Aksi Debut Amad Diallo Bersama Rangers Membuktikan Beliau Terlalu Bagus Untuk Saingan Scottish Premiership

Amad Diallo telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika debutnya bersama Rangers selepas ditandatangani menerusi perjanjian pinjaman dari Manchester United.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu hanya beraksi sekali sahaja untuk Manchester United sepanjang musim ini, ketika beliau diturunkan dalam kesebelasan utama setan merah bertemu Young Boys di Old Trafford pada Disember lalu.

Derby County dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan pemain berusia 19 tahun itu namun entah bagaimana, dengan tiba-tiba beliau melengkapkan perpindahan menyertai Juara saingan Scottish Premiership musim lalu, Rangers pada minggu lalu.

Beliau akan beraksi bersama Rangers sehingga akhir musim ini sebagai pemain pinjaman, dan tiada syarat pembelian tetap dalam perjanjian pinjaman ini.

Diallo terus diturunkan dalam kesebelasan utama Rangers ketika aksi debutnya bertemu Ross County malam semalam.

Beliau berjaya memberi impak segera dengan membantu Rangers mencatatkan keputusan seri 3-3, dan lebih menakjubkan lagi beliau berjaya meledak gol pertamanya pada minit ke-5 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Global Energy Stadium itu.

Beliau menunjukkan gerakan yang sungguh menakjubkan untuk meledak gol hasil bola hantaran dari Joe Aribo dan Amad Diallo juga turut terlibat dengan gol kedua Rangers yang dijaringkan oleh James Tavernier.

Diallo masuk dari sudut sebelah kanan dan melepaskan rembatan padu ke gawang gol lawan, dengan bola rembatan beliau muntah lalu kembali ke kawasan bahaya.

Secara keseluruhannya, persembahan pemain berusia 19 tahun itu sememangnya sungguh menakjubkan dan Diallo menunjukkan yang beliau terlalu bagus untuk beraksi dalam saingan Scottish Premiership.

Menyarung jersi bernombor 9, Diallo nampak sangat menyerlah, dan beliau benar-benar mengujakan setiap kali beliau memiliki bola.

Setiap kali bintang United itu memegang bola, beliau nampak seolah-olah akan menghasilkan sesuatu dan jelas sekali beliau menjadi antara pemain paling digeruni pemain lawan.

Ada satu detik dalam perlawanan tersebut, Diallo melakukan turn yang sungguh menakjubkan untuk melancarkan serangan dan ia jelas sekali satu gerakan yang sangat sempurna.

Amad Diallo bermain selama 65 minit, dengan beliau berjaya melakukan 38 sentuhan dan turut cemerlang melakukan empat gelecekan sempurna.

Rangers awalnya ketinggalan 2-1 di belakang Ross County sebelum Tavernier dan Connor Goldson meledak gol untuk mereka mendahului permainan dengan keputusan 3-2.

Walau bagaimanapun, ketika pendahulu saingan Scottish Premiership itu yakin mereka akan membawa pulang tiga mata penuh, Matthew Wright cemerlang menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan.

Ia merupakan gol pertama Matthew Wright bersama Ross County dan lebih menakjubkan lagi gol tersebut berjaya membantu mereka untuk mencuri satu mata penting bertemu pendahulu liga.

Bercakap tentang kehadiran Amad Diallo, pengurus kelab, Giovanni Van Bronckhorst menyatakan bahawa:

“Saya sangat gembira yang dia sudi datang bersama kami untuk baki musim ini.”

“Kami sedang berusaha menambah pemain di bahagian hadapan kerana kami kehilangan Ianis Hagi selama satu musim, jadi saya sangat gembira kami boleh dapatkan pemain yang ada kualiti seperti dia.”

“Saya yakin dia akan berikan kami kekuatan penuh untuk tempoh beberapa bulan ke hadapan.”

“Ketika kami bercakap dengan dia dan ejen dia dan kami terus jelaskan bagaimana kami sebagai satu pasukan, suasana macam mana yang akan dia sertai sebagai pemain.”

Diallo telah ditandatangani oleh Manchester United dari Atalanta dengan yuran perpindahan bernilai £37 juta.

Memandangkan beliau sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama, maka pihak kelab bersetuju untuk meminjamkan beliau ke pasukan lain terlebih dahulu.

Dek kerana Rangers merupakan pasukan gergasi dalam saingan Scottish Premiership, maka kerana itulah mungkin United memilih untuk menghantar Diallo ke sana.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rasmi: Amad Diallo Kini Pemain Manchester United