Cavani Dedah Sebab Kenapa Beliau Pantas Datang Melindungi Greenwood

Edison Cavani telah mendedahkan kenapa kenapa beliau pantas datang dan tampil kehadapan bagi melindungi Mason Greenwood yang telah dibuli oleh dua pemain AS Roma.

Kejadian terjadi dalam perlawanan separuh akhir kedua Champions League di mana Mason Greenwood telah terlibat dengan pertelingkahan bersama pemain Roma.

Kejadian itu telah menjadi viral dan Edison Cavani telah diangkat menjadi wira seperti seorang bapa melindungi anak atau seorang abang datang membela adiknya.

Melalui laman sesawang rasmi manutd.com, El Matador tampil memberikan penjelasan dan sebab musabab:

“Aku selalu berkata bahawa aku seorang yang bekerja dengan sangat keras demi bola sepak.”

“Aku berada di atas padang dan sebahagian daripada pasukan bekerja keras demi pasukan dan aku melakukan yang terbaik untuk setiap pemain yang membentuk pasukan.”

Cavani beranggapan kekurangan pengalaman akan menyebabkan pemain akan melakukan kesilapan dan mudah menjadi mangsa buli pemain lawan.

“Terdapat detik bila kau berada di padang di mana aku percaya kau perlu untuk melindungi dan mempertahankan salah seorang rakan sepasukan kau.”

“Kadangkala mereka akan dibuli kerana kekurangan pengalaman dan mereka akan mungkin akan melakukan kesilapan.”

“Banyak kali terjadi, ini mungkan kerana kau percaya bahawa mereka terlibat dalam situasi di padang dengan tidak adil.”

Pemain Uruguay yang telah menyambung kontrak lanjutan itu telah menceritakan ketiadilan terjadi ketika pertengkaran pemain Roma dan Greenwood apabila hadir pemain ketiga.

“Dalam insiden menentang Roma, apa aku rasa adalah Greenwood telah bertengkar secara muka ke muka dengan pertahanan Roma di mana perkara ini biasa terjadi dalam bola sepak.”

“Beberapa ketika kemudian, lelaki ketiga muncul ditempat kejadian dan mula menolak Greenwood walaupun pada awalnya jelas beliau tidak terlibat dalam pertengkaran.”

“Aku beritahu beliau supaya tidak masuk campur dan sebab itulah aku pergi menolong Mason dan memberi perlindungan kepada beliau.”

Ketika datang melindungi Greenwood, Cavani juga mahu menenangkan para pemain yang sedang bertelingkah supaya mereka tidak berselingkuh.

“Aku cuba untuk menenangkan para pemain dan boleh mengelakkan kejadian tidak diingini. Kami berada dalam fasa penting permainan dan Greenwood mungkin akan dilayangkan kad merah.”

“Aku dapat kad kuning tetapi perkara utama adalah melindungi dan membela Greenwood serta mencegah insiden itu menjadi tidak terkawal.”

Tujuan Cavani membela Greenwood bukan hanya sekadar seperti seorang ayah melindungi anak tetapi turut membela keluarga menerima akibat kerana perbuatan seorang anak.

Manchester United berada dikedudukan terbaik untuk menang dan Greenwood yang masih muda ini mungkin akan naik hantu diprovok pemain Roma dan akibatnya ditanggung pasukan.

Apa yang dilakukan Cavani ini berdasarkan pengalamannya yang mungkin selalu pemain muda akan hilang kawalan selepas diprovok pemain lawan.

Musim ini menyaksikan Edison Cavani dan Mason Greenwood telah menunjukkan hubungan seperti seorang Tuan Guru dan Anak Murid di mana Cavani tidak lokek mengajar dan Greenwood pula menyerap segala tunjuk ajar.

Cavani tidak dapat menyembunyikan kekaguman beliau kepada Greenwood dan percaya pemain muda itu mampu mencapai sesuatu yang besar. Rashford dengan Martial tak nak belajar ke?

“Dah banyak kali aku sembang pasal ni. Aku percaya benda ni sebagai pemain.”

“Bila kami sampai ke satu titik diperingkat elit permainan seperti hari ini, aku fikir jika kau sendiri letakkan sasaran jika kau mahukan sesuatu jika kau fokus pada benda kau nak untuk diri sendiri dan pasukan, maka kau akan mennggapainya.”

Bagi Cavani semua pemain boleh berkembang dan menjadi pemain yang baik namun itu semua bergantung kepada diri pemain itu sendiri.

“Kau boleh menjadi semakin baik, kau boleh berkembang sebagai pemain dan kau boleh jadi lebih baik.”

“Ini semua bergantung kepada beliau sebagaimana kita bergantung kepada setiap pemain penyerang kita. Mereka semua adalah penyerang muda yang mempunyai karier panjang menanti mereka.”

“Dan semua iniakan bergantung kepada mereka bagaimana mereka mahu meningkat dan berkembang sebagai pemain.”

Minggu lalu, Manchester United telah mengumumkan bahawa, Edison Cavani telah bersetuju melanjutkan kontrak untuk tempoh setahun dan El Matador akan kekal di Old Trafford sehingga Jun 2022.

Apa yang mampu diberikan oleh Cavani bukan sahaja sumbangan di padang malah dapat mencurahkan pengalaman beliau kepada para pemain muda yang berada di kelab.

Cavani Tampil Mempertahankan Greenwood

Edison Cavani tampil dengan garang mempertahankan Mason Greenwood selepas pemain muda itu terlibat dengan pertelingkahan dan pemain Roma cuba membuli Greenwood.

Manchester United mara ke final Europa League walaupun tewas 3-2 kepada Roma namun secara agregatnya yang sebesar 8-5 melayakkan Setan Merah bertemu Villareal.

Ole Gunnar Solskjaer membuat beberapa pertukaran dalam perlawanan ini dan menukar lagi pemain selepas tamat separuh masa pertama kerana yakin sudah layak.

Mason Greenwood bermain dikesebelasan utama telah mencipta sejarah apabila menjadi pemain termuda Inggeris meembuat 100 penampilan bersama Manchester United.

Rekod itu dicatat pada usia 19 tahun 217 hari dan Greenwood berada dikedudukan ketiga secara keseluruhannya.

Dalam perlawanan ini, aksi paling menarik dari Mason Greenwood adalah pada minit ke-71 selepas beliau terlibat dengan pertelingkahan dengan pemain Roma.

Pada awalnya Greenwood telah bertengkar dengan Gianluca Mancini dan Greenwood telah melawan denga menolak Mancini yang terus mengalah.

Namun Rick Karsdorp yang melihat insiden itu tidak berpuas hati dengan dan datang menolak Greenwood.

Greenwood melawan pengadil sampai untuk menghalang dan menarik Greenwood dengan sepantas kilat Edison Cavani tiba dengan garangnya.

Rick Karsdorp tampak goyang untuk melawan dan Mancini datang kembali menarik Cavani dan terjadi aksi tolak menolak.

Kemudian pemain lain pun sampai untuk menyertai, Alex Telles segera memeluk dan menenangkan Cavani meleraikan situasi tegang yang boleh mendatangkan kad merah.

Rick Karsdorp dan Edison Cavani telah dilayangkan kad kuning kerana peristiwa itu.

Tindakan Cavani laju tampil mempertahankan Greenwood daripada dibuli pemain Roma itu nyata disukai dan disenangi oleh peminat Manchester United.

Ada menganggap ini seperti tindakan seorang ayah mempertahankan anaknya. Ternyata hubungan Cavani dan Greenwood sangat rapat.

Greenwood banyak berguru dan meminta tunjuk ajar dari Cavani untuk menjadi pemain penyerang yang digeruni seperti El Matador.

Dalam perlawanan ini, Cavani telah menjaringkan dua gol lagi dan telah menjaringkan 4 gol dan mencipta 2 bantuan untuk perlawanan separuh akhir ini sahaja.

Edison Cavani menjadi pemain pertama menjaringkan 2 gol dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir di kejohanan utama Eropah selepas Klaus Allofs.

Klaus Allofs telah melakukannya ketika FC Koln menentang KSV Waregem pada musim 1985/86 di UEFA Cup.

Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer yang sentiasa positif telah mendedahkan bahawa Mason Greenwood banyak belajar teknik tandukan untuk menjaringkan gol daripada Edison Cavani.

“Ya, beliau belajar dari Edi (nama manja Edison Cavani) dan itu satu perkara penting ketika Edi masih ada di sini.”

“Edi tidak akan bermain bola sepak untuk seumur hidup beliau dan Mason Greenwood telah belajar sedikit gerakan yang selalu dilakukan Cavani.”

“Mason perlukan gol seperti itu (gol tandukan) untuk pemain berbakat seperti beliau dan kita tahu betapa bagus Mason main malam ni bila beliau mampu menjaringkan gol sebegitu.”

Edison Cavani kini boleh dikatakan sebagai pemakai jersi nombor tujuh paling berjaya selepas Cristiano Ronaldo dan semua pemakai nombor ini hanyut ke laut.

Antonio Valencia, Memphis Depay dan Angel Di Maria antara pemain gagal memberikan impak selepas mengenakan jersi nombor tujuh.

Manchester United akan bertemu Villareal di perlawanan akhir pada 26 Mei yang akan berlangsung di Arena Gdansk, Poland.

Semi Final 1: Manchester United 6-2 Roma

Perlawanan bola sepak Eropah kelas kedua, Europa League meneruskan aksi di separuh akhir menemukan dua pasukan yang tidak asing lagi Manchester United dan Roma.

Prnyokong Roma nyata terluka dengan komen Ole Gunnar Solskjaer yang tidak kenal dan tidak melihat aksi Roma yang telah disalah ertikan.

Kenyataan Ole Gunnar Solskjaer bermaksud tidak membuat analisis tentang Roma secara mendalam sehinggalah mereka bertemu di separuh akhir.

Paulo Fonseca pula menyatakan akan mendapatkan bantuan Chris Smalling dan Henrikh Mkhitaryan bagi menewaskan Manchester United di Old Trafford.

Belum sempat perlawanan disajikan dengan aksi sebenar Jordan Veretout telah mengalami kecederaan seawal minit kedua namun masih mampu meneruskan perlawanan.

Minit keempat Jordan Veretout telah terbaring dan dikeluarkan, Gonzalo Villar masuk.

Manchester United membuka tirai jaringan pada minit ke-9 melalui satu sungkitan bersahaja Bruno Fernandes selepas menerima umpanan cantik Edison Cavani.

Jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila hantaran Rick Karsdorp telah dihalang dengan hadangan menggelunsur Paul Pogba.

Malangnya bola terkena tangan Paul Pogba, walaupun bantahan dilakukan tangan tetap tangan dan penalti tetap penalti.

Mudah buat Lorenzo Pellegrini menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Agak huru-hara dan kelam-kabut permainan dipamerkan Roma yang mudah kehilangan bola dan hantaran demi hantaran tidak sampai kepada rakan.

Kesilapan demi kesilapan Roma membuat hantaran gagal dihukum dengan penyudah dari Manchester United.

Rembatan Paul Pogba dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol Roma Pau Lopez dengan satu pendaratan yang tidak sempurna.

Pau Lopez telah mengalami kecederaan dan digantikan dengan pada minit Antonio Mirante ke-28. Kurang 30 minit dua pertukaran sudah dilakukan Roma.

Disebalik aksi pening Roma, mereka menjaringkan gol kedua di Old Trafford melalui tolakan jarak dekat Edin Dzeko.

Tolakan Henrikh Mkhitaryan melalui celahan kangkang Scott McTominya berjaya membelah pertahanan Manchester United.

Bola menemui Lorenzo Pellegrini yang tidak dikawal lalu membuat hantaran mencari Edin Dzeko.

Pada minit ke-37 Roma melakukan pertukaran ketiga mengeluarkan Leonardo Spinazzola digantikan dengan Bruno Peres dan menjadi pasukan pertama melakukan 3 pertukaran di separuh masa pertama sejak Europa League diperkenalkan.

Penghujung separuh pertama menyaksikan Edison Cavani terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.

Tiga minit bersambung separuh masa kedua, Edison Cavani menyamakan kedudukan selepas bermain satu dua bersama Bruno Fernandes.

Roma terus pening dan huru-hara terutamanya dibahagian pertahanan namun serangan balas mereka amat mengancam.

Pada minit ke-64, Edison Cavani menjaringkan gol kedua peribadi dan meletakkan Manchester United kembali berada di hadapan.

Gol berpunca daripada bola muntah rembatan Aaron Wan Bissaka yang mudah ditolak masuk Edison Cavani.

Tujuh minit kemudian dengan ajaibnya Manchester United mendapat sepakan penalti yang agak menusuk kalbu Roma.

Bruno Fernandes ternyata gembira mengambil tanggungjawab tersebut dan mudah menewaskan Antonio Mirante.

Manchester United terus garang dengan gol kelima ketika perlawanan berbaki 15 minit melalui sundulan tajam Paul Pogba hasil hantaran Bruno Fernandes.

Mason Greenwood yang masuk menggantikan Marcus Rashford menjaringkan gol keenam selepas menerima hantaran cantik Edison Cavani.

Tiada maaf bagimu dari Mason Greenwood melepaskan rembatan kencang menewaskan Antonio Mirante.

Gila-gila, Manchester United menang 6-2 dan Roma membawa bekalan dua gol tempat lawan untuk separuh akhir kedua namun perlu menjaringkan empat gol untuk mengaktifkan kelebihan itu.

Kemenangan ini mengembalikan nostalgia kemenangan 7-1 Setan Merah juga ke atas Roma suatu ketika dahulu. Keajaiban diperlukan Roma untuk layak ke final.

Edison Cavani dan Bruno Fernandes cemerlang apabila masing telah menjaringkan dua gol dan juga mencipta dua bantuan gol.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Rashford, Fernandes, Pogba; Cavani.

Substitutes: Grant, Henderson, Bailly, Mata, Greenwood, Amad, James, Telles, Matic, Williams, van de Beek, Tuanzebe.

Roma (3-4-2-1) Pau Lopez; Smalling, Cristante, Ibanez; Karsdorp, Diawara, Veretout, Spinazzola; Pellegrini, Mkhitaryan; Dzeko.

Substitutes: Mirante, Fuzato, Villar, Santon, Mayoral, Kumbulla, Carles Perez, Bruno Peres, Ciervo, Darboe.

Referee Carlos del Cerro Grande (Spain).

Semi Final 1: Roma 3-2 Manchester United

Manchester United bertandang ke Roma drngan bekalan yang sangat selesa selepas menang 6-2 dalam separuh alhir pertama Europa League dan boleh dikatakan sebelah kaki sudah ke final.

Minggu yang penuh kejutan buat Roma dan Manchester United dengan peristiwa dan berita menggemparkan dunia bola sepak.

Perlawanan Manchester United menentang Liverpool terpaksa ditunda selepas terjadi rusuhan yang bermula dari protes yang kononnya aman lalu bertukar menjadi ganas sehingga mencederakan pihak polis.

AS Roma pula membuat pengumuman yang mengejutkan apabila melantik Jose Mourinho sebagai pengurus mereka bagi musim 2021/22 dengan kontrak tiga tahun dengan visi memperkasakan kelab melalui kemenangan yang konsisten.

Roma perlu mencipta keajaiban dalam bola sepak dan kebangkitan sensasi untuk memadamkan kemenangan 6-2 Manchester United yang nampak mustahil namun boleh dilakukan.

Gianluca Mancini garang menguji benteng Manchester United untuk mencipta keajaiban dengan percubaan jarak dekat namun berjaya diselamatkan oleh David De Gea.

Edison Cavani hampir membuka tirai jaringan selepas melakukan lambungan yang sudah melemaskan penjaga gol Roma, namun bola terkena palang.

Sekali lagi Cavani datang kali ini dengan rembatan padu dari sebelah kanan gawang namun berjaya ditepis penjaga gol Roma.

Masalah kecederaan awal melanda Roma lagi, Chris Smalling tidak dapat meneruskan perlawanan dan digantikan dengan Ebrima Darboe pada minit ke-30.

Pada separuh akhir pertama, Roma telah melakukan tiga pertukaran pemain pada separuh masa pertama kerana kecederaan pemain.

Selepas terlepas dua peluang awal, peluang ketiga tidak dibazirkan lagi oleh Edison Cavani yang melepaskan rembatan padu yang berpunca daripada hantaran Fred.

Video Assistan Referee (VAR) memeriksa jaringan Cavani jika ada unsur-unsur kecurangan dan Cavani berjaya melepasi perangkap offside dan gol disahkan.

David De Gea sekali lagi cemerlang apabila telah menyelamatkam percubaan jarak dekat Henrikh Mkhitaryan dengan melakukan satu tepukan.

Bersambung babak kedua, Roma masih tidak berputus asa dan melakukan serangan awal yang nampak mengancam tapi hakikatnya tidak berbahaya.

Harry Maguire telah membuat satu skill yang menarik lagi padu dengan mengawal bola dengan tumit namun telah terkena tangan dan tiada penalti kerana pengadil tidak disengajakan.

Roma akhirnya berjaya memperoleh gol yang dicari-cari selama ini melalui satu sundulan tajam Edin Dzeko selepas menerima hantaran deras Pedro Rodriguez.

Tiga minit kemudian Bryan Cristante menjaringkan gol kedua Roma dengan rembatan padu selepas Fred cuba bermain secara fancy dan bola berjaya dirampas Lorenzo Pellegrini dan menghantar bola kepada Cristante.

Roma dengan tiba-tiba ditiup semangat kebangkitan melakukan percubaan bahaya dan mengancam dua kali berturut-turut dan hanya nasib tidak menyebelahi mereka untuk bola masuk.

Lima minit Roma menekan secara agresif sebelum Manchester United berjaya menenangkan diri dan mengatur kembali permainan dan kembali menyerang.

Pertahanan Roma bocor dan koyak seperti biasa apabila Edison Cavani yang langsung tidak dikawal berlari masuk ke kotak penalti untuk menanduk masuk umpanan Bruno Fernandes dan menyamakan kedudukan 2-2.

Henrikh Mkhitaryan datang lagi dan kecewa lagi apabila percubaannya berdengung menghentam tiang.

Rembatan Nicola Zalewski telah menghasilkan gol ketiga Roma di mana bola telah terbias kaki Alex Telles dan menewaskan David De Gea. Gol sendiri dari Telles namun jaringan tetap diberikan kepada pemain muda berusia 19 tahun itu.

Tiada lagi tambahan gol selepas itu dan kedudukan 3-2 kekal hingga tamat menyaksikan Manchester United mara ke final dengan agregat 8-5.

Manchester United akan bertemu Villareal di final yang seri tanpa jaringan namun mara selepas menang 2-1 pada separuh akhir pertama.

Roma: Mirante, Karsdrop, Smalling, Ibanez, Bruno Peres, Cristante, Mancini, Pedro, Pellegrini, Mkhitaryan, Dzeko.

Subs: Boer, Fuzato, Santon, Mayoral, Kumbulla, Bove, Ciervo, Darboe, Zalewski.

Manchester United: De Gea, Shaw, Maguire, Bailly, Wan-Bissaka, Fred, Van de Beek, Fernandes, Pogba, Greenwood, Cavani.

Subs: Grant, Henderson, Lindelof, Mata, Rashford, Diallo, Alex Telles, Matic, Williams, Tuanzebe, McTominay, Elang

BACA:  Greenwood Ditawarkan Untuk Menukar Kerakyatannya Menjelang Piala Dunia 2022