Ten Hag Tak Peduli Gakpo Ke Liverpool

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag nyata tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu langsung dengan berita perpindahan pemain PSV Eindhoven, Cody Gakpo ke pasukan Liverpool.

Erik Ten Hag tampil menepis soalan dan persoalan mengenai Cody Gakpo yang sebelum ini kuat mengaitkan dirinya sendiri untuk bersama Manchester United.

Pengurus dari Belanda itu enggan mengulas mengenai perpindahan Gakpo dan ketika ini hanya fokus kepada pasukan dan urusan perpindahan Manchester United sahaja.

Bercakap selepas kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Nottingham Forest pada hari Selasa, Ten Hag berkata:

“Saya tidak melihat pasukan lain, saya melihat pasukan kami,”

“Saya yakin dengan skuad yang kami ada, pemain dalam pasukan kami, mereka mempunyai keupayaan, individu dan sebagai satu pasukan untuk bersaing dengan semua pasukan itu.”

Bercakap kepada Amazon Prime, Ten Hag menambah:

“Saya tidak bercakap mengenai kes individu. Kami sedang mencari pemain yang menyerang, kami sedang mencari penyerang.”

“Adalah bagus kerana dengan perlawanan yang akan datang, begitu banyak, setiap tiga hari dan ia sukar.”

“Kami mahu bermain dalam semua liga yang kami sertai dan kekal dalam liga tersebut. Semoga ia dapat diteruskan sehingga akhir musim. Anda memerlukan nombor untuk menghadapi semuanya.”

Manchester United naik ke tangga kelima dalam Liga Perdana berikutan kemenangan mereka ke atas Forest di Old Trafford, dengan Marcus Rashford, Anthony Martial dan Fred berada dalam senarai penjaring untuk tuan rumah.

Pasukan Ten Hag seterusnya akan menentang Wolverhampton Wanderers di Molineux pada 31 Disember.

Manchester United kini dalam proses mencari seorang penyerang tulen bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo selepas berpisah dengan persetujuan bersama.

Setan Merah telah dikaitkan kuat dengan perpindahan untuk Cody Gakpo pada jendela perpindahan Januari dengan Ten Hag dilaporkan berminat untuk menandatangani rakan sepasukannya dari Belanda.

Tetapi Gakpo kini kelihatan bersedia untuk menyertai Liverpool sebaliknya, dengan PSV Eindhoven mengumumkan pada hari Isnin bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan kelab Merseyside itu mengenai perpindahan, tertakluk kepada pemain sayap itu lulus ujian perubatan di Anfield.

Pasukan Jurgen Klopp dilaporkan telah membayar yuran awal £37 juta untuk Gakpo, yang boleh meningkat kepada £45 juta dengan pakej tambahan.

Gakpo dikatakan telah bersetuju dengan syarat perjanjian enam tahun dengan Liverpool dan boleh melengkapkan perpindahannya apabila jendela perpindahan dibuka pada 1 Januari.

Ia adalah tamparan buat United, yang memerlukan pemain serangan berikutan pemergian Cristiano Ronaldo dan status Jadon Sancho, yang telah berlatih jauh dari skuad lain dalam usaha untuk meningkatkan kecergasannya, yang kini tidak menentu dan tidak tahu bila akan kembali.

Peminat Liverpool telah tertawa bangga kepada peminat Manchester United kerana sekali lagi berjaya menyailang pemain yang dikatakan mahu dibeli Manchester United itu.

Sebelum ini Liverpool berjaya merembat Darwin Nunez dengan harga perpindahan mega yang dengan prestasi semasanya lebih menjurus untuk menjadi Andy Carol 2.0.

Peminat Manchester United memberi ucapan selamat hari Krismas di bahagian komen media sosial Cody Gakpo berserta ucapan selamat datang kepada pemain PSV itu.

Namun akhirnya ucapan itu menjadi bahan troll buat peminat Liverpool apabila pemain tersebut memilih untuk ke The Reds.

Cody Gakpo sebelum ini menyatakan minat untuk menyertai Manchester United dan telah menetapkan pendirian Old Trafford adalah destinasi untuk kariernya selepas ini.

Gakpo ke Liverpool dan Fabrizio Romano melaporkan Manchester United tidak pernah melakukan bidaan ke atas pemain itu dan jika benar berminat sudah pasti bidaan akan dilakukan.

Dilaporkan juga Erik Ten Hag kecewa terlepas Gakpo kerana Manchester United tidak mampu membida Gakpo kerana isu kewangan dan di jendela perpindahan Januari ini mereka hanya mampu mendapatkan pemain pinjaman sahaja.

BACA:  Manchester United Tidak Gentar Dengan Suasana Tegang Anfield - Erik ten Hag