Legenda Liverpool Anggap United Menyedihkan Dan Percaya Ole Bakal Dipecat

Legenda Liverpool, Dietmar Hamann telah mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan beliau mengatakan Manchester United memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat menyedihkan.

Beliau turut menegaskan yang Ole Gunnar Solskjaer kini hanya menunggu masa saja untuk dipecat selepas gagal bawa United dengan baik.

Legenda berusia 48 tahun yang pernah memenangi dua gelaran FA Cup, dua gelaran League Cup, UEFA Cup dan Champions League ketika kariernya di Anfield, percaya setan merah sebenarnya terlalu bergantung pada beberapa orang pemain sahaja.

Beliau menganggap Ole tidak memainkan peranan sebenar, dan gagal untuk menggunakan barisan pemain berkelas dunia yang beliau miliki.

“Satu-satunya alasan mengapa Manchester United masih dalam perlumbaan untuk memenangi liga dan pamer aksi baik dalam saingan Champions League adalah Cristiano Ronaldo.”

Jelas Hamann kepada Sky Sports.

“Saya tak tahu dekat mana mereka jika tanpa Ronaldo dan gol jaringannya. Old Trafford yang sepatutnya menjadi ‘Theatre of Dreams’, kini berubah menjadi ‘Theatre of Nightmare’.”

“Persembahan mereka sangat menyedihkan. Pada ketika ini, mereka memang tidak bermain permainan bola sepak yang bagus. Jadon Sancho langsung tak menepati ramalan, yang mana ia susah saya nak faham.”

“Dengan Varane, mereka mempunyai pemain yang berpengalaman dan dengan Ronaldo, mereka dapat seorang pemain yang betul-betul kenal Premier League dan saya tak rasa beliau perlukan masa yang lama untuk serasi bersama pasukannya.”

“Mereka masih bermain dengan corak permainan yang sama yang mana ia langsung tak bagus untuk ditonton. Ini bukan Manchester United.”

Hamann yang juga turut pernah bermain bersama Bayern Munich, Newcastle United dan Manchester City percaya, masalah ini semua akan memaksa untuk United memecat Ole Gunnar Solskjaer dalam masa terdekat ini.

“Sekarang saya percaya tekanan terletak pada pengurus dan ia semakin memuncak.”

Sambung beliau lagi.

“Saya percaya yang Ole Gunnar Solskjaer hanya menanti masa sahaja untuk dipecat, kerana dia sudah berada di sana terlalu lama tapi langsung tak ada penambah baikkan.”

“Saya rasa akan ada pertukaran pengurus tidak lama lagi. Sama ada pengurus baru akan memanfaatkan kelebihan yang mereka ada, atau tidak sama-sama kita lihat nanti.”

“Tapi Ole Gunnar Solskjaer, memang tak sesuai pada ketika ini.”

Pengurus dari Norway itu menolak dakwaan yang mendakwa beliau akan dipecat dan tidak layak untuk mengurus United dengan menyatakan beliaulah individu paling layak untuk bawa United lebih jauh.

“Saya sangat yakin yang kita akan dapatkan yang terbaik dari skuad ini.”

Jelas Solskjaer selepas tamat aksi terikat 1-1 bertemu Everton sebelum ini.

“Banyak yang sudah berlaku pada bulan ini, dan kita ada Raphael Varane dan Jadon Sancho sejak Ogos lagi, dan Cristiano Ronaldo sejak September.”

“Banyak yang perlu kami lakukan dan kami perlu perbaiki, kami tahu semua itu dan saya juga tahu itu, tapi saya juga percaya dan yakin sepenuhnya dengan kumpulan pemain ini dan tenaga kejurulatihan kita ada. Jadi, jawapan mudah, ya.”

Setan merah selepas ini akan beraksi bertemu Leicester City dalam aksi saingan Premier League selepas rehat antarabangsa nanti.

Mereka juga akan melayan kunjungan Atalanta ke bumi Old Trafford minggu berikutnya dalam aksi saingan Champions League.

Selepas hanya mampu mencatatkan dua sahaja kemenangan dari lima perlawanan terakhir mereka, United tentunya terdesak untuk catat kemenangan dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Setan merah perlu menewaskan Leicester City dalam usaha mereka untuk terus mencabar kejuaraan liga, dan tidak tergelincir dari kelompok empat teratas.

Mereka juga perlu menewaskan Atalanta bagi menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat kalah mati, selepas United sebelum ini tewas mengejut di tangan Young Boys.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Solskjaer Akhirnya Diangkat Menjadi Pengurus Tetap Manchester United