Sepakan Percuma Indah Minit Ke-97 Amad Diallo Beri Ivory Coast Kemenangan

Sepakan percuma yang indah nian minit ke-97 dari pemain wonderkid Manchester United, Ahmad Diallo telah memberikan Ivory Coast kemenangan disulami aksi kebangkitan yang penuh dramatik.

Ini merupakan penampilan kedua Amad Diallo bersama Ivory Coast yang turun menentang Burkina Faso dalam perlawanan persahabatan.

Burkina Faso telah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-16 perlawanan melalui Lassina Traore dan kedudukan ini kekal hingga tamat babak pertama.

Amad Diallo dimasukkan pada minit ke-62 ketika Ivory Coast masih ketinggalan dan pada minit ke-73 Ibrahim Sangare berjaya menyamakan kedudukan dengan assist yang dicipta oleh Max Gradel.

Kedudukan masih terikat ketika permainan memasuki minit ke-96 dan perlawanan dilihat seperti akan tamat dengan keputusan seri 1-1.

Namun Ivory Coast telah diberikan sepakan percuma dalam kawasan bahaya dan membuka peluang untuk Ivory Coast menjaringkan gol.

Amad Diallo berdiri tegak mengadap bola dan telah diberikan kepercayaan untuk mengambil sepakan percuma itu walaupun usianya masih mentah.

Rakan sepasukan Amad Dialla membuat acahan seperti mahu membuat sepakan dengan satu larian pantas dan berundur dengan tiba-tiba.

Selepas rakannya berundur, Amad Diallo terus melakukan sepakan percuma dengan kaki kiri dan cantik lagi indah bola secukup rasa masuk ke penjuru kiri bahagian atas gawang.

Gol pertama Amad Diallo untuk Ivory Coast selepas dua penampilan dan gol dijaringkan pula gol kemenangan menyaksikan Ivory Coast membuat satu kebangkitan sensasi di lewat permainan selepas ketinggalan.

Amad Diallo yang akan berusia 19 tahun pada 11 Julai ini telah diberikan kepercayaan oleh jurulatih Ivory Coast, Patrice Beaumelle dan kepercayaan itu telah dibalas dengan gol kemenangan.

Amad Diallo telah mendapat panggilan pasukan kebangsaan Ivory Coast pada 18 Mac 2021 untuk kelayakan Piala Negara Afrikan 2021 menentang Niger dan Ethiopia.

Pemain muda Manchester United itu membuat debut ketika perlawanan menentang Niger masuk pada minit ke-86 sebagai pemain gantian.

Dengan sepakan percuma cantik seperti dirasuk David Beckham, gaya keraian gol yang dilakukan oleh Amad Diallo dikatakan mirip keraian gol yang pernah dilakukan oleh legenda bola sepak dunia dan pemain terbaik sepanjang zaman, Pele.

Pada awal musim ini, Ole Gunnar Solskjaer telah ditanya mengenai potensi yang ada pada Amad Diallo sehingga menarik minat beliau, ini jawapan Ole:

“Dia masih lagi remaja, dia berumur 18 tahun tapi kami telah melihat potensi yang sangat, sangat besar dalam diri beliau.”

“Dia remaja yang sangat baik, sangat disukai, dia bekerja keras. Sudah tentu dia perlu menyesuaikan diri dengan negara baru, bahasa baru.

“Dia tidak dapat berbahasa Inggeris dengan cukup baik dan masih cukup yakin untuk terlibat dalam perbualan – tetapi itu yang dia akan hadapi namun dia belajar.

“Kami percaya dia mempunyai sifat dari segi mental, teknikal dan fizikal untuk menjadi pemain hebat untuk kami.”

Pada mac lalu, Amad Diallo telah menggegarkan dunia bola sepak terutamanya Eropah di Eropah selepas menjaringkan gol ajaib hasil umpanan genius daripada Bruno Fernandes.

Amad Diallo yang dibeli daripada kelab Serie A, Atalanta pada awal musim lalu dan hanya secara rasminya menyertai Manchester United pada perpindahan bulan januari.

Pemain yang berusia 18 tahun ini telah masuk menggantikan Anthony Martial pada permulaan separuh masa kedua oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Percaturan Ole Gunnar Solskjaer nyata membuahkan hasil apabila Amad Diallo menjaringkan gol pembukaan perlawanan ketika menentang AC Milan di Europa League.

Gol ini berpunca daripada hantaran yang sangat genius daripada Bruno Fernandes selepas melihat larian yang dilakukan Amad Diallo.

Larian Amad Diallo dicabar pemain AC Milan dan posisi badan Amd Diallo tidak berada dalam kedudukan untuk menjaringkan gol dan menyebabkan gol ajaib terhasil.

Amad Diallo melihat bola yang tiba dan tiada masa untuk memusingkan badan lalu menjaringkan gol melalui satu sundulan dengan membelakangi gawang.

Dalam bahasa mudah no look header, jaringan tanpa lihat ini sangat sinonim dengan Roberto Firmino yang kini sangat sukar untuk melihat beliau jaringkan gol.

BACA:  Gol Ajaib, No Look Header Amad Diallo Hasil Umpanan Genius Bruno Fernandes