Pengadil Akan Terangkan Keputusan VAR Kepada Penonton

Pengadil perlawanan bola sepak selepas ini akan menerangkan keputusan yang dilakukan oleh Video Assistant Referee (VAR) kepada penyokong di Stadium dan juga penonton di rumah.

Ini bermakna pengadil perlawanan akan dilengkap dengan set mikrofon dan perkara ini akan bermula di Piala Dunia kelab minggu hadapan yang akan menyaksikan penglibatan pengadil England, Anthony Taylor.

Piala Dunia kelab yang akan berlangsung di Maghribi akan menjadi medan percubaan di mana pengadil akan menyampaikan keputusan yang mereka lakukan melalui mikrofon yang disambungkan kepada sistem.

Hanya keputusan akhir yang telah dibuat pengadil sahaja akan diterangkan kepada umum dan perbualan pengadil dan pegawai video di bilik operasi VAR akan kekal tertutup.

Jika semuanya berjalan lancar dan berjaya, eksperimen seterusnya mungkin akan dilanjutkan ke kejohanan Piala Dunia Wanita yang akan berlangsung di Australia dan New Zealand pada musim panas ini.

Perkara ini telah diputuskan dan telah diberi kebenaran pada mesyuarat Lembaga FA Antarabangsa (IFAB), badan penggubal undang-undang permainan itu, di London.

Mengenai pertukaran VAR, Mark Bullingham, ketua eksekutif FA dan ahli lembaga IFAB, berkata:

“Akan ada percubaan di kejohanan FIFA dalam tempoh 12 bulan akan datang ke atas pengadil, selepas keputusan VAR dibuat, untuk mengumumkan kepada stadium dan penonton penyiaran apa yang telah berlaku dan untuk menjelaskan keputusan itu.”

“Kami fikir itu penting dari segi ketelusan, dan juga untuk orang ramai di stadium yang kami fikir pada masa ini tidak mendapat maklumat yang mencukupi. Jadi ini sangat penting, satu langkah besar ke hadapan.”

“Perbualan dengan pegawai VAR akan kekal tertutup, tetapi pengadil secara berkesan akan memberitahu orang ramai dan mengatakan inilah yang telah berlaku.”

Bagaimanapun, IFAB menolak cadangan untuk mencuba jam undur (countdown clock) bagi menggantikan pengadil sebagai penjaga masa semasa perlawanan.

Sebaliknya, FIFA akan mengeluarkan garis panduan baharu untuk musim depan, memaklumkan pengelola pertandingan termasuk Liga Perdana untuk mengikuti pendekatannya di Piala Dunia di Qatar.

Garis panduan baru ini akan membawa kepada lebih banyak masa bermain dalam permainan ketika perlawanan, dengan jumlah masa berhenti yang lebih besar daripada biasa ditambah pada akhir setiap separuh masa. Macam Piala Dunia.

Ia juga mengesahkan bahawa garis panduan FIFA akan digunakan untuk menambah masa bermain dalam perlawanan melalui pengiraan masa bermain yang lebih ketat. Pada Piala Dunia, purata masa bola dalam permainan ialah 58 minit, berbanding 55 minit 18 saat dalam Liga Perdana musim ini.

Bullingham menambah bahawa pengadil akan diberitahu untuk menghentikan jam tangan mereka sepanjang tempoh pemberhentian kerana kecederaan atau kelewatan lain daripada hanya menambah seminit, yang katanya akan menghentikan insiden pemain berpura-pura cedera untuk tempoh yang lama.

Patrick Nelson, ketua eksekutif Ireland FA dan ahli lembaga IFAB, berkata:

“Ia berjaya dalam Piala Dunia jadi tidak perlu mengubah Undang-undang permainan.”

IFAB juga menolak cadangan dari Liga Perdana, Bola Sepak Liga Utama di Amerika Syarikat dan Ligue 1 Perancis untuk mengadakan percubaan pemain gantian sementara gaya ragbi kerana gegaran kepala (concussion).

Di mana pemain mempunyai sepuluh minit untuk dinilai selepas kecederaan kepala dan boleh kembali bermain jika mereka lulus pemeriksaan. FIFA berkeras sebaliknya mengekalkan pemain gantian kekal, walaupun mendapat tekanan daripada kesatuan pemain.

Ketua FA, yang menyokong idea pertukaran sementara kerana kerana gegaran kepala, berkata tiada kata sepakat boleh dicapai mengenai isu itu, manakala FIFA berkata 71 peratus daripada medik pasukan yang ditinjau menyokong pengganti kekal gegaran.

“Terdapat pandangan yang sangat kuat dan sangat berbeza di dalam bilik, dan kami tidak mencapai kata sepakat. Kami bersetuju bahawa ia akan kekal dalam semakan aktif.”

Bullingham mengakui bahawa kini tiada peluang untuk percubaan berlangsung pada musim Liga Perdana, Ligue 1 atau MLS akan datang.

BACA:  Kisah 'Misteri' di Sebalik Pemain Gabon Yang Lahir Empat Tahun Selepas Kematian Ibunya