[Video] ‘Wonderkid’ Roma Jaringkan Gol Yang Mampu Membunuh Karier Penjaga Gol

Pemain remaja AS Roma, Nicolo Zaniolo berjaya menjaringkan gol yang agak padu ketika pasukan tersebut menewaskan Sassuolo dalam aksi Boxing Day kelmarin.

Roma menang perlawanan tersebut 3-1 tetapi Nicolo berjaya mencuri perhatian banyak pihak dengan gol yang sangat cantik yang mampu membunuh semangat penjaga gol dan pemain pertahanan.

Nicolo Zaniolo, sensasi terbaru dari Itali. Ingat nama ni ! 2, 3 tahun lagi masuk Juventus.

Gol tersebut telah dikongsi ribuan peminat bola sepak di Twitter yang kagum dengan ketenangan pemain muda yang baru berusia 19 tahun itu di hadapan gol.

Nicolo berjaya memperdayakan dua pemain Sassuolo sebelum menyungkit bola dengan penuh gaya bagi memberikan gol ke-3 buat Roma dalam perlawanan tersebut.

Anda memerlukan ketenangan seperti Lionel Messi untuk melakukan perkara tersebut dan ramai peminat meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat Nicolo bertukar menjadi pemain bertaraf dunia pada masa hadapan.

Nicolo sudah pon melakukan 14 penampilan bersama Roma musim ini sejak membuat debut untuk kelab tersebut pada September lalu. Beliau menyerai Roma dari Inter Milan dalam perjanjian yang menyaksikan Nainggolan berpindah ke San Siro.

Dengan Nainggolan dikhabarkan bergelut dengan masalah disiplin dengan Inter Milan ketika ini, Roma mungkin bertuah menerima pemain muda berbakat yang berpotensi besar menjadi pemain berkelas dunia pada masa hadapan.

Menurut bekas jurulatih Nicolo di Inter Milan dahulu, Stefano Vecchi, Nicolo mempunyai segala ramuan untuk menjadi pemain yang hebat.

Sungkitan yang padu dari Nicolo berjaya membunuh semangat pemain Sassuolo

“Nicolo akan melalui karier yang hebat. Beliau mempunyai karakter untuk menjadi ‘mezzala’ yang moden. Beliau jenis pemain seperti Steven Gerrard dan Frank Lampard.”

Peningkatan Nicolo mungkin merubat sedikit kekecewaan yang dilalui peminat AS Roma musim ini. Musim ini dianggap musim yang agak sukar buat AS Roma.

Selepas kehilangan dua pemain berpengaruh iaitu Alisson Becker dan Radja Nainggolan pada musim panas lalu, Roma bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka dan kini menduduki tangga ke-7 selepas mengharungi 18 perlawanan.

Dalam beberapa musim kebelakangan ini, Roma merupakan antara pasukan yang konsisten bersaing merebut kejuaraan Serie A walaupun sering dikecewakan Juventus pada penghujung musim.

Semoga ada sinar untuk Roma selepas ini dengan adanya Nicolo dalam pasukan mereka.

BACA:  Gara-Gara Memilih Untuk Mewakili England, 'Wonderkid' West Ham Dikecam