Manchester United Tidak Gentar Dengan Suasana Tegang Anfield – Erik ten Hag

Perlawanan Liga Premier ke 26 pada musim ini bakal mempertemukan pasukan handalan pilihan ramai bakal juara Liga Premier iaitu Manchester United bertemu pasukan suam kuku pelengkap jadual liga sahaja iaitu Liverpool. Manchester United akan bertandang ke gelanggang keramat Liverpool yang terkenal dengan suasana yang ngeri seringkali menjadi igaun lawan iaitu Stadium Anfield.

Rata-rata pasukan lawan akan menyatakan kegusaran apabila berkunjung ke Anfield kerana suasana yang tegang seringkali buatkan lawan menjadi tak tentu arah ketika beraksi di sana. Tak kurang juga ada yang menyifatkan kubu kental pasukan Liverpool itu sebagai neraka buat pasukan lawan yang bertandang ke sana.

Namun, pendirian berlainan dilaungkan oleh pengurus Manchester United iaitu Erik ten Hag yang menyatakan suasana tegang di Anfield tidak akan menggaanggu para pemain Manchester United. Inilah kelainan pasukan yang sudah dua kali merangkul trofi pada musim ini iaitu trofi speaker bluetooth dilengkapi lampu RGB Piala Bangkok serta Piala FA yang baru dimenangi pada minggu lalu.

Mentaliti juara yang ditonjolkan para pemain Manchester United ini sewajarnya dipuji kerana untuk menjadi juara harus buang perasaan takut dan gementar tidak kira beraksi di mana. Manchester United pada musim ini masih lagi pada landasan yang tepat untuk merangkul quadruple pada musim ini setelah dua piala sudah selamat berada di dalam trofi karbinet.

Manchester United bakal berkunjung ke Liverpool dengan harapan yang besar iaitu mencari kemenangan pertama di Stadium Anfield dalam tempoh tujuh tahun. Dijangkakan pemain Manchester United akan berhadapan dengan suasana yang tegang bakal dicetuskan penyokong Liverpool, namun menurut pengendali Manchester United, para pemain beliau akan menikmati suasana tersebut dengan perasaan gembira, langsung tiada gentar sesuai dengan status sebagai pasukan bakal juara.

“Kami bersedia untuk berkunjung ke sana, suasana,” ujar Erik ten Hag. “Suasana di sana sangat hebat, ia akan memberi ancaman kepada kami, tapi kami gembira dengan suasana sedemikian.”

“Pada hemat saya tiada beza beraksi di mana. Saiz padang sama besar, sama lebar saja di mana, pengadil tetap ada tiga orang, ada juga pengadil keempat, bola bolat, dalam bola diisi dengan angin bukan?

“Jadi kami akan bermain dan kuasai perlawanan, dan sudah tentu kami tahu suasana di sana tidak mengalukan kehadiran kami tetapi kami akan cari jalan untuk hadapi. Tetapi seperti yang saya katakan, para pemain, mereka gemarkan nya. Mereka gemar bermain dalam suasana tegang sedemikian.”

Manchester United pada musim ini telah beraksi cemerlang di gelanggang sendiri, Old Trafford termasuklah menundukkan pasukan besar seperti Liverpool, Arsenal, Tottenham, Manchester City dan Barcelona.

Biarpun beraksi cemerlang di gelanggan sendiri, Erik ten Hag masih mencari kemenangan pertama di tempat lawan menentang pasukan musuh tradisi“Big Six” — untuk rekod Manchester United telah mengalami kekalahan ketika melawan Manchester City dan Arsenal, manakala seri ketika bertemu Chelsea. Adalah penting untuk Manchester United merangkul kemenangan di Anfield untuk melaungkan amaran selaku bakal juara Liga Premier pada musim ini.

“Perlawanan ini satu ujian buat kami, beraksi menentang Liverpool, kami menantikan perlawanan ini dan saya kenal para pemain saya, akan bersedia untuk ke sana dan berjuang dengan penuh keyakinan,” jelas Erik ten Hag

“Kami tahu ia akan menjadi sedikit sukar, kami tahu terpaksa merana dan kami akan berkorban untuk mendapatkan hasil yang cemerlang di sana.”

Erik ten Hag telah membuat beberapa perubahan beraksi menentang West Ham dalam perlawanan Piala FA yang menyaksikan perlawanan memihak kepada Manchester United yang berkesudahan 3-1 dan bakal menyaksikan beberapa pemain bintang seperti  Raphael Varane, Lisandro Martinez, Casemiro dan Marcus Rashford bakal kembali ketika berkunjung ke Anfield nanti.

Luke Shaw dan Jadon Sancho keduanya terlepas beraksi, namun diharapkan mereka berdua juga boleh beraksi pada perlawanan menentang Liverpool nanti. Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 12.30 pagi Isnin, namun para penyokong Liverpool dinasihatkan supaya tidak berjaga untuk menonton perlawanan ini.

BACA:  Bruno Fernandes Dedah Bagaimana Isteri Main Peranan Jaga Stamina Dirinya Di Atas Padang