[VIDEO] Skill Yang Agak Padu Dari Wonderkid Real Madrid, Brahim Diaz Ketika Menentang Getafe

Real Madrid terus mempamerkan prestasi yang mengecewakan musim ini apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Getafe dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Dengan saingan La Liga berbaki 4 perlawanan sahaja lagi, impian Real Madrid untuk mengejar Barcelona sudah tertutup rapat dan besar kemungkinan bakal menamatkan musim ini di kedudukan ke-3, di belakang seteru setempat Atletico Madrid.

Brahim Diaz, remember this name. Pemain yang akan memacu Real Madrid untuk tahun-tahun yang mendatang

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane sedar tentang kempen pasukannya musim ini sudah berakhir kerana tiada apa lagi yang boleh dikejar dan sudah merencana pelan bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Antara langkah awal yang dilakukan oleh Zidane ke arah pembentukan skuad yang mantap musim hadapan adalah dengan memasukkan pemain muda yang berpotensi besar dalam baki saingan musim ini.

Itulah yang dilakukan Zidane ketika pasukannya bertandang ke Getafe semalam dimana beliau memasukkan bintang muda berusia 19 tahun, Brahim Diaz ke dalam kesebelasan utama.

Diaz merupakan produka akademi Manchester City tetapi memilih untuk menyertai Real Madrid pada Januari lalu, tindakan yang amat menyedihkan Pep Guardiola.

Diaz membalas kepercayaan yang diletakkan Zidane terhadapnya apabila mempamerkan persembahan yang cukup cemerlang dan penuh berseni sehingga memukaukan peminat bola sepak seluruh dunia.

Beliau bermain tanpa rasa gementar dan tidak takut untuk melakukan skill atau tipu helah bagi mengelirukan pemain lawan.

Rakan baiknya ketika di akademi Manchester City, Jadon Sancho turut memuji persembahan Diaz menerusi satu Tweet yang berbunyi,

“Ballaa!!!!”.

Tidak diketahui bala apakah yang dimaksudkan oleh Sancho. Nikmatilah skill padu Diaz yang berjaya menutmeg pemain Getafe dengan begitu hebat sekali !

BACA:  Gara-Gara Memilih Untuk Mewakili England, 'Wonderkid' West Ham Dikecam