gravenberch (Ajax)

8. Jamal Musiala (Bayern Munich)

9. Mohamed Ihattaren (PSV Eindhoven)

10. Reinier (Borussia Dortmund/Real Madrid)

11. Rayan Cherki (Lyon)

12. Gabriel Veron (Palmeiras)

13. Yunus Musah (Valencia)

14. Jeremy Doku (Rennes)

15. Youssoufa Moukoko (Borussia Dortmund)

16. Tanguy Nianzou (Bayern Munich)

17. Fabio Silva (Wolverhampton Wanderers)

18. Kaio Jorge (Santos)

19. Amad Diallo (Manchester United)

20. Josko Gvardiol (Dinamo Zagreb/RB Leipzig)

21. Adam Hlozek (Sparta Prague)

22. Adil Aouchiche (Saint-Etienne)

23. Nuno Mendes (Sporting CP)

24. Dario Sarmiento (Estudiantes)

25. Sebastiano Esposito (Venezia/Inter Milan)

26. Harvey Elliott (Blackburn Rovers/Liverpool)

27. Karim Adeyemi (RB Salzburg)

28. Noni Madueke (PSV Eindhoven)

29. Isaac Lihadji (Lille)

30. Brian Brobbey (Ajax/RB Salzburg)

31. Riccardo Calafiori (Roma)

32. Filip Stevanovic (Partizan/Manchester City)

33. Ki-Jana Hoever (Wolverhampton Wanderers)

34. Arnaud Kalimuendo (Lens/Paris Saint-Germain)

35. Yan Couto (Girona/Manchester City)

36. Eduardo Quaresma (Sporting CP)

37. Devyne Rensch (Ajax)

38. Timothee Pembele (Paris Saint-Germain)

39. Luka Romero (Real Mallorca)

40. Lorenzo Colombo (Cremonese/AC Milan)

41. Talles Magno (Vasco da Gama)

42. Sontje Hansen (Jong Ajax/Ajax)

43. Exequiel Zeballos (Boca Juniors)

44. Joelson Fernandes (Sporting CP)

45. Radu Dragusin (Juventus)

46. Kenneth Taylor (Jong Ajax/Ajax)

47. Jayden Braaf (Udinese/Manchester City)

48. Maarten Vandevoordt (Genk)

49. Takuhiro Nakai (Real Madrid)

50. Ilaix Moriba (Barcelona B/Barcelona)

BACA:  Lima Deep-lying Midfielder Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak Masa Kini