Senarai 50 Wonderkid Pada Tahun 2007, di Mana Mereka Sekarang?

Hampir saban tahun akan lahir wonderkid dalam dunia bola sepak berdasarkan potensi dan bakat yang ada pada pemain tersebut di usia muda, saban tahun jugalah the next Messi, Pele, Maradona, Ronaldo akan dilabel kepada pemain muda.

Perkara ini juga terjadi di Malaysia apabila wujudnya Messi Kelantan, Messi Terengganu, Neymar Kedah dan Dato Sri Vida The Sukan. Yang paling istimewa adalah Marco Asensio yang dikenali sebagai Safawi Sepanyol.

Daripada seramai-ramai wonderkid atau pemain yang dianggap masa depan bola sepak tidak semua dapat memenuhi potensi yang ada pada diri atas beberapa faktor seperti sikap, kecederaan dan tersalah pilih pasukan.

Fellaini( benar inilah Fellaini sebelum lebah bersarang), Aguero dan Walcott

Majalah World Soccer edisi November 2007 telah mengeluarkan senarai 50 pemain muda yang paling mengghairahkan dan bakal menggegar dunia bola sepak. Selepas 10 tahun di manakah mereka? Adakah sekadar di pinggiran ibarat teratai layu di tasik madu lalu menjadi gubahan rindu puisi syahdu?

Antara pemain yang menjadi pemain bintang dan merupakan tonggak kelab serta negara pada hari ini adalah Mesut Ozil, Sergio Aguero, Gareth Bale, Toni Kroos, Alexis Sanchez, Angel Di Maria, Juan Mata, Ivan Rakitic.

Theo Walcott dan Micah Richards juga ada dalam senarai ini diharap bakal menjadi masa depan bola sepak Inggeris tetapi malangnya mereka gagal memenuhi apa yang diharapkan dan menjadi pemain yang biasa-biasa.

Masih ingat Franco di Santo Chelsea since 2003?

Bojan Krkić, Anderson, Alexandre Pato, Franco Di Santo, Fabio Coentrao, Carlos Vela antara nama yang pernah menjadi sebutan dan mungkin masih lagi berada diingatan walaupun termasuk dalam kategori gagal.

Mereka ini pernah berada di landasan yang sebenar dalam memenuhi jangkaan ramai untuk menjadi terhebat namun terbantut lalu tidak dapat dilihat tahap kemuncak karier mereka.

Pemain kesayangan Mourinho di Manchester United, Marouane Fellaini juga berada dalam senarai ini. Mungkin Fellaini agak lambat berbanding pemain lain untuk mencapai potensi sebenar tetapi Fellaini bakal menjadi pemenang Ballon d’Or dalam tempoh setahun dua lagi.

Pokok memerlukan masa untuk mencapai tahap matang begitulah Fellaini barangkali. Walaupun kadang-kala sendu tidak bertempat, Fellaini telah disamakan dengan lagenda bola sepak dunia, Pele.

Berapa pemain yang anda kenal dalam 50 orang ini?

Korang tengok sendiri la senarai di atas, yang nama tak pernah dengan tu anggaplah dah lenyap.

BACA:  Wonderkid Yang Dijangka Meledak Di Piala Dunia 2022, Bagaimana Prestasi Mereka Setakat Ini?