Aksi Debut Cody Gakpo Janjikan Masa Depan Yang Cerah

Cody Gakpo telah pun melakukan debut bersama Liverpool dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA bertemu Wolverhampton Wanderers dan aksinya sangat memukau dan menjanjikan masa depan yang cerah.

Boleh dikatakan debut Cody Gakpo ini bukanlah perlawanan pertama yang mahu diingati kerana gagal bangkit dari kekalahan 3-1 kepada Brentford apabila seri 2-2 sahaja.

Keputusan seri ini pun diraih dari bantuan Video Assistant Referee (VAR) yang membantu Liverpool sebanyak dua kali dan membolehkan mereka bermain perlawanan ulangan di Molineux Stadium dalam tempoh 10 hari.

Sebelum perlawanan Jurgen Klopp telah mengumumkan bahawa pemain pasukan kebangsaan Belanda itu akan membuat penampilan pertama selepas jatuh hati dalam pandangan pertama.

“Tanggapan pertama terhadapnya adalah cemerlang. Dengan semua perkara ini, penyerang yang cedera dan perkara-perkara seperti ini.”

“Maka anda melihat seorang lelaki yang jelas merupakan pemain bola sepak semula jadi di atas padang dan tahu di mana matlamatnya, ia adalah satu kegembiraan untuk semua orang.

“Jadi, itu bagus dan entah bagaimana dia akan terlibat, pasti.”

Ternyata telahan Jurgen Klopp itu tepat apabila Cody Gakpo telah memainkan peranan dengan baik dalam perlawanan ini walaupun sekadar berakhir dengan keputusan seri.

Cody Gakpo telah bermain selama 84 minit dan telah menunjukkan tanda-tanda pembelian yang akan menjadi satu pelaburan yang berbaloi-baloi untuk Liverpool.

Dia sangat berbakat ketika bola di kaki dan sangat selesa menewaskan pemain pertahanan lawan dengan kelajuan dan kemahirannya.

Di samping itu Cody Gakpo menunjukkan kesungguhan dan sanggup bekerja keras ketika tanpa bola, kerap mengejar kembali dan menutup ruang pemain lawan. Ciri-ciri yang angat sesuai dengan corak gegenpressing Jurgen Klop.

Cody Gakpo juga terlibat dalam gol kedua Liverpool dengan mencipta assist kepada Mohamed Salah yang berada dalam situasi offside namun terbatal apabila bola disentuh Toti Gomes.

Saksikan kehebatan Cody Gakpo yang merupakan masa depan Liverpool dan juga bakal pemain terbaik dunia:

Jurgen Klopp selepas perlawanan telah memuji permainan Cody Gakpo yang telah beradaptasi dengan pantas untuk langkah pertamanya.

“Dia sangat cocok dengan permainan. Ia bukan perkara mudah untuk langkahan pertama.”

“Kami tak boleh harapkan ia akan menjadi sempurna tapi dia menunjukkan tanda-tanda yang bagus. Kami perlu dapatkannya kedudukan yang lebih baik tapi itu akan tiba, tiada kesangsian.”

“Bagaimana dia menyesuaikan diri dengan permainan, langkah pertamanya. Beberapa tanda yang sangat baik, terlibat dalam gol kedua. Pemain bola sepak yang hebat.”

Becakap kepada laman sesawang rasmi Liverpool, Cody Gakpo telah meluahkan apa yang dirasainya dalam debut:

“Atmosfera yang hebat, untuk perlawanan aku, aku fikir aku telah menunjukkan detik terbaik dan juga beberapa detik yang berbolok wok.”

“Jadi, aku masih boleh menambahbaik pada beberapa perkara dan terus bekerja dan cuba membantu rakan sepasukan sebanyak mana aku mampu.”

“Sudah pasti kau akan belajar dengan banyak apabila kau bermain dalam perlawanan. Jadi aku akan terus melihat ke depan.”

“Aku fikir kami bermain dalam fasa bola sepak yang bagus tapi pada pengakhirannya kami tidak jaringkan gol yang cukup. Sayang amat.”

“Tetapi aku fikir kami menunjukkan apa yang kami boleh lakukan, tetapi kami masih boleh memperbaiki beberapa perkara dan mari kita berusaha untuk itu. Aku rasa kami menunjukkan semangat berpasukan yang sebenar pada masa-masa tertentu, jadi itu bagus.”

“Aku fikir kami perlu pergi ke sana [Molineux] dengan keazaman yang tinggi dan hanya pergi untuk kemenangan.”

BACA:  Wonderkid Yang Dijangka Meledak Di Piala Dunia 2022, Bagaimana Prestasi Mereka Setakat Ini?