Antony dan Bruno Fernandes Bertekak Dalam Padang

Antony dan Bruno Fernandes dilihat bertekak di atas padang Stadium Selhurst Park ketika Manchester United bertandang untuk menang menentang Crystal Palace.

Bermain di tempat sendiri Crystal Palace agak kebal walaupun Manchester United menguasai permainan namun gagal menghadirkan bahaya yang sebenar.

Bruno Fernandes telah menjaringkan gol pendahuluan Setan Merah pada babak pertama namun jaringan itu telah dipadamkan dengan sepakan percuma teramat padu Michael Olise di penghujung permainan.

Keputusan seri ini telah menafikan Manchester United untuk meraih kemenangan ke-10 mereka secara berturut-turut dalam merentasi semua kejohanan yang mereka mainkan.

Selepas memasuki 30 minit permainan Antony dan Bruno Fernandes telah ditunjukkan di kaca TV apabila mereka telah bertekak dalam suasana yang penuh tegang.

Bruno Fernandes telah mengangkat tangan sambil membebel kemudian Antony membalas dengan meletakkan tangan di mulut sebagai pembesar suara.

Sepertinya Antony telah mencarut kepada Bruno Fernandes dengan menyatakan ‘saya puta halim’ dan ada juga menyatakan Antony cakap ‘Im sorry’.

Tapi mulut Antony seperti menyebut ‘saya puta Halim’ bukan membawa maksud Antony nak spin bola macam sebelum ini tapi satu carutan tanda marah.

Bruno Fernandes marah selepas Antony gagal untuk membuat hantaran yang tepat kepada Bruno Fernandes menyaksikan Manchester United kehilangan bola.

Entah apa yang nak digaduhkan serta tidak puas hati hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu. Keputusan seri ini amat merugikan namun 9 kali menang dah cukup power kot.

Aksi berkelas dunia dari David De Gea dengan dua penyelamatan penting masing-masing dari kedua-dua babak menyaksikan Crystal Palace buntuk mencari jaringan sehingga minit akhir.

Manchester United juga telah kehilangan khidmat Casemiro untuk perlawanan menentang Arsenal selepas pemain tengah itu mengutip kad kuning kelima dan dikenakan penggantungan satu perlawanan secara automatik.

Pada minit ke-81 Erik Ten Hag seperti sudah bersedia mengeluarkan Casemiro namun Wilfred Zaha berjaya melepasi benteng pertahanan dan satu terjahan lambat terpaksa di lakukan Casemiro untuk menyelamatkan keadaan.

Pengadil tidak mempunyai pilihan lain melainkan melayangkan kad kuning kepada pemain berusia 30 tahun itu dan pastinya ketiadaan Casemiro menjadi berita baik buat Arsenal.

Disaat akhir permainan Casemiro gagal menolak bola ke gawang terbuka dari sepakan penjuru apabila bola jatuh di atas pehanya dan gol kemenangan gagal dihadirkan.

Pada minit ke-55, permainan dihentikan selepas seorang peminat berlari ke padang menuju ke arah pemain Manchester United yang didapatkan dari Real Madrid pada musim panas, Casemiro.

Biasanya, sesiapa yang berlari ke padang akan dihalau oleh steward yang bertugas menjaga keselamatan tetapi kes ini berbeza, pencerobohan sempat berselfie dengan tenang dan penuh santai.

Peminat itu seperti memiliki semua masa yang ada di dunia ini untuk mengambil gambar dengan bintang Brazil itu sebelum perlahan-lahan dan dengan tenang berjalan pergi. Dia kemudiannya disambut oleh para steward yang mungkin tertidur.

Momen yang benar-benar pelik yang membuatkan Casemiro bingung ketika dia bergambar secara santai dengan peminat di tengah-tengah perlawanan Liga Perdana.

BACA:  Ejen Ten Hag Dituduh Orang Dalam MU Buat Duit Hasil Pembelian Beberapa Pemain