Aksi Gila Cavani Membuktikan Beliau Masih Lagi Antara Pemain Terbaik Dunia

Pemain penyerang veteran, Edison Cavani telah membuktikan bahawa beliau masih lagi antara pemain bola sepak terbaik dunia ketika ini dengan sentuhan penyudah yang tidak boleh bawa bincang.

Semua ini dibuktikan oleh Edison Cavani dalam perlawanan separuh akhir Europa League di mana Manchester United sekali lagi membelasah Roma di pentas Eropah.

Edison Cavani yang menjadi nadi kemenangan Manchester United telah menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan gol dalam perlawanan ini.

Pemain antarbangsa Uruguay itu mampu mencetak hattrik selepas dikasari pemain Roma namun menyerahkan tugasan itu kepada pakar sepakan penalti, Bruno Fernandes.

Edison Cavani melakukan satu hantaran sempurna untuk gol pertama Bruno Fernandes melalui satu sungkitan.

Hantaran Cavani kepada Mason Greenwood untuk gol terakhir juga sangat genius menggunakan bahagian luar kaki melencongkan bola kepada Mason Greenwood.

Video kompilasi ini membuktikan segala-galanya.

Selain dua bantuan gol, Cavani juga menjaringkan dua gol penting untuk membolehkan Manchester United kembali di depan selepas ketinggalan 2-1.

Gol itu telah memberi semangat kepada rakan sepasukan untuk terus mencari gol dan akhirnya Manchester United menang 6-2.

Bagi pemain berusia 34 tahun ini merupakan satu prestasi yang sangat menakjubkan dari Cavani yang mampu merencanakan permainan dengan penuh ketenangan.

Ini merupakan kali pertama Manchester United menjaringkan enam gol di perlawanan Eropah sejak menewaskan Roma 7-1 pada April 2007.

Manchester United juga menjadi pasukan pertama menjaringkan enam gol di separuh akhir kejohanan Eropah sejak Real Madrid melakukannya pada tahun 1964.

Edison Cavani telah menjadi pemain kedua paling tua menjaringkan dua gol atau lebih di kejohanan utama Eropah pada usia 34 tahun 74 hari.

Philip Cocu memegang pemain paling tua menjaringkan dua gol atau lebih apabila melakukannya ketika perlawanan PSV menentang Milan di separu akhir Champions League 2004/05 pada usia 34 tahun 187 hari.

Sejak ketiadaan Anthony Martial, Edison Cavani menjadi pilihan dan kerap diberi masa bermain dan permainan lebih kepada corak permainan secara berpasukan.

Marcus Rashford ketika ini masih lagi tidak sedar diri menggentel yang tidak pernah lepas.

Cavani hadir dengan reputasi sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG dengan 200 gol dalam 300 penampilan bersama Paris Saint-Germain selama tujuh tahun.

Ketika ketibaan Cavani, bekas pemain yang bertaraf lagenda Manchester United, Ryan Giggs yakin bahawa pemain penyerang Uruguay, Edison Cavani akan memberi sinar kepada pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer yang ketika itu di dalam kekusutan.

Kehadiran Cavani telah menimbulkan kesangsian di minda peminat Setan Merah dan bimbang dengan bayaran gaji yang tinggi Cavani gagal menyerlah seperti mana Angel Di Maria, Radamel Falcao dan Alexis Sanchez.

Giggs menzahirkan keyakinan Edison Cavani tidak akan mengikut jejak pemain Amerika Selatan yang lain seperti Maria, Falcao dan Sanchez.

Keyakinakan disuarakan oleh Ryan Giggs ke atas Edison Cavani yang merupakan lagenda pasukan Paris Saint-Germain ini bersandarkan kepada kualiti dan sikap yang dipamerkan oleh pemain penyerang itu.

Kini selepas hampir semusim, sumbangan yang diberikan oleh Cavani adalah seperti yang dipercayai Giggs tentang kualiti Cavani pada awal musim.

Manchester United 6-2 Roma

Perlawanan bola sepak Eropah kelas kedua, Europa League meneruskan aksi di separuh akhir menemukan dua pasukan yang tidak asing lagi Manchester United dan Roma.

Prnyokong Roma nyata terluka dengan komen Ole Gunnar Solskjaer yang tidak kenal dan tidak melihat aksi Roma yang telah disalah ertikan.

Kenyataan Ole Gunnar Solskjaer bermaksud tidak membuat analisis tentang Roma secara mendalam sehinggalah mereka bertemu di separuh akhir.

Paulo Fonseca pula menyatakan akan mendapatkan bantuan Chris Smalling dan Henrikh Mkhitaryan bagi menewaskan Manchester United di Old Trafford.

Belum sempat perlawanan disajikan dengan aksi sebenar Jordan Veretout telah mengalami kecederaan seawal minit kedua namun masih mampu meneruskan perlawanan.

Minit keempat Jordan Veretout telah terbaring dan dikeluarkan, Gonzalo Villar masuk.

Manchester United membuka tirai jaringan pada minit ke-9 melalui satu sungkitan bersahaja Bruno Fernandes selepas menerima umpanan cantik Edison Cavani.

Jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila hantaran Rick Karsdorp telah dihalang dengan hadangan menggelunsur Paul Pogba.

Malangnya bola terkena tangan Paul Pogba, walaupun bantahan dilakukan tangan tetap tangan dan penalti tetap penalti.

Mudah buat Lorenzo Pellegrini menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Agak huru-hara dan kelam-kabut permainan dipamerkan Roma yang mudah kehilangan bola dan hantaran demi hantaran tidak sampai kepada rakan.

Kesilapan demi kesilapan Roma membuat hantaran gagal dihukum dengan penyudah dari Manchester United.

Rembatan Paul Pogba dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol Roma Pau Lopez dengan satu pendaratan yang tidak sempurna.

Pau Lopez telah mengalami kecederaan dan digantikan dengan pada minit Antonio Mirante ke-28. Kurang 30 minit dua pertukaran sudah dilakukan Roma.

Disebalik aksi pening Roma, mereka menjaringkan gol kedua di Old Trafford melalui tolakan jarak dekat Edin Dzeko.

Tolakan Henrikh Mkhitaryan melalui celahan kangkang Scott McTominya berjaya membelah pertahanan Manchester United.

Bola menemui Lorenzo Pellegrini yang tidak dikawal lalu membuat hantaran mencari Edin Dzeko.

Pada minit ke-37 Roma melakukan pertukaran ketiga mengeluarkan Leonardo Spinazzola digantikan dengan Bruno Peres dan menjadi pasukan pertama melakukan 3 pertukaran di separuh masa pertama sejak Europa League diperkenalkan.

Penghujung separuh pertama menyaksikan Edison Cavani terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.

Tiga minit bersambung separuh masa kedua, Edison Cavani menyamakan kedudukan selepas bermain satu dua bersama Bruno Fernandes.

Roma terus pening dan huru-hara terutamanya dibahagian pertahanan namun serangan balas mereka amat mengancam.

Pada minit ke-64, Edison Cavani menjaringkan gol kedua peribadi dan meletakkan Manchester United kembali berada di hadapan.

Gol berpunca daripada bola muntah rembatan Aaron Wan Bissaka yang mudah ditolak masuk Edison Cavani.

Tujuh minit kemudian dengan ajaibnya Manchester United mendapat sepakan penalti yang agak menusuk kalbu Roma.

Bruno Fernandes ternyata gembira mengambil tanggungjawab tersebut dan mudah menewaskan Antonio Mirante.

Manchester United terus garang dengan gol kelima ketika perlawanan berbaki 15 minit melalui sundulan tajam Paul Pogba hasil hantaran Bruno Fernandes.

Mason Greenwood yang masuk menggantikan Marcus Rashford menjaringkan gol keenam selepas menerima hantaran cantik Edison Cavani.

Tiada maaf bagimu dari Mason Greenwood melepaskan rembatan kencang menewaskan Antonio Mirante.

Gila-gila, Manchester United menang 6-2 dan Roma membawa bekalan dua gol tempat lawan untuk separuh akhir kedua namun perlu menjaringkan empat gol untuk mengaktifkan kelebihan itu.

Kemenangan ini mengembalikan nostalgia kemenangan 7-1 Setan Merah juga ke atas Roma suatu ketika dahulu. Keajaiban diperlukan Roma untuk layak ke final.

Edison Cavani dan Bruno Fernandes cemerlang apabila masing telah menjaringkan dua gol dan juga mencipta dua bantuan gol.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Rashford, Fernandes, Pogba; Cavani.

Substitutes: Grant, Henderson, Bailly, Mata, Greenwood, Amad, James, Telles, Matic, Williams, van de Beek, Tuanzebe.

Roma (3-4-2-1) Pau Lopez; Smalling, Cristante, Ibanez; Karsdorp, Diawara, Veretout, Spinazzola; Pellegrini, Mkhitaryan; Dzeko.

Substitutes: Mirante, Fuzato, Villar, Santon, Mayoral, Kumbulla, Carles Perez, Bruno Peres, Ciervo, Darboe.

Referee Carlos del Cerro Grande (Spain).

BACA:  Cavani Dedah Sebab Kenapa Beliau Pantas Datang Melindungi Greenwood