Aksi Genius Tetapi Keji Penjaga Gol Feyenoord

Penjaga gol Feyenoord, Justin Bijlow telah mempamerkan satu aksi yang genius tetapi agak keji ketika keluar untuk memenangi bola dari kawasan gol dan tindakannya itu membuatkan pemain lawan bengang.

Dalam perlawanan Eredivisie pendahulu liga Feyenoord telah bertemu FC Twente selepas 30 minit permainan, Santiago Gimenez telah meletakkan Feyenoord di hadapan.

Lapan minit kemudian, pasukan tuan rumah, FC Twente hampir saja menyamakan kedudukan selepas satu hantaran panjang berjaya diraih Virgil Misidjan yang melakukan larian kencang.

Namun penjaga gol Feyenoord, Justin Bijlow dengan pantas keluar dari kawasan gol untuk mencabar dan berjaya memenangi bola dengan melakukan sliding tackle pantas.

Lontaran ke dalam untuk FC Twente, Virgil Misidjan sedar inilah peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan kerana penjaga gol berada ditepi padang bersamanya.

Virgil Misidjan dengan pantas mengambil bola untuk lontaran ke dalam namun akal pemikiran Justin Bijlow lebih pantas dan ligat apabila melakukan sesuatu yang tidak masuk akal.

Justin Bijlow tidak berlari kembali ke gawang yang kosong malah berlari keluar padang ketika Virgil Misidjan mahu melakukan lontaran ke dalam.

Disinilah Justin Bijlow telah melakukan satu aksi genius tetapi keji, rupa-rupanya dia berlari ke luar padang adalah untuk mendapatkan satu lagi bola.

Ketika Virgil Misidjan hendak melakukan lontaran ke dalam Justin Bijlow terus melontarkan bola yang diambilnya itu ke dalam padang dan Virgil Misidjan tidak mampu lagi melakukan lontaran.

Virgil Misidjan jelas bengang lalu melontarkan bola ke arah Justin Bijlow kerana menyedari kehadiran dua biji bola di padang akan menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan.

Pengadil terus mengadap Justin Bijlow mungkin kagum dengan akal liarnya itu lalu melayangkan kad kuning kepada penjaga gol Feyenoord itu.

Kad kuning yang sangat berbaloi-baloi, tindakan pantas yang luar biasa dari Justin Bijlow telah menyelamatkan gawangnya dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 apabila Joshua Brenet menyamakan kedudukan pada minit ke-68.

Tindakan pantas Justin Bijlow berjaya mengelakkan dirinya menjadi mangsa seperti jaringan yang pernah dijaringkan oleh pemain Sheffield United, Dean Saunders yang sangat jahat ketika menentang Vale.

Penjaga Vale, Paul Musselwhite melakukan perkara yang sama seperti Biljow yang keluar dari kawasan gol untuk mendapatkan bola sebelum penyerang Sheffield United itu berjaya menguasai bola.

Dean Saunders juga telah melakukan tindakan genius apabila melihat rakannya tidak tiba dengan melakukan lontaran ke dalam pantas ke belakang Paul Musselwhite yang ketika itucuba berlari kembali ke gawang.

Bola lantunan dari belakang Paul Musselwhit kemudiannya terus dirembat masuk Dean Saunders ke gawang yang sangat terbuka serta tidak berpenjaga itu.

BACA:  Akibat Bosan Dengan Bola Sepak, Bekas Penjaga Gol Norway Ini Bersara Pada Usia 25 Tahun