Scholes Hentam Bruno Fernandes Sedap Mengata Kesalahan Orang

Jika dalam temuramah dengan TNT Bruno Fernandes dianggap telah menyalahkan Onana dan pertahanan United kerana melepaskan bolos yang bodo bodo je. Paul Scholes kemudian mendakwa Bruno Fernandes mesti ‘bertanggungjawab’ selepas kapten Manchester United ‘memberi dua keskasaran bodoh yang membawa kepada gol lawan’.

Bruno menggariskan 2 kesilapan Onana membolehkan mereka dibolosi lawan dengan aksi lemah pemain itu di gawang.

Scholes tidak berpuas hati dengan cara  Bruno Fernandes mengkritik pasukannya semasa wawancara selepas perlawanan – dan menuntut pemain itu turut bertanggungjawab. Selain membidas pertahanan United, Bruno turut mengecam rakannya yang tidak menghantar bola kepada rakan mereka yang lebih baik kedudukan untuk menjaringkan gol.

Bruno malah mengkritik United sebagai hilang kawalan atas perlawanan kerana tidak tahu apa yang harus mereka lakukan dan mendakwa prestasi pasukannya ‘tidak mencukupi’.

Pasukan gergasi Turki itu bangkit daripada ketinggalan dua gol sebanyak dua kali dalam perlawanan malam Rabu dan mengikat United yang memerlukan kemenangan untuk memastikan harapan mereka mara ke peringkat kalah mati lebih baik pada hari terakhir peringkat kumpulan.

Bruno berkata: “Sukar untuk menerimanya, kami bolos daripada gol gol yang bodoh atau teruk.”

“Kami harus mengawal situasi dan semuanya. Kami berada dua gol di hadapan sebanyak 2 kali dan memiliki banyak peluang lagi untuk membunuh perlawanan ini. Kami tak cukup tajam. Saya tak tahu nak jelaskan macam maca.”

“Kami bolos kerana 2 gol itu dan tiada apa yang kami boleh lakukan sekarang. Jelas sekali kami patut melakukan dengan lebih baik untuk 2 gol [Galatasaray] tersebut, namun itulah yang terjadi.”

“Setiap kali kami melepaskan bolos setiap kali itu kami mendapat peluang yang banyak untuk menjaringkan gol sekali lagi. Pada babak akhir permainan kami ada 4 peluang keemasan untuk menjaringkan gol.”

Selain itu Fernandez juga mengkritik rakannya yang tidak menghantar bola kepada pemain di posisi terbaik. Ramai percaya ia merujuk kepada situasi Martial dengan Pellistri. Di mana kedua dua pemain itu dilihat tidak mengendahkan rakan mereka di posisi lebih baik.

“Kadangkala ianya adalah tentang memberikan bola kepada pemain yang berada di kedudukan terbaik, namun  malangnya kami sendiri yang mempersiakan peluang peluang yang ada.”

“Sukar untuk jujur, kerana saya tak nak terlalu negatif.  Apa yang kami lakukan dalam Liga Juara-Juara tidak mencukupi, kami perlu mengawal permainan kami.”

“Ia bukan kali pertama, malah Copenhagen, saya faham kami kurang seorang pemain, tetapi kami menjaringkan gol 3-2 dan kami perlu memastikan kemenangan dicapai.”

“Kami mendahului dengan 2 gol sebanyak 2 kali, dan ada banyak sekali peluang untuk mencetak gol tambahan, malangnya kami tak cukup tajam.”

“Kami perlu memahami jenis permainan ini, tahap ini sudah cukup, anda perlu bijak dan menguruskan permainan dengan lebih baik. Setiap orang perlu bangkit dan bertanggungjawab atas kesilapan mereka sendiri.”

Paul Scholes kemudian mengentam Bruno Fernandes. Scholes berkata: “Saya tahu dalam temu bualnya dia banyak bercakap tentang kesilapan orang lain, tetapi dia melakukan dua kesilapan besar malam ini dengan memberikan dua kesalahan bodoh yang membawa kepada dua gol Galatasaray,” kata Scholes kepada TNT Sports.

“Pasukan sepenuhnya bertanggungjawab, termasuk dirinya sebagai kapten, perlu bertanggungjawab – ia adalah perlawanan yang mereka harus menang.”

“Mereka tidak boleh clean sheet – pertahanan berada di mana-mana sahaja [tidak teratur], penjaga gawang membuat kesilapan, Bruno memberikan sepakan percuma mudah macam tu.”

Bruno Fernandes memberikan sepakan percuma sebelum rehat separuh masa. Dan kemudian memberikan satu lagi pada separuh masa kedua yang mencetuskan gol lawan.

Scholes menambah: “Ia menjadikan permainan sukar untuk mereka setiap kali dan mereka tidak perlu melakukannya.”

Ada peminat kurang senang dengan kritikan Scholes dan meminta pundit itu diam.

Keputusan itu menyebabkan harapan Man United untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara bergantung kepada kemenangan  ke atas Bayern Munich dan berharap keputusan lain memihak mereka.

Artikel Asal: Axello.net

BACA:  Bruno Fernandes Meniru Sepakan Penalti Unik Dan Aneh Jorginho?