Gol Ajaib, No Look Header Amad Diallo Hasil Umpanan Genius Bruno Fernandes

Pemain muda Manchester United, Amad Diallo telah menggegarkan dunia bola sepak terutamanya Eropah di Eropah selepas menjaringkan gol ajaib hasil umpanan genius daripada Bruno Fernandes.

Amad Diallo yang dibeli daripada kelab Serie A, Atalanta pada awal musim lalu dan hanya secara rasminya menyertai Manchester United pada perpindahan bulan januari.

Pemain yang berusia 18 tahun ini telah masuk menggantikan Anthony Martial pada permulaan separuh masa kedua oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Percaturan Ole Gunnar Solskjaer nyata membuahkan hasil apabila Amad Diallo menjaringkan gol pembukaan perlawanan ketika menentang AC Milan di Europa League.

Gol ini berpunca daripada hantaran yang sangat genius daripada Bruno Fernandes selepas melihat larian yang dilakukan Amad Diallo.

Larian Amad Diallo dicabar pemain AC Milan dan posisi badan Amd Diallo tidak berada dalam kedudukan untuk menjaringkan gol dan menyebabkan gol ajaib terhasil.

Amad Diallo melihat bola yang tiba dan tiada masa untuk memusingkan badan lalu menjaringkan gol melalui satu sundulan dengan membelakangi gawang.

Dalam bahasa mudah no look header, jaringan tanpa lihat ini sangat sinonim dengan Roberto Firmino yang kini sangat sukar untuk melihat beliau jaringkan gol.

Pada usia 18 tahun dan 243 hari, Amad Diallo menjadi pemain bukan British termuda menjaringkan gol untuk Manchester United di kejohanan utama Eropah.

Secara keseluruhan, Amad Diallo menjadi pemain keempat termuda Manchester United menjaringkan gol dikejohanan Eropah selepas Mason Greenwood, Marcus Rashford dan George Best.

1. Mason Greenwood – 17 tahun dan 353 hari
2. Marcus Rashford – 18 tahun dan 117 hari
3. George Best – 18 tahun dan 158 hari
4. AMAD DIALLO – 18 tahun dan 243 hari

Gol pertama, Amad Diallo untuk Manchester United hadir melalui percubaan pertama beliau untuk kelab dalam hanya tiga penampilan sahaja (semua dari bangku simpanan)

Keraian gol Amad Diallo boleh menimbulkan teori konspirasi dengan menutup sebelah mata, kau tahu kan makna satu mata tu kan?

Ternyata jaringan daripada Amad Diallo telah mencuri perhatian media bola sepak dunia yang nyata kagum dengan kemampuan pemain muda itu.

Jaring gol tu satu hal dan gol yang menarik lagi ajaib tanpa perlu melihat ke gawang itu satu lagi keistimewaan Amad Diallo.

Ahmad Diallo yang merupakan pemain yang berasal daripada Ivory Coast telah diikat secara sah oleh Setan Merah sehingga Jun 2025 dengan pilihan tambahan setahun.

Manchester United dan Atalanta telah mencapai kata sepakat pada 5 Oktober 2020 yang merupakan hari terakhir jendela perpindahan musim panas.

Ujian kesihatan, permit kerja dan syarat peribadi telah sempurna dan permohonan visa telah dibuat. Diallo akan menyertai skuad Ole Gunnar Solskjaer apabila perkara ini selesai.

Diallo telah membuat dua penampilan bersama Atalanta musim ini dan masuk dari bangku simpanan ketika menentang Hellas Verona di Serie A dan FC Midtyjlland di Champions League.

Pemain berusia 18 tahun ini merupakan pemain utama skuad remaja Atalanta dan mempunyai lima penampilan bersama skuad senior.

Bersama skuad utama Atalanta, Amad Diallo telah menjaringkan satu gol, enam minit selepas membuat debut menentang Udinese pada oktober 2019.

Walaupun perjanjian telah dimeterai pada Oktober namun Amad Diallo secara rasmi tiba di Old Trafford pada Januari walaupu Atalanta meminta untuk dilanjutkan sehingga Jun.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini telah meluahkan bahawa beliau tidak sabar menanti ketibaan Amad Diallo dan inilah yang dinanti-nantikan oleh Ole.

Amad Diallo dilaporkan telah dipancing dengan harga Β£19 juta dengan tambahan Β£18.2 juta di dalam bentuk add-ons.

BACA:Β  Antony dan Bruno Fernandes Bertekak Dalam Padang