Pengadil Keliru, Pemain Lain Tumbuk, Pemain Lain Dapat Kad Merah

Pengadil di League One dalam perlawanan Bolton Wanderers menenetang Forest Green nyata keliru terus apabila melayangkan kad merah kepada pemain yang langsung tidak melakukan kesalahan dan pemain yang menumbuk lawan terlepas.

Bolton Wanderers mendapati diri mereka mendahului lawan satu gol selepas hanya enam minit dengan pemain No. 10 Bolton, Dion Charles melakukan hantaran lintang kepada Gethin Jones dalam permulaan yang sempurna untuk tuan rumah.

Tetapi penjaring gol pendahuluan itu, Dion Charles tidak lama kemudian mendapati dirinya menjadi mangsa keadaan angkara kesilapan pengadil mengenal pasti identiti apabila dia dilayangkan kad merah pada minit ke-28 oleh pengadil Tom Nield.

Dion Charles difahamkan, dibiarkan terpinga-pinga dengan dibuang padang manakala sebahagian besar Stadium Universiti Bolton keliru dengan apa yang telah berlaku sehingga tayangan ulangan perebutan bola memberikan gambaran yang jelas.

Beberapa saat sebelum Dion Charles dibuang padang, rakan sepasukannya Elias Kachunga, yang memakai No 24, telah ditangkap oleh kamera yang kelihatan meelapaskan satu tumbukan padu ke arah pertahanan Rovers, Brandon Cooper.

Permainan dihentikan tidak lama kemudian yang membolehkan pengadil perlawanan, Tom Nield berbincang dengan penjaga garisannnya maklumat apa yang mereka ada dengan apa yang mereka lihat.

Secara lucunya, pegawai League One mengenal pasti Dion Charles yang tidak melakukan apa-apa kesalahan sebagai pihak yang bersalah dan perlawanan dihentikan seketika untuk siasatan.

Dion Charles mengambil kesempatan ini untuk menghilangkan dahaga, sedang enak minum air di tepi padang dia diberi arahan supaya tampil ke arah pengadil perlawanan dan diarahkan keluar padang dengan layangan kad merah.

Dion Charles langsung tidak percaya dengan apa yang terjadi lalu meminta penjelasan dari pengadil kenapa dia dibuang padang dan pengadil bertegas memberi isyarat supaya dia keluar.

Akaun Twitter rasmi Bolton Wanderers turut pelik dengan apa yang terjadi dan mempersoalkan keputusan pengadil itu di akaun mereka. Pentadbir kelab itu menulis tweet:

“Dion Charles telah dibuang padang. Beberapa kekeliruan di sekeliling padang, kami tidak pasti apa yang berlaku di sana!?”

Pengulas legenda Sky Sports, Chris Kamara melihat sisi lucu dibuang padang, mendakwa Bolton ‘membawa ‘sub on’ merujuk kepada gurauan ikonik dan kelakarnya semasa siaran langsung.

Ketika Kamara melihat sisi lucu, pengurus Bolton Wanderers, Ian Evatt, terkejut dengan keputusan itu dan berharap pesalah sebenar Elias Kachunga insaf dan lebih berdisiplin selepas ini. Dia berkata:

“Kami tidak boleh menafikan bahawa Elias telah mengecewakan semua orang, menunjukkan bahawa kekurangan disiplin tidak boleh diterima dan dia meminta maaf kepada kumpulan itu.”

“Bagi penjaga garisan melihat dari tempat yang baik tetapi kemudian untuk melibatkan pemain dan dibuang padang yang berada 15 ela dari insiden itu adalah membingungkan.”

“Terdapat kewangan yang mencukupi dalam permainan untuk kami dapat memiliki VAR untuk setiap bahagian dalam piramid Inggeris. Ini sama pentingnya kepada kami seperti mana-mana pasukan Liga Perdana.”

Dion Charles dibuang padang pada minit ke-28 selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit keenam dan Bolton Wanderers terpaksa bermain 10 orang selama sejam.

Nasib baik menang kalau kalah?

BACA:  Gol Lewat Permainan Sensasi Jepun, Kubo Selamatkan Getafe Dari Penyingkiran