4 Pemain Man Utd Dilaporkan Bergocoh Sama Sendiri Di Bilik Persalinan Selepas Dimalukan Brighton

Manchester United telah menafikan laporan pemainnya terlibat dengan pergaduhan sesama sendiri selepas dimalukan Brighton 3-1 dalam perlawanan Premier League pada hujung minggu lalu.

Setan Merah meneruskan prestasi serba tidak menentu pada musim ini dengan pelbagai laporan negatif di dalam dan luar padang.

Selain isu Antony yang terpaksa diberikan cuti tanpa tempoh kerana isu keganasan terhadap wanita, Ten Hag turut berhadapan hubungan keruh dengan Jadon Sancho berkaitan prestasi ketika latihan pemain itu.

Kempen United pada musim ini turut dibayangi bantahan oleh penyokong terhadap keluarga Glazer selepas penjualan kelab itu masih berterusan tanpa sebarang hala tuju sejak November lalu.

Terkini laporan media di Britain mendedahkan bagaimana suasana toksik di bilik persalinan United mulai menular susulan kekalahan kepada The Seagulls – kekalahan ketiga daripada lima perlawanan musim ini – di Old Trafford pada Sabtu lalu.

Kekalahan terbaru kepada skaud kendalian Roberto de Zerbi bermakna United kini menghuni kedudukan ke-13 Premier League.

Situasi di United turut tidak mendapat perhatian bekas pemain seperti Gary Neville yang mendakwa pasukan itu kini telah dicemari dengan budaya tamak dan isu disiplin pemain, yang merupakan kesan daripada pemilikan oleh keluarga Glazer.

Laporan tabloid The Sun kini mendedahkan empat pemain bergocoh sesama sendiri di bilik persalinan selepas kekalahan memalukan kepada Brigton.

Laporan itu mendedahkan Bruno Fernandes adalah salah seorang pemain berprofil tinggi terlibat dalam insiden panas itu apabila pemain kapten pasukan Setan Merah itu bertelagah dengan Scott McTominay.

Pemainn pertahanan Lisandro Martinez dan Victor Lindelof  – yang beraksi selama 90 minit bersama – turut dikatakan bertelagah antara satu sama lain ketika Ten Hag menyampaikan analisis selepas perlawanan.

Manchester United bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut ketika dihubungi oleh Mail Sport.

Neville dalam kritikannya terhadap skuad sedia ada berkata: ” Saya mahu bertanya, sejauh manakah Sancho di bilik persalinan? Sejauh manakah pengaruh Maguire di bilik persalinan?”

“Dia [Ten Hag] ada penyakit/virus di dalam pasukan dan dari luaran kita tidak dapat melihat keadaan sebenar.

“Anda memiliki pemain yang datang dan mengubah skuad utama, dan ia seakan-akan berakhir untuk pemain yang datangnya dari akademi.

“Anda masih ada Harry Maguire yang menjadi kapten kepada semua pemain ini 12 bulan lalu tetapi kini mungkin adalah pilihan ketiga, keempat, atau kelima di posisi pertahanan tengah.

“Ini bermakna dia [Ten Hag] berada di situasi di mana tahap kemusnahannya [di dalam pasukan] tidak diketahui dengan jelas. Di atas padang, saya tidak fikir Ten Hag akan mengubah perancangannya.”

BACA:  Guardiola: 'Treble' Domestik Lebih Sukar Dari Menangi Liga Juara-Juara Eropah