Orang Barat Kagum Dengan Paip Basuh Berak Di Qatar

Orang barat ternyata kagum dengan paip basuh berak atau bidet yang mereka temui di tandas dan bilik air tempat penginapan mereka ketika hadir ke Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia 2022.

Mereka amat teruja dengan penemuan terbaru mereka dan telah menganggap satu teknologi terkini yang patut ada di rumah mereka apabila pulang ke negara masing-masing.

Orang ramai dari seluruh dunia telah sampai ke Qatar untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Ramai orang barat melahirkan rasa terhibur kerana menemui pancuran bidet yang biasanya dikenali sebagai pancuran ‘Muslim Shower’ di kebanyakan negara Islam.

Keharainan melanda mereka pada awalnya yang tidak tahu fungsi bidet itu menganggap telah menganggap Qatar sebagai pelik apabila meletakkan paip berkepala pancuran mandi di tepi mangkuk tandas.

Bidet telah menjadi satu penemuan bersejarah di dunia serba moden ini lalu menjadi topik perbualan dan perbincangan hangat lagi serius dikalangan orang barat yang membuatkan kebanyakkan orang Asia ketawa sinis dengan kebodohan amat.

Segalanya bermula melalui seorang Youtuber dan pempengaruh media sosial kelahiran Croatia yang telah menjumpai bidet kepala paip basuh taik ini di hotel penginapannya di Qatar.

Lalu tanpa berlengah lagi sebagai seorang pempengaruh media sosial, David Vujanic telah menjadikan bidet itu satu konten dengan satu ciapan di Twitter.

David Vujanic telah menganggap bidet di Qatar ini adalah perkara terbaik yang pernah wujud di muka bumi ini.

Pempengaruh media sosial itu menciap di Twitter dengan berkata:

“Telah menggunakan pancuran mandian tandas di Qatar selama sebulan… Saya berasa ngeri kami hanya menggunakan kertas tandas di Uk/Eropah. Ini adalah perkara terbaik yang pernah ada.”

Dia kemudiannya memuji bidet yang ada di Qatar dan pernah menemui bidet ketika berkelanan di Perancis tetapi terlalu besar:

“Saya telah menggunakan bidet di Perancis, ia bagus tetapi ia terlalu besar, ini adalah kepala pancuran mandian tekanan tinggi yang ringkas, lebih berfungsi dan mudah disesuaikan. Akan melabur apabila kembali ke London. Bum saya sangat bersyukur.”

David Vujanic sangat bersyukur kerana juburnya kini tidak berkerak lagi dan sangat selesa menggunakannya dan bidet itu menjadi modal ciapannya di Twitter.

Dia juga bercadang mahu mencetak gambar bidet ke baju dan mendakwa dirinya adalah pengasas Ultras Shatafa atau bidet.

“Saya mahu imej ini dicetak pada T Shirt…saya kini memproklamirkan diri sebagai pengasas kumpulan Shatafa Ultras… fanatik mandi bum jom gooo 🔥🔥🔥🔥”

David Vujanic berasa bimbang dan trauma untuk pulang ke United Kingdom (UK) kerana tiada paip basuh berak wujud di sana.

Mereka yang biasa dengan penggunaan bidet dari seluruh dunia menganggap perkara ini sebagai melucukan dan telah menepek meme dan ada menjadikan David Vujanic sebagai bahan troll.

Seorang pengguna media sosial mengalu-alukan orang barat mengenali ‘tamadun’ yang sebenar dengan penemuan terbesar ini.

Mereka yang beragama Islam telah menyatakan bahawa mereka telah menggunakan pancuran mandian untuk mencuci jubur ini selama berabad-abad di tandas mereka.

Ketika orang barat terkejut orang Asia juga terkejut dengan penemuan mereka yang terkejut dengan kewujudan paip untuk membasuh berak.

Dikebanyakkan negara Asia bidet ini bukanlah satu benda asing apatah teknologi terbaik pernah wujud namun tidak dinegara barat yang kagum sekaligus menampakkan kebodohan ketara mereka.

Mereka hadir ke Qatar dengan persepsi buruk dan pelbagai perkara buruk dilontarkan namun selepas tiba dari negara serba maju mereka pulang dengan memuja kepala paip.

BACA:  Jordan FA Tuduh Penjaga Gol Skuad Wanita Iran Sebenarnya Seorang Lelaki