Bruno Fernandes Dan Ten Hag Tagih 2 Penalti Man United Daripada Pengadil

Kapten berkaliber tinggi, Bruno Fernandes ternyata tidak gembira dengan mutu pengadilan.

Dia senada dengan Erik Ten Hag menganggap Manchester United ataupun Iblis Setan Merah harus mendapat penalti dalam perlawanan ini.

Manchester United kalah bermaruah di tangan Spurs dalam aksi kedua EPL semalam. Di mana gol pertama Spurs adalah gol nasib kerana ada biasan pada bola yang sampai ke kaki Matar Sarr.

Kemudian gol kedua hasil kesilapan si Ketot yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Bruno Fernandes yakin jika dua penalti itu diberikan kepada mereka, keputusan berbeza akan dicatatkan.

Lebih lebih lagi dia merupakan pakar sepakan penalti dengan gaya enjutan.

Fernandes yang agak koyak telah meminta wartawan untuk menulis temuramah khas tentang penalti itu. Selepas sebelum ini media galak menulis bagaimana VAR telah menafikan penalti Wolves ketika Onani eh typo, Onana telah mengasari lawan tanpa memenangi bola.

Malah ada pakar seperti Jon Moss turut campur tangan memberikan ulasan dalam hal itu. Menyatakan pengadil melakukan kesilapan dengan tidak memberikan Wolves penalti.

Namun pandangan Jon Moss itu dibantah Ten Hag yang merasakan pengadil cukup kaliber dan pandai dalam menilai insiden itu.

3 pengadil daripada aksi Man United dan Wolves digantung tugasan kerana kesilapan itu.

Dan Ten Hag minggu ini membidas pengadil. Yang menurutnya telah menafikan penalti mereka. Insiden Facundo Pellistri dan handball oleh pertahanan Spurs sepatutnya penalti untuk United.

Malang sekali VAR pula tak memihak United. Lalu Ten Hag menyalahkan pengadil sebagai punca Spurs menang dalam perlawanan ini.

“Kami patut dapat penalti dalam perlawanan ini. Tapi tak dapat pula,” kata pengurus yang sekilas pandang persis Joni Dosa itu.

Bruno Fernandes yang merupakan pakar sepakan penalti berkata: “Mereka harus mulai membuat temuramah selepas perlawanan. Jadi boleh la mereka [pengadil] boleh menjelaskan perkara itu sendiri.”

“Minggu lepas mereka [pengadil PGMOL] menjadikan perkara ini besar apabila berlaku pada kami. Nak tengok la apa akan jadi minggu ni.”

“Saya nak tengok mereka [Jon Moss] datang minta maaf kat bilik persalinan Man United macam mereka buat pada Wolves,” kata Bruno yang pastinya tahu minggu lalu Jon Moss dan Howard Webb turut menikmati layanan koporat di Old Trafford.

Komen Bruno Fernandes itu membuatkan ramai peminat terharu dengan keberanian dia mengkritik haters United.

Itulah ciri ciri kapten sebenar. Di mana Maguire tak akan ada ciri ciri pintar dan serba boleh itu.

Colin MUFC berkata: “Ini arahan yang tepat daripada Bruno.”

“Haters dia akan menggelar dia kuat merengek.”

“Namun benda macam ni dia kena gegar sikit dan dia betul nak mampus buat benda ni.”

“Kita semua meluat mendengar kisah tiada penalti [untuk Wolves] sepanjang minggu.”

“Permainan adil Bruno Fernandes tepuk sikit.”

Karoline kemudian mengulas maksud kenyataan Fernandes itu: “Ketika kita [Man United] terlepas hukuman penalti [Onana vs Wolves] seluruh dunia jadi gila. Ketika 2 penalti kita dirompak pada aksi menentang Spurs, dunia menjadi sunyi sepi. Ini jelas satu agenda menjatuhkan Manchester United dan ianya tidak adil.”

Sambil dia menegaskan Bruno meludahkan kebenaran dari mulutnya itu.

Siapakah Bruno?

Bruno adalah seorang insan yang sangat disegani dan banyak kejayaan dia capai dalam industri.

Menurut sumber Grammy, Bruno Mars dalam kariernya mendapat 31 pencalonan Grammy dan memenangi 15 daripadanya.

Itu menjadikan dia antara artis paling berjaya pada era moden.

Dia juga seorang komposer dan produser selain daripada menyanyi.

Pastinya Bruno Fernandes berharap pasukannya akan dilayan dengan lebih baik selepas ini dan sama rata serta sama adil oleh pengadil.

Kerana penalti itu wajar diberikan kepada Man United walaupun beberapa minit pemain dah masuk ke bilik persalinan. Dia pernah melakukannya.

Bayangkan tengah Spurs happy menang 2-0, pengadil berikan dua penalti itu selepas wisel penamat dan perlawanan seri 2-2.

BACA:  Bruno Fernandes Laung Amaran, Manchester United Sapu Semua Piala Musim 2022/23