Bruno Fernandes Bidas Sikap Tamak Pemain Man Utd

Bruno Fernandes berpendapat kebanyakkan rakan sepasukannya terlalu tamak dan hanya mahu mencetak nama diri sebagai penjaring ketika berhadapan Newport County dalam perlawanan Piala FA pada malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut United merekodkan 22 percubaan namun hanya mampu menang 4-2 dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA di kelab Wales itu pada Ahad.

Lapan pemain terbabit melakukan kesemua percubaan tersebut sepanjang 90 minit perlawanan, dan Fernandes menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Pemain dari Portugal itu bagaimanapun berpendapat rakan sepasukannya yang lain sepatutnya lebih bijak ketika berada di hadapan gawang, dan tidak gelojoh mahu menghasilkan jaringan.

Bercakap kepada BBC selepas perlawanan, kapten pasukan Red Devils itu berkata: “Kami mempunyai peluang menjadikan kedudukan 3-0 tetapi apabila sedang selesa mendahului 2-0 dalam perlawanan sebegini, semua orang mahu jaringkan gol.

“Kerana itulah sering kali kami gagal membuat keputusan yang buruk ketika perlawanan. Mujurlah kami berjaya mengakhiri perlawanan dengan kemenangan.”

Apa yang dikatakan oleh Fernandes ada benarnya apabila Alejandro Garnacho cuba untuk menewaskan penjaga gol dan tidak melakukan hantaran kepada Rasmus Hojlund sehingga menyebabkan pemain antarabangsa Denmark itu tidak berpuas hati.

Kemenangan pada malam tadi bermakna United akan berhadapan sama ada Bristol City atau Nottingham Forest di pusingan seterusnya dan menjadi pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir.

Fernandes berpendapat Piala FA adalah peluang terbaik untuk United meraih trofi pada musim ini selepas disingkirkan daripada Champions League dan Piala Carabao pada bulan lalu, selain sekadar menduduki tangga kelapan Premier League.

“Semua pemain harus faham hanya Piala FA peluang terbaik untuk kami memenangi trofi musim ini dan kami harus memberikan segalanya yang ada untuk memastikan ke final.

“Musim ini prestasi pasukan nampak buruk, jadi menjuarai trofi ini amat penting bagi kami. Musim lalu kami juga ke final. Malangnya kami gagal muncul juara.

“Kami sedar bertapa pentingnya Piala FA untuk penyokong, dan kelab kami. Dan ia juga harus menjadi sangat penting buat kami. Kami mahu ke final dan menang.

Skuad kendalian Erik ten Hag kini tidak tewas dalam tiga perlawanan dan berharap mampu melebarkan rekod tersebut di saingan Premier League menentang Wolves pada Khamis ini.

Wolves kini berada di kedudukan ke-11 dan hanya ketinggalan tiga mata di belakang Manchester United di Premier League.

BACA:  Harry Maguire Ditawarkan Kontrak Baru Yang Sungguh Luar Biasa Menakjubkan