Cody Gakpo Ke Liverpoool, Manchester United Disailang

Pemain sensasi Belanda, Cody Gakpo secara rasminya sah ke Liverpool selepas dikaitkan dengan Manchester United berbulan-bulan lamanya, adakah Manchester United atau Cody Gakpo bertepuk sebelah tangan?

Setakat ini Liverpool tidak membuat sebarang pengumuman rasmi lagi dan Fabrizio Romano sudah pun mengesahkannya dengan kata-kata keramanya ‘Here we go!’

Fabrizio Romano melaporkan yuran perpindahan membabitkan nilai £37 juta dengan yuran tambahan yang boleh menjadikannya pakej £50 juta dan semua klausa kini sudah dipersetujui.

Pengumuman rasmi akan hadir selepas selesai ujian perubatan dan perjanjian dimeterai dengan penurunan tandatangan kedua-dua belah pihak.

“Cody Gakpo ke Liverpool, mari kita pergi! Perjanjian itu telah ditandatangani antara kedua-dua kelab #LFC”

“Gakpo akan pergi ke England dalam beberapa hari berikutnya untuk menjalani ujian perubatan dan kemudian menandatangani kontrak.”

“RASMI: Liverpool telah menandatangani Cody Gakpo daripada PSV Eindhoven, perjanjian itu telah ditandatangani malam ini antara kelab. #LFC”

“Gakpo akan menandatangani perjanjian jangka panjang lewat minggu ini kerana kontrak juga dipersetujui sepenuhnya.”

“Liverpool akan membayar £37 juta serta tambahan, sehingga £50 juta pakej berpotensi.”

“Cody Gakpo telah bersetuju dengan perjanjian enam tahun dengan Liverpool, sama seperti Darwin Nunez pada musim panas lalu. Semua klausa telah pun diluluskan. #LFC”

“Yuran dijamin: £37 juta”

Pengarah pasukan PSV, Marcel Brands menyatakan PSV tidak akan mendedahkan yuran perpindahan Cody Gakpo ke Liverpool namun mengesahkan perpindahan ini memecahkan rekod kelab.

“Pengarah PSV Marcel Brands: “Kami tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai yuran perpindahan untuk perjanjian Cody Gakpo tetapi ia merupakan perpindahan rekod untuk PSV” #LFC

“Jangkaan untuk Liverpool membayar yuran terjamin £37 juta serta tambahan £13 juta.”

“Selesai, ditandatangani, dimeterai.”

Cody Gakpo sebelum ini dilaporkan hanya mahu ke Manchester United kelihatan tegas dalam pilihannya terutamanya selepas tamat Piala Dunia.

Namun cintanya seperti bertepuk sebelah tangan apabila Manchester United langsung tidak melakukan bidaan dan bidaan awal dari liverpool dengan pantas diterima Cody Gakpo dan PSV.

“Liverpool sedang dalam perbincangan lanjut untuk mendapatkan Cody Gakpo. Bidaan rasmi telah diserahkan dengan bayaran terjamin £37m serta alat tambah. #LFC”

“Rundingan sedang dijalankan, seperti yang dilaporkan oleh @_pauljoyce.”

“Manchester United mendapat lampu hijau di pihak pemain, tetapi tiada keputusan untuk membida PSV Eindhoven.”

Hakikatnya Manchester United tidaklah disailang Liverpool kerana mereka tidak langsung melakukan bidaan walaupun Gakpo sangat berminat.

Mungkin ini taktik biasa para pemain untuk menaikkan nilai perpindahan mereka dengan mengaitkan diri dengan pasukan Setan Merah.

Cody Gakpo merupakan prospek masa depan yang berpotensi besar dan telah menonjol apabila menjaringkan tiga gol di Piala Dunia 2022 bersama Belanda di peringkat kumpulan.

Seorang penyerang yang tinggi dengan pandangan selera yang tajam untuk mencari gol, Gakpo sudah pasti akan menjadi sebahagian besar barisan hadapan Belanda.

Louis van Gaal telah membuat satu panggilan yang baik apabila menyenaraikan Cody Gakpo! Dia gila selepas pusingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 berakhir.


Cody Gakpo telah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Belanda pertama menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertamanya di Piala Dunia menyamai rekod Johan Cryuff yang merupakan pemain legenda Belanda.

Pemain muda sensasi menjaringkan ‘gol sempurna’ satu melalui kaki kanan, satu kaki kiri dan satu tandukan dan perkara ini pernah dilakukan Wesley Sneijder pada 2010.

Nama: Cody Mathès Gakpo
Umur: 23 tahun
Negara: Belanda
Posisi: Ke hadapan pusing

BACA:  Aksi Debut Cody Gakpo Janjikan Masa Depan Yang Cerah